Namaku Erza Zullia Damia. Kawan-kawan memanggil ku dengan pangillan Zullia. Aku adalah salah satu pelajar top 10 satu sekolah ni.
Aku juga adalah seorang pelajar senior yang disegani dan dihormati semua. Tetapi, ramai pelajar junior takut dekat aku ni. Pengawas garang lah katakan.
Aku nak kenalkan, aku ada dua orang sahabat yang bernama Nur Qisha Humaira' dan Adrianna Azzahra. Mereka dikenali sebagai Qisha dan Adrianna. Mereka nilah yang faham aku sesangat. Kami bertiga memang satu kepala. Tetapi perangai diorang ni bolehlah dikatakan keanak-anakkan.
"Woi Zullia, aku dengar hari ni ada pelajar baru dari singapore. Aku dengarlah desas-desus dari kawan-kawan sekelas kita!"
Tiba-tiba sahaja Qisha datang dari arah belakang. Bukan main terkejut aku. Bahlul betul minah ni!
"Hah, jadinya kenapa? Ada aku kesah? Yang kau tiba-tiba datang memekak kat telinga aku ni apasal? Tanpa salam. Main terjah je. Dah kenapa? Kena sawan bab '1'?"
Serious laaa, pagi-pagi dah buat orang naik hangin. Buatnya aku mati sakit jantung sebab ketejut? Sapa susah?
"Alah jangan lah marah. Sorry-sorry! Ni aku nak cakap. Kau tau tak? Pelajar baru tu lelaki beb! Sepupu si Nana musuh ketat kita tu. Dia ada kata, muka sepupu dia tu hensem tahap Shawn Mendes daaah. Aku berangan kan, kalau dia jadi bf aku. Peerrrh!"
Ohh okey. Faham lah aku sekarang. Sebab lelaki dia jadi macam orang terkena sawan bab '1'.
"Banyak ah sorry kau. Hensem ke tak hensem kee? Ada aku kesah? Tak adee keen? Kau jangan cepat percaya mulut Nana tu. Kau tau lah dia camne een? Udah-udah lah kau Qish. Boyfriend kau tu, kau nak simpan kat mane? Hah baru sampai minah seorang. Ni dah kenapa berlari-lari menuju kat kite ne. Tak malu ke?"
Tiba-tiba kelibat Adriana datang sambil belari-belari menuju ke arah aku dan Qisha.
"Liaaaaaa, Qishhhh!"
"Hah dah kenapa ni Adriana? Kau kena kejar anjing ke apa? Tecungap-cungap macam tak cukup oxygen dah aku tengok"
"Hish kau ni Qish! Bukan tak cukup oxygen. Tadi... Masa aku masuk gate, aku ada jumpa seorang mamat 'stranger' ni, dia tanya aku bilik pengetua kat mana. Dah sah sah lah pelajar baru sebab dia tak tau bilik pengetua dan aku aku tak pernah nampak dia sebelum ni. Lengsung pipit dia Lia, Qish, masya-Allah. Terpegun aku"
Tiba-tiba aku dan Qisha saling berpandangan.
"Pelajar baru? Hensem? Gila kau. Entah-entah mamat tulah yang kau cerita tadi"
Aku yakin 100%, mamat ni sama dengan mamat dalam cerita Qisha tadi.
"Qish? cerita apa ni?" Adriana mulai berteka teki.
"Hari ni ada pelajar baru kat kelas kita. Jangan-jangan, mamat yang bertanya kat kau tu lah pelajar baru tu. Ya Allah tak sabarnya!"
"Fuyoooh! Biar betul. Okey fine, lebih baik kita masuk kelas dulu aku nak simpan beg. Lepas tu gi kantin jap. Sarapan ... aku lapar"
Alhamdulilah. Nasib baik si Qisha ni lapar. Sebab dia ni if lapar apa apa pun tak penting bagi dia. Yang penting 'makan'.
"JOM!"
------------------------------------------------
"Assalamualaikum dan Selamat pagi pelajar semua"
Cg Abdul masuk kedalam kelas sambil memberi salam dan ucapan selamat pagi. Muka macam biasalah. Tak ada senyuman langsung kat muka tu.
"Waalaikumussalam dan Selamat pagi cg"
Serentek semua pelajar 4sci2 membalas salam sang guru yang sangat 'sporting' itu.
"Baiklah pelajar, sila duduk. Hari ini kita ada kedatangan seorang pelajar baru. Baiklah sila masuk"
Semua pelajar khusyuk mendengar kata kata Cg Abdul sambil memerhati pelajar yang dimaksudkan.
"Baiklah sila perkenalkan diri kamu"
"Assalamualaikum semua, nama saya Aakif Attarmizi. Semua boleh panggil saya Aakif. Saya pelajar baru pindahan dari Singapore. So i hope, semua dapat membiasakan diri dengan saya nanti. Salam kenal guys"
Semua perempuan tersenyum lebar. Apatah lagi Qisha dan Adriana. Hemmmm ... boleh tahan. Tinggi lampai, kulit kuning langsat dan lengsung pipit dekat pipi kiri dan kanan tu yang membuatkan dia lagi indah.
Masya - Allah. Hensemnya. Eeh? aku ni dah kenapa. Zullia, kau jangan gila. Belum tentu dia nakkan kau. Apatah lagi pelajar - pelajar perempuan kat kelas ni lawa - lawa macam Nora Danish.
"Baiklah Aakif, Cg harap kamu selasa dalam kelas ni. Nanti masa break time bolehlah kamu berkenalan dengan pelajar yang lain. So awak boleh duduk di tempat kosong disebelah Zullia"Wait-wait??? Asal aku lakkk??
"Hah? Saya Cg? Tapi sebelah ni kan meja abang saya?"
Hish abang aku ni, tak sekolah lagii. Nasib baik kau tak hadir sebab cuti sakit. Haishhhh! Tak pasal-pasal aku kena duduk dengan lelaki yang aku tak kenal ni. Eeh korang aku lupa kenalkan abang aku @ kembar aku Erze Zullis.
"Itu saya tak nak tahu. Yang penting Aakif kena duduk sebelah kamu. Dah takde meja kosong dah. Tu pasallah abang kamu tak sekolah. Esok kamu suruh abang kamu ambil meja kosong dekat kelas 4sci1. Atau kamu nak saya suruh Aakif duduk tempat kamu. Sementara kamu berdiri sepanjang waktu sekolah ni demi mempertahankan meja kerusi abang kamu. Nak macamtu? "
Ish Cg Abdul ni. Lebih - lebih pulak dhaaa. Main-main ugut lakkk. Sebab Si Aakif nie lah aku kena leter isssssh!
"Hem baiklah cg, biar Aakif duduk di tempat Zullis"
Terpaksa aku berpasrah. Kau kena tahu bang, aku dah pertahankan 'hak' kau. So lu sendiri mau ingatlah mau duduk mana esok.
"Baiklah Aakif sila duduk"
"Okey pelajar, sila letakkan kerja rumah yang saya suruh siapkan kelmarin diatas meja masing-masing. Zullia sila kutip"
Cg Abdul ni memang selalu macam ni kan. Sikit-sikit Zullia. Mentang - mentang aku ni penolong ketua kelas, aku juga yang kena kutip.
Ketua kelas ni pulak macam mangkuk hayun dah aku tengok. Muka dahlah macam belimbing. Bolehh buat derk je dia? Patutnya dia as ketua kelas, dia lah yang kutip semua ni. Baik aku je jadi ketua kelas. Baik kau blaah je Kifli ooii. Menyakiti hati aku jee.
"Apa lagi yang kamu angankan tu Zullia? Cepat kutip!"
"Eh eh tak ada apa-apa cg. Baiklah saya kutip sekarang"
Aku mula gabra. Ni lah salah satu fakta tentang aku, kuat berangan. Ish .. Ish .. Ish.
YOU ARE READING
Sejak Bila?
Teen FictionErza Zullia Damia. Seorang pengawas yang dihormati dan disayangi. Kedatangan seorang pelajar baru bernama Aakif Attarmizi membawanya kembali kepada kenangan dahulu. Siapakah Aakif Attarmizi? 😦 ******* "Gaya dia, percakapan dia, senyuman dia semuany...