Korang nak tau tak macam mana Kim Yuni mati? 😊😊
Okay. Ara akan ceritakan di sini. Dalam Hidden Part. Yang tak pernah Ara ceritakan pada part part lepas.
Okok. Ceritanya camni..
Pada satu hari..
Lembu lembu memanjat pokok coconut head kookie dan babi babi berterbangan ke angkasa Exo Planet.
Kwakkk kwakk kwakk
Ok. Sorry jari author terkena sawan kambing jap.
Enjoy juseyo.
................................................
Butterfly...
I wanna be a butterfly. Can fly high in the sky. But i know that butterfly only can stay alive just in a short life. After that? It will die. So i will be like butterfly??
Ngehhh..
Seorang yeoja yang berada di dalam sebuah gudang meronta ronta diatas kerusi. Badannya yang didudukkan diatas kerusi dililit dengan dawai kasar di seluruh badannya.
Membuatkan anggota badannya sedikit terluka dan mengeluarkan darah. Dia cuba meminta pertolongan namun kain yang disumbat dalam mulutnya menyebabkan suaranya terbatas.
Mukanya yang diserkup dengan paper bag yang bertulis #ILovePolla yang hanya ditebuk sedikit lubang untuk membolehkan dia masih bernafas menyebabkan dia tidak dapat melihat keadaan sekeliling
Krekkk....
*Typical cerita horror/psycho😑*
Pintu gudang dibuka oleh seseorang dari luar.
Yeoja itu mendongak. Kepalanya dipusing kekiri dan kanan mencari arah bunyi tersebut.
Dia mendengar derap langkah seseorang.
*Alah yang macam akak Valak berjalan lam citer apa tuh? Con con conjugate??*
Badannya meronta ronta. Derap langkah itu semakin jelas kedengaran di telinganya.
Namun bukan bunyi derap langkah saja yang menarik perhatian yeoja yang terikat itu.
Bunyi seperti besi diseret ke atas lantai. Seperti bunyi sebilah pedang.
Dalam hatinya dia berdoa pada Tuhan agar derap langkah itu milik seseorang yang menyelamatkannya.
Tak..
Tuhan tak menolong dia kali ini.
" Annyeong Kim Yuni sshi!" Satu suara menegur yeoja yang terikat pada kerusi tersebut.
Kim yuni??
Ya. Kim Yuni. Yeoja itulah yang sedang diikat pada kerusi.
Kim Yuni terkejut. Dia tidak pernah mendengar suara tersebut.
Namun dia mengharapkan orang itu menolongnya keluar dari tempat itu.
Selepas dia sampai di lapangan terbang Seoul dia diekori oleh seseorang. Perkara terakhir yang dilihat ialah seseorang menghampirinya dan selepas itu pandangannya gelap.
Kim Yuni menggigil apabila orang itu mencabut butang baju kemejanya dengan pedang.
Orang itu mencabut satu persatu butang baju Yuni menggunakan pedang. Kulit Yuni tersentuh dengan pedang tersebut.
Mata Yuni sudah bergenang akibat ketakutan.
Air matanya mengalir membasahi pipinya.
" Eo? Nini dah nangis? Awal lagi nak nangis sayang. Ni baru permulaan. Hahahhahaa!" Dan orang itu ketawa seperti ketawa shy shy shyton.
YOU ARE READING
[C] Psycho Love
FanfictionSiapa sangka yang dia adalah lelaki yang kejam. Tapi ada yang lebih kejam dari dia. Obsesi, dendam dan cinta bersatu menerbitkan kehancuran. Siapa yang akan diatasi? Bila darah menjadi dambaan bila air mata menjadi hilaian bersatu dalam mantera cin...