"AWAL kau balik Ed.Tak nak kenal lama ke dengan calon isteri?" sinis saja soalan yang diberikan oleh Syukri sejurus melihat jejaka itu hendak duduk diatas sofa.
Bagus punya kawan! Balik-balik dah bagi menyakitkan hati-_-.Dibaling bantal tepat kearah muka kawanya yang sengal ni.Rasakan!!
"Yang kau ni? Duduk rumah aku bukan nak kerja tapi tolong aku naikkan bil elektrik.Ada master simpan dalam poket.Tapi? gatal nak jadi wartawan tak bergaji kat rumah aku." Kali ini giliran Eden pula menyindir Syukri yang hidup cuma goyang kaki.Nasib kawan!Kalau tak sudah lama dia halau.
"Hek eleh kau ni, Chills arhh.Lagi pun Syaf dengan Mika kan ada.Jangan risau aku dah hantar resume dekat syarikat kau.Tak lama poket ni bukan setakat master aku simpan sekali dengan duit tebal ni" ujar Syukri lalu dibuat gaya ala-ala duit tebal dengan tangannya itu.
Eden menjeling menyampah.Malang sungguh kawan dengan lelaki bernama Ahmad Syukri.Perangai dulu tak pernah berubah.Syarikat aku jugak dia pergi interview.
"So macam mana dengan Mia? Comel tak?Amacam terpikat tak kau?" Tudia sekali tanya macam peluru berpandu.Hebat betul mulut Syukri ni!
"Tiga perkataan aku dapat bagi. Not my taste!!!" Kata Eden lalu bangun bergerak ke atas.
"Weyh kau tolak? Model kut?!" Syukri macam tidak percaya kawannya ini tolak.Hati besi ke Eden ni?
"Kalau kau nak aku boleh gitau mommy aku.Ehh..esok jangan lupa kejutkan aku." Jerit Eden tidak lupa memesan Syukri untuk menjadi jam bergerak.Syukri kalau bab bangun awal masak memang serah kat dia! Dengan otot sasa dia!Ehh jap tu pun jenuh Eden dengan Mika pujuk dia untuk pergi gym.
Eden menghempaskan badannya ke atas katil.Fikirannya rawang menfikirkan kejadian sebentar tadi.
"Tya Dahlia..." Tidak lekang nama itu dari bibirnya.Amboi Ed kau meroyan dah ke!!Anak dara orang tuh!
"Aku akan cari kau Tya Dahlia" terbit sinar di raut muka Eden.
Tuk tuk tuk..Bunyi ketukan pintu dari luar menghentikan lamunan Eden.Namun dia hanya membiarkan mungkin sudah tahu manusia mana yang gatal itu.
Tuk..Tuk..Tuk Kali ini sudah kuat bunyi ketukan tersebut. Lenguh kut sebab dari tadi kerja mengetuk pintu bilik orang.Apa lah kena dengan kawannya seorang ini." Ishh mamat ni kacau betul" Eden sempat mengutuk Syukri dalam hati sebelum bergerak menuju ke pintu.Hanya dia dan Syukri didalam rumah, memandangkan Syaf balik kampung dan Mika outstation 4 hari.Terpaksalah dia melayan kerenah Si Syukri ini.Haihh!
"Nak apa lagi Ahmad Syukri?. Soal Eden berbasi apabila tertunjul muka Syukri dari luar pintu.
"Err..Esok aku tumpang kau tau!!
Tempat kerja kitakan sama.So jimatlah minyak kereta aku, Kalau aku tumpang kau." Dengan sengihan tidak laku!"Yayayaya.."
"Ha tadi tak disengajakan aku terdengar nama Tya apa tuh Mawar? Ehh..Megat?Bukan Daisy kut..?
Eden mencerlung anak mata milik Syukri.Sebut nama buah hati dia salah!!
"Its Tya D.A.H.L.I.A!! TYA DAHLIA! And now please get out Mr.Syukri." Diheja satu persatu nama agar mudah otak Syukri untuk simpan.Seusai itu, Eden segara menolak badan Syukri jauh dari pintu dan segera tutup pintu tersebut.
"Woi buka lah nak tanya comel ke tak?Ishh orang nak tanya pun kena halau."
***************
TYA melihat dirinya di cermin.Hari ini dia akan pergi interview Syarikat TH Holding.Selendang kelabu dan dress biru laut cukup membuatkan kejelitaannya bertambah.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Encik Boss
RomanceTya Dahlia gadis biasa yang berperwatakan lemah lembut.Dilahirkan tanpa ayah yang sudah meninggal dengan kematian ibunya.Menumpang kasih seorang ayah iaitu dari bapa saudaranya.Tidak mampu memilih apabila kehidupannya yang selalu dimaki orang keluar...