1

1.2K 43 0
                                    

Jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Sas sudah tidur di sisiku. Aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata walaupun esok aku kena bekerja. Wajah Sas yang cantik ketika tidur aku tatap sepuas hatiku.

Hatiku berasa berat. Berat untuk membuat keputusan. Aku tak nak Sas hidup tanpa berkat ibunya apabila dicop anak derhaka tapi pada masa yang sama,aku tak mahu kehilangan Sas dalam hidupku. Sas juga tidak mahu aku pergi meninggalkannya.

Aku sendiri tidak yakin dengan diriku ini,mampukah aku redha melihat Sas bahagia dengan ibunya dan lelaki lain setelah aku mengambil keputusan untuk tinggalkannya? Dan mampukah Sas boleh terima hakikat yang cinta kita adalah cinta terlarang? Dan bolehkan Sas juga terima pasal keadaan diri aku sekarang ini?

Aku cuba melupakan semua ini dengan cuba melelapkan mataku. Memikirkan semua ini betul-betul membuatkan aku makin berasa gelisah dan hatiku makin  tidak tentu arah. Akhirnya berjaya juga usahaku untuk tidur.

*****

Setelah aku dah fikir masak-masak,akhirnya aku dah buat keputusan aku. Nombor telefon mama Sas didail dan aku terus menelefonnya.

"Assalamulaikum,mak cik." aku memberi salam kepadanya.

"Waalaikumsalam. Kau nak apa lagi daripada mak cik? Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat dekat keluarga kami?" marah mama Sas dekat aku di corong telefon.

"Mak cik,tolong dengar apa yang saya nak cakap ni."

"Kau nak cakap apa lagi? Kau cakap yang kau sudah berjaya ambil anak mak cik daripada mak cik,macam tu sekali?" dia makin galak menuduhku macam-macam.

"Ya Allah,mak cik." aku terkedu campur geram atas tuduhannya yang tidak berasas itu namun aku cuba untuk menahan marahku sebagai tanda hormatku kepadanya walaupun ianya agak melampau bagiku.

"Oh,pandai pula kau cakap Ya Allah bagai tapi perbuatan kau tu? Ada melambangkan kau tu orang Islam? Ada melambangkan adab kau kepada aku? Mana maruah kau? Kau memang sengaja kan nak satu-satunya anak aku jadi anak derhaka,bukan?" soalan-soalannya makin lama makin membuatkan aku hilang sabar dengan beliau.

"Mak cik,jauh sekali niat saya untuk buat Sas jadi anak derhaka. Macam ni je la mak cik,saya telefon mak cik sebab saya nak pulangkan Sas kepada mak cik semula. Saya tahu mak cik tak merestui hubungan kami dan saya juga tahu mak cik sendiri tak suka dengan saya selepas mak cik mula mengetahui siapa diri saya yang sebenar,jadi saya akan lepaskan Sas dan saya akan angkat kaki dari hidup mak cik dan Sas. Just please mak cik,janganlah sumpah dia jadi anak derhaka." rayuku.

"Baiklah kalau macam tu."

*****

Dengan kunci kereta di tanganku,aku terus membuka pintunya dan menyumbatkan diriku ke dalam perut kereta itu. Nama Sas kujerit daripada luar menyuruhnya dia cepat bersiap untuk aku hantar dia balik ke rumah mak dia. Sas tidak tahu akan tujuan aku menyuruh dirinya mengemas pakaiannya walaupun dia ada bertanyakan ia kepadaku.

Kelihatan Sas tergesa-gesa memakai kasut tumit rendahnya dan berjalan ke arah kereta aku. Sas duduk di sebelahku. Dengan membaca riak wajahnya saat dia memandang tepat ke arah wajahku, pasti mindanya penuh dengan pelbagai persoalan yang jawapannya akan ku pendamnya ke dalam hati aku.

Kami pun terus pergi ke rumah keluarga Sas. Aku berhenti di hadapan sebuah rumah teres tiga tingkat. Sas yang dah mengecam rumah itu memandang tepat ke arahku sambil bertanya "Eh,ni kan rumah family I. You nak buat apa ni?".

Tanpa menjawab pertanyaan Sas,aku membuka pintu kereta aku dan keluar. Aku mendail nombor telefon mak Sas dan terus menelefonnya.

"Mak cik,saya dengan Sas dah ada dekat luar ni."

"Aku keluar ye."

    Talian dimatikan. Sas keluar daripada kereta dan pergi ke arah aku.

"Apa ni,Sam?" tanya Sas terkejut dengan tindakan aku ini.

   Sekali lagi aku tak jawab soalan dia dan aku terus berjalan ke belakang kereta aku untuk mengambil beg pakaian dia yang aku simpan di dalam bonet kereta aku.

"Sas,you dengar ni. I dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan you lagi." aku cuba untuk berlagak tenang walaupun dadaku terasa sesak sekarang ini,beg itu aku serahkan kepadanya.

"Apa?" jerit kecil Sas.

    Mamanya datang mendekati Sas. Sas tidak menghiraukan mamanya malahan terus memegang lengan aku.

"No,Sam! You can't do this to me." matanya yang cantik itu mula berkaca dengan air matanya yang perlahan-lahan mengalir turun dari kelopak matanya.

    Hati aku remuk bagaikan kaca yang pecah apabila melihat Sas menangis kerana aku sedangkan aku pernah berjanji kepadanya yang aku takkan buat dia menangis keranaku. I'm sorry,Sas. I had to do this to you.

"Lepaskan lengan I,Sas!" tengkingku. Jauh sekali niat aku untuk menengking dia namun aku terpaksa buat semua ni demi kebaikan aku,dia dengan semua orang.

Tiada tanda-tanda Sas akan melepaskannya. Mahu tidak mahu,aku terpaksa menggoncangkan lengan aku sehingga aku dapat melepaskan diri daripada dia. Apabila dah terlepas,aku ambik peluang ini untuk angkat kaki daripada situ. Aku pantas berlari ke arah keretaku dan masuk ke dalamnya.

Aku lekas menarik gear kereta dan pijak pedal minyak. Keretaku meluncur laju pergi daripada situ. Sas berlari mengejarku namun gagal kerana keretaku telah jauh meninggalkannya.

"Maafkan aku,Sas." Airmata aku mula menitis sambil memandu. Sampai sahaja di hadapan rumah aku,aku masih lagi duduk dalam kereta. Aku menjerit sepuas-puas hati aku di situ. Aku terperap di situ dalam beberapa minit sebelum aku masuk ke dalam rumah aku.

Selamat Tinggal Sayang (gxg)Where stories live. Discover now