Prolog

1.8K 39 0
                                    

(Sam's POV)

    Majlis pengebumian arwah papa Sas baru sahaja selesai. Walaupun semua orang bersama mama Sas sudah balik,hanya aku dengan Sas masih lagi berada di hadapan kubur arwah papanya. Sas yang masih lagi menangis kurapatkan badannya ke badanku.

"Sas,jom balik." pujukku sambil memandang sayu kepada kubur papanya.

"I tak nak."

"Sas,jom la. Dah lama sangat kita berada di sini." aku enggan mengalah lagi.

"I cakap I tak nak,I tak nak la!" dia berdegil.

    Dengan hati yang berat,aku sanggup menemani Sas duduk di situ sehingga Sas berasa letih dan mengantuk. Namun,apa yang terjadi adalah sebaliknya. Badan Sas terlalu lemah sehingga menyebabkan dia pengsan di ribaku.

"Ya Allah,Sas!" kataku dengan nada suara yang kuat.

    Aku menggoncangkan bahu Sas kuat-kuat sambil memanggil namanya namun dia masih lagi tidak sedarkan diri. Apabila langit sudah menjadi kelabu,aku terus mendukung Sas ke arah Toyota Camryku. Kubukakan pintu belakang kereta tersebut dan membaringkan dia di atas kerusi kereta tersebut. Aku berlari ke arah tempat pemandu kereta tersebut dan terus masuk ke dalam perut kereta itu. Aku hidupkan enjin kereta itu dan terus pulang ke rumah kami.

*****

Aku masuk ke dalam bilikku. Sas masih lagi tidak sedarkan diri. Aku terus mendekati Sas yang terbaring di atas katil kami dan meletakkan tangan di dahinya. Badannya masih panas lagi. Hati aku dah mula risau bercampur sedih melihat orang yang aku cinta separuh nyawaku berada dalam keadaan begini.

"Sayang,please get well soon. I tak sanggup nak tengok you hadapi semua ni dalam keadaan begini." bisikku perlahan di telinga kanannya.

Tak lama kemudian,Sas menggerakkan badannya perlahan-lahan. Sas dah mula sedar! Hati aku dah mula berasa lega akan hal ini. Sas perlahan-lahan membuka matanya. Dia memandang sekelilingnya kemudian pandang tepat ke arah wajahku.

"Kita dah balik sini ke?" tanya Sas lemah.

Aku angguk kepalaku laju-laju. Sas memicit-micit dahinya dan cuba bangun secara perlahan-lahan. Aku terus memegang badannya untuk memudahkan dia dapat duduk dengan selesa.

"Mesti mama dah tak anggap I ni anak dia setelah apa yang dah terjadi dekat arwah papa." wajah Sas sekali lagi muram,sama macam masa berada di tanah perkuburan tadi.

Titisan airmatanya sekali mula jatuh daripada kelopak matanya. Aku cepat-cepat menyeka airmatanya dan memeluk tubuh badannya yang agak kurus itu. Kepala Sas berada di bawah daguku.

Sambil mengusap rambutnya perlahan-lahan,aku berkata "Dah la sayang,janganlah fikir pasal ni lagi. I tak nak demam you makin teruk. I tengok you dalam keadaan begini begini pun hati I dah remuk."

Sebuah kucupan penuh kasih sayang telah kuberikan di atas dahi Sas yang kuning langsat itu. Hancurnya hatiku melihat Sas bersedih sampai tahap begini. Siapa je yang tak sedih apabila akhirnya mendengar pengakuan anaknya yang anaknya adalah lesbian dan bercinta dengan sesama jenis?

Tapi,aku sedar,masaku kini semakin suntuk. Masaku untuk bersamanya makin pendek. Aku tak mahu melukakan hatinya bila aku dah tiada di sisinya lagi. Apa yang aku patut buat sekarang ni?

Selamat Tinggal Sayang (gxg)Where stories live. Discover now