Epilog

1.1K 48 2
                                    

Aku baru sahaja pulang di rumah keluargaku. Walaupun Mama masih lagi marah akan tindakanku melarikan diri daripada majlis pernikahanku dengan Farhan,dia faham akan perasaanku yang mencintai diri Sam melebihi segalanya walaupun kami adalah sejantina.

Aku mengeluarkan surat yang aku dapat daripada Nina dari tas tanganku. Ku buka lipatan surat ini dengan berhati-hati supaya aku takkan tersengaja mengoyakkannya.

'Hi,Sas. Sorry kerana I tinggalkan you secepat ni. Sorry kerana I sorokkan penyakit I daripada you. Sorry kerana I tipu you pasal serangan-serangan sakit dada I dulu,kata puncanya adalah I ni terlampau aktif dalam sukan apa semua padahal hakikatnya penyakit jantung I makin teruk.

I tinggalkan you kerana I tak nak you hidup tanpa keberkatan mak you dan bersama dengan orang yang tengah tunggu ajal sepertiku. You berhak untuk bahagia walaupun bukan dengan I. I buat macam ni kerana I sedar,cinta tak seharusnya memiliki dan bersama sehingga ke akhir hayat. Cinta itu seharusnya diberi dan diterima dengan seikhlas hati.

    Air mataku jatuh menitis bila aku baca ayat terakhir dalam perenggan kedua. Kenapa? Kenapa begitu peritnya perpisahan abadi ini? Kenapa begitu sakitnya menerima ketentuan takdir yang begitu zalim terhadap diriku?

Aku harap you akan kuat bila I dah tiada nanti. Cinta I dekat you takkan mati sampai bila-bila. Selamat jalan,Sas. Selamat jalan,sayang.'

Aku lipat balik surat itu yang sedikit basah dengan titisan air mataku. Dadaku makin berasa sesak bila dia akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepadaku buat kali terakhir. Takdir,mengapa engkau kejam? Apakah penamat sebuah kisah cinta yang terlarang haruskah diakhiri sebegini?

"Aku janji takkan jatuh cinta dengan sesiapa pun selepas ini. Cukup arwah Sam sahaja yang bertakhta di hatiku. Walau sejauh mana aku mencari cinta terbaru,cintaku dekat Sam akan kekal abadi sampai bila-bila."

-TAMAT-

Selamat Tinggal Sayang (gxg)Where stories live. Discover now