Pencarian

63 11 0
                                    

Matahari semakin menimbul dan mula kelihatan,ini petanda siang akan mengganti malam.

Ibu ke menepuk-nepuk lembut wajahku sambil mengarahkan ku pergi solat subuh,aku nak tak nak pun bangun.Takkan nak tinggal solat?Wajib kut.Mak aku berlalu keluar dr bilikku,manakala aku terduduk sebentar menghilangkan rasa mamai ini.Jauh dalam ingatan,aku terbayangkan semula mata2 merah yang aku nampak semalam.Betul ke apa yg aq nampak mlm td?Persoalan itu bermain-main dalam otak aku.

Setelah beberapa ketika berfikir,aku bangun lalu  menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk.Usai mengambil wudhu,aku pergi ke bilik solat bagi menyelesaikan urusan dengan Allah S.W.T.

Seperti hari-hari biasa,aku bersiap selepas solat untuk ke sekolah.Setelah selesai semuanya untuk turun bersarapan.Mak awal2 lagi dh sediakan sarapan,aku bersarapan seorang diri.Seperti biasa juga ayah ku tiada untuk makan bersama-sama.

Setelah selesai semuanya,aku bersalaman dengan mak ku...Lalu aku ke sekolah.Semuanya berjalan seperti biasa.Permulaan hari yang normal..Namun tanpa ku sedari,inilah detik permulaan hidup baru aku.

Sampai disekolah,aku disambut baik oleh rakan baikku,Kazami Tsubasa.

"Yo Bro,rindu aku?"Dia peluk dari belakang.

"Lepas lah bodoh"Arahku,mana tidaknya..Perangai cam gay.Tp dia x gay pun sebenarnya,cuma perngai pelik sikit.

Kami bersembang sepanjang perjalanan menuju ke kelas kami.

"Semalam ko hilang mana bro?Sampai hati tinggalkan aku."

"Ko kan ada latihan semalam?Aku lepak la ngan geng2 kelas aku"

"Bro,aku takde latihan harini...lepas sekolah teman aku pergi bandar"

"Ko nak buat apa?"

"aku nak cari headphone baru bro"

"Ler...Headphone ko apa jadi?"

"Adik perempuan aku yg kecik tu pergi humban keluar ikut tingkap malam tadi.Setinggi tinkat 2 jatuh...Memang ajallah Headphone aku."

"Hmm..Nak buat canne...?Yelah,aku teman kau."

"YES!!"

Hari persekolahan bermula,seperti biasa.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di kawasann celahan bangunan,seorang lelaki berambut putih dan berhoodie sedang makan pau dikepungi tiga lelaki samseng yg ponteng sekolah.

"Hei hei budak...Berani kau masuk kawasan kitorang huh?"Yang ditengah samseng2 itu bersuara,mungkin ketua.

"Huh?Manusia mmg camni..dh lemah masih nak berlagak...."Dia sambung makan,dia mengunyah lalu menelan cebisan paunya..."Cuba lah halau aku..."Cabarnya.

Mereka bertiga panas telinga mendengar ayat2 lelaki berambut putih itu tadi.Lalu ketua samseng itu mengarahkan dua orang bawahannya untuk menyerang.Kedua-duanya berlari kearah lelai berambut putih itu dengan penuh semangat.Kedua-dua mereka melancarkan dua tumbukan,tumbukan dua hala!Namun dengan ringan dan spontan,lelaki berambut putih itu menahan kedua-dua tumbukan tersebut serentak seperti menahan tumbukan dua orang bayi.

"Korang ni memang kelakar"Lelaki berambut putih itu dengan sekelip mata memulas tangan kedua-dua lelaki tersebut serentak,habis hancur tulang tgn mereka.

"ARGGHHH!!!"Kedua-dua samseng itu menjerit lalu rebah ke tanah menahan derita.

"Kau....?Meh sini!"Arah lelaki berambut putih itu kepada ketua  samseng terseut.

"Errh..WARRHHH!!!"Ketua samseng itu lari kan diri.

"Heh"Lelaki berambut putih itu segera melompat dengan tinggi lalu mandarat betul-betul dihadapan ketua samseng itu!

"Ap..Apa!?"

"Mana kau nak lari?"Lelai berambut putih itu menunujukkan mata yg kejam bersama aura membunuhnya yang pekat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 Tamat waktu persekolahan.Kami berdua pergi ke kedai barangan elektronik di pusat bandar.

Agak lama Tsubasa test headphone2 disitu..Dan akhirnya..

"Aku berkenan ngan yg ni!Sedap bunyinya!"Jeritnya

"Belilah..."Kata ku

"Tapi duit tak cukup tsk..."

"Hmmm"Aku diam sejenak."Yelah..aku pinjamkan duit aku."

"Betul ni!?"

Selesai bayar,kami berdua pun keluar,naK duduk lama2 pun buat apa.

"Thanx bro sebab belnja..."Katanya.

"Hotak ko belanja..nanti bayar balik"

"Weh jom minum."

"Takleh la...aku kene balik lah ni..nanti ayah aku marah."

"Alaa...jo je la..nanti aku cakap la kat ayah kau aku yang suruh."

Dia terus cuba memujuk aku.

Tiba-aku ternampak seorang lelaki berambut putih tak jauh dari kami.Dia seolah-olah sudah lama tunggu aku disitu..Tapi aku tak kenal dia.

Tiba-tiba satu suara seolah masuk kedalam minda ku..

"Ikut aku"Katanya...

Tiba2 lelaki berambut putihitu melarikan diri.

"Woi!Tunggu!!!"Jerit ku kepada lelaki berambut putih itu.Lalu aku terus mengejarnya"Jangan lari!"

Tsubasa juga turut bersama lari bersama aku."Apahal ni!!!?Ko kenal dia ke!!?"

"Ta..tapi dia cakap ngan aku!" Secara spontan aku,menguatkan sedikit tenaga lalu aq terlompat jauh kehdapan!

"ZARIF!"Jerit Tsubasa.

Aku semakin menghampirinya,lalu tiba2 suara tadi masuk semula ke dalam mindaku. "Mari kita tengok apa lagi kau boleh"

Lalu lelaki berambut putih itu melompat dengan sangat tinggi!Lebih2 tinggi dari bangunan2 yang tinggi disini!

"Tingginya dia lompat"Kataku di dalam hati "Tapi jangan harap kau boleh terlepas!"Sambungku dengan menjerit sambil melompat dengan sangat tinggi,meninggalkan Tsubasa disitu.

Kami saling berkejaran dengan melompat dr bangunan ke bangunan yg lain.Akhirnya sesi kejar mengejar ini tamat berhampiran kawasan gudang lama.Aku mendarat disini,dan aku mendapati lelaki tadi telah hilang..sekelip mata.

"Mana mamat tadi?"Bisikku seorang diri.

GANG!!!

Tiba2 seorang lelaki tercampak keluar dari bumbung gudang lama disini.

"Apa tu?Dr bangunan itu."Kemudian bangunan itu mengeluarkan bunyi bising dari dalamnya.Membuatkan aku berasa ingin tahu.Aku berjalan lalu mengintai ke dalam bangunan melalui pintu depan.

Dan aku dapati..ayah aku sedang berhadapan dengan seorang lelaki yang memakai topeng.Mata lelaki tersebut sama dengan mata2 kemerahan yang aku nampak mlm td.

Ayah ku pula bajunya telah koyak rabak,mungkin telah lama berterung dengan lelaki tu.Paling memeranjatkan ku...Tangan kanan ayah adalah tangan robot gergasi berwarna putih.Apa dh berlaku ni?







EiRIAN 2.0Where stories live. Discover now