Pertempuran II

17 2 3
                                    

Ayah berjalan dalam keadaan kurang bermaya,tangannya memegang erat lukanya yang berdarah teruk.Reaksi wajahnya memandangku ketika ini seolah dia tidak percaya.Risau dan terperanjat datang pada masa yang sama pada dirinya.

"Zarif...Dah bangkitkan bahagian Eirian dalam diri dia...Adakah ini sesuatu yang elok?"Ujar ayah ku.

Aku menoleh kearah ayah ku "Ayah!Ayah tak apa-apa!?"

"Ayah okay,luka ni akan sembuh kejap lagi.Ayah ada kelebihan menyembuh sendiri"

Tangan ni....Walaupun pada bahagian tangan,ia beri satu kuasa kepada keseluruhan badanku.Satu perasaan yang aku tak pernah rasa selama ni.

Tiba-tiba salah satu mata Cyclops tu bising dr belakang "Kuasa korang ni memang berbahaya,boleh mengancam keselamatan manusia!HARUS DICEGAH!"

"Untuk pengerahuan korang,kitorang selama ni tak pernah pun cederakan sesiapa dengan kuasa ini.Tapi hari ni..."

Tanganku ku genggam kuat,kuasa yang hebat meluap-luap!

"Aku nak pecahkan muka korang dengan teruk,jadi....MATI~"

Bapaku datang menepuk bahuku dari belakang. "Ayah dah sembuh,mari kita lakukan bersama"

Aku tersenyum.

"Dua beranak yang sangat degil...." Ujar seorang lagi bermata cyclop.Kedua-dua mereka menyediakan senjata mereka serentak,bagi persediaan menghadapi kami. "Mari kita tengok,siapa yang bakal mati disini"

"Ayah uruskan yang pakai pedang tu,saya dengan senjata penembak tu!"Arah ku.

"Okay!"Ayah ku mengiyakan sahaja

Pihak musuh segera memulakan langkah begitu juga dengan kami.

Aku mara laju kearah satu musuh,tumbukan dilepaskan namun dia tangkas melompat tinggi bagi mengelaknya maka tumbukan yang jitu itu terlepas pada lantai.Aku juga turut melompat bagi sambung menyerang.

Kami bertumbuk dan menendang sesama sendiri dengan sangat laju dan sengit!

Aku cuba memberi sepakkan kepadanya,tapi dia mengelak,dia juga turut cuba menyerang,aku juga mengelaknya.Serangan itu membuatkan dia terbuka sedikit.Tanpa merugikan peluang,tumbukan paduku hinggap pada musuhku itu membuatkan dia tercampak kearah siling bangunan.

"Boleh tahan jugak musuh aku ni"Dia bangun lalu meluru laju kearah ku.

Pertarungan berlanjutan,tiada mana-mana pihak menunjukkan bakal menjadi pemenang,kedua-dua kami nampak seteru.

Tanpa diramal,musuh ku melepaskan tembakan leser.Aku yang dikurniakan gerak refleks yang bagus segera mengelaknya dan melakukan frontflip lalu menendang tepat ke mukanya.

Dia terseret ke belakang,terhenti lalu kami berdua berhenti sebentar kerana kepenatan.

Kami berdua tercungap-cungap cuba mengambil oksigen.

"Apa macam?"Tanya ku dengan tersenyum sinis.

"Tuh,sakit jugak"Musuhku meludah ketepi lalu kami sambung berlawan.

Dia melompat jauh kebelakang,sambil tangannya seolah mengecas tenaga pada alat penembaknya.Setelas selesai,dia melepaskan tembakan leser yang sangat bertenaga kearahku yang sedang meluru laju.Namun tangan kiri ku cukup kuat menahan tembakan tersebut.Dengan mudah,aku menepis tembakan itu ketepi.

Dalam masa yang sama bapa ku menumbuk musuhnya pula dengan kuat sehingga terpelanting keluar gudang.Lontaran itu cukup kuat sehingga musuhnya itu tercampak kepada bagunan berhampiran dan tersangkut disitu.

Dalam sekelip mata bapaku datang ke bagunan itu,dan menumbuk sekali lagi musuhnya itu.Impaknya cukup kuat sehingga merobohkan bangunan usang itu.

Semuanya berkecai,bapaku mendarat setelah lama bertarung diudara.

"Argh...Dasyat betul orang tua ni."Kata cyclop yang ditumbuk oleh bapaku tadi,dia tertindan dibawah batu-bata bagunan runtuh itu.

Tiba-tiba mata cyclop itu dihubungi seseorang,mungkin dari pihak atasannya.Dia segera menjawab panggilan tersebut

"Markas kepada Dester 02-43!Sila jawab!Macam mana keadaan disana?"

"Dester 02-43 kepada markas,keadaan teruk.Eirian jepun kuat-kuat tuan."

"Kuat?Boleh hantarkan visual?" Ujar pihak atasannya.

"Kejap"

Ayah dengar sahaja percakapan mereka,ayah sangat tahu bahasa yang digunakan mereka.Itu adalah bahasa Melayu.Sudah bertahun dia tak dengar bahasa tu sejak berpindah ke jepun.

Jauh dari jepun,terdapat sebuah markas.Markas itu rahsia dan tersorok.Suasana dalamnya juga gelap.Dia atasnya terdapat skrin besar,menampilkan clip bapaku.Kesemua kakitangan markas itu seolah terkejut,kerana terdapatnya Eirian yang cukup advance berada di jepun

Di markas itu,terdapat seorang lelaki berumur,melihat pada paparan itu,membuatkan dia termenung sementara.Dirasakannya kenal lelaki yang dipaparkan itu.

Tiba-tiba datang seorang perempuan yang berumur datang dari belakang."Muhib...kau rasa tak apa aku rasa?"

"Takkanlah dia...?"Lelaki itu seolah olah tak percaya.

Lelaki bernama Muhib itu segera mendekatkan mulutnya dengan mikrofon.

"Markas kepada Dester 02-43,berhenti serang dia!Ini arahan!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EiRIAN 2.0Where stories live. Discover now