0⃣ 2⃣

80 3 0
                                    

Aakif P.O.V

---------------------------------------

Aku Aakif Attarmizi. Aku menjejakkan kaki ku kedalam kawasan sekolah yang terasa begitu asing bagiku. Kalau bukan kerana perkerjaan ayah yang meminta kami sekeluarga berpindah ke semula ke bumi Malaysia, mungkin aku takkan sesekali menjejaki bumi Malaysia lagi.

Singapore, aku merindukan mu. Aku rindukan sahabat-sahabat ku disana. Aku rindukan suasana disana. Tapi apakan daya? Ayah meminta kami sekeluarga untuk ikut sama berpindah.

Destinasi pertama ku disekolah ini adalah ke bilik pengetua. Tapi, bilik pengetua kat mana? Aku berkira-kira. Adakah aku patut bertanya kepada orang yang lalu lalang dikawasan ini? Arghhh! Tanya ajelah.

Mata aku tertumpu kepada seorang gadis yang sedang memakai beg berwarna merah jambu. 'Confirm anak mak ni' bisik hatiku.

Aku pun menuju ke arah gadis tersebut.

"Hai" Sapaku.

"Emm hai. Kenapa?"

"Saya just na tanya, bilik pengetua kat mana eh"

"Oh bilik pengetua. Awak jalan lurus je lepas tu awak akan jumpa library, then awak akan jumpa tangga kat sebelah library. Naik tangga tu. Belok kekiri, dah kat sanalah bilik pengetua"

Terang gadis tersebut sambil menunjuk-nunjuk kearah yang dimaksudkan.

"Thank you"

Aku pun tersenyum tanda terima kasih. Dan perempuan tersebut pun membalas senyuman ku dengan mata yang tak berkelip. Cairlah tu. Tapi sorrylah, aku bukan lelaki playboy. Senyum sebagai tanda terima kasih sahaja.

--------------------------------------

Didalam kelas 4sci2 (still Aakif P.O.V)

Selepas selesai memperkenalkan diri didalam kelas baruku. Timbul pulak sesi bantah membantah tentang tempat duduk diantara seorang pengawas dan guru. Kerana terpaksa, gadis itu merelakan saja meja kerusi yang sepatutnya milik abangnya, untukku. Macam mana aku boleh tau? Kan pengawas tu ada cakap tadi.

Aku pun mula duduk disebelah kerusi perempuan itu. Nampak sangat macam tak ikhlas suruh aku duduk sebelah dia. Kalau ia pun. Senyumlah sikit. Ni tak bermasam muka je.

Tiba-tiba Cg Abdul memberi arahan kepada semua pelajar di dalam kelas untuk mengeluarkan kerja rumah. Dan lagi... Pengawas tu jadi mangsa untuk mengutip semua tugasan kerja rumah itu. Kesian minah ni.

--------------------------------------

*Kringgggggg*

Lonceng berbunyi menandakan waktu mata pelajaran Science telah tamat. Dan tiba masanya semua pelajar menikmati waktu rehat yang diberikan selama 30 minit.

"Lia....Untung lah kau, dapat duduk dengan mamat Aakif tu. Betullah kata Adrianna tadi. Hensem gilaaaaaa!"

Qisha memulakan ayatnya setelah menuju kearah aku bersama Adrianna. Aku yang tengah memasukkan buku Science ke dalam beg sekolah memandang ke arahnya.

"Emmm untung apanya Qish? Aku datang sekolah dan dapat belajar, dah kira beruntunglah tu. Emmm boleh tahan. But ewwww not my type"

Aku mula menjawab kata Qisha. Not my type? Ahaha dia tu melebihi type aku dah. Biarlah. Mengaku pun, bukannya dapat apa.

"Eh eh. Asyik korang dua je berdailog. Aku bila pula? Nie...Mamat tu memang hensem. Seriously. Muka dia macam V bts. Babyface habis"

Adrianna pula menyampuk sambil menunjukkan mata Love dia. Maksud mata love tu 'orang tengah jatuh cinta'

"Overrrrr nyaaaaaa kau Adrianna. Apa mende lak macam V bts? Macam JIN ada. Maksud aku JIN bts. Hehehe. Eh mana pulak Aakif ni?"

"Ouh...Dia keluar sebab aku dengar Cg Surina suruh dia ambil borang untuk isi biodata pelajar. Kejap lagi masuklaah tu....Hah tu pun dia. Panjang umur"

Qisha dan Adrianna pun melihat kearah Aakif tanpa berkelip. Bagaikan sosok mamat romeo yang masuk kedalam kelas.

"Dah dah jom gi kantin. Masa tinggal 17 minit lagi. Kang tak sempat rehat"

Aku mula menganggu tumpuan mereka.

"Okey" kata Qisha dan Adrianna serentak.

"Tapi sebelum tu(sambil berjalan dua tapak kesebelah) .... Aakif, awak nak ikut kami gi kantin??? Saya Adrianna"

Sambil tersenyum Adrianna menghulurkan tangannya untuk disalam oleh Aakif sebagai tanda perkenalan. What are you doing Adrianna??? Aku menepuk dahi ku perlahan.

Aakif memandang ke arah Adrianna sambil tersenyum. Salam yang dihulurkan Adrianna tidak disambut.

"Maaf.... Emmm saya nak pergi pinjam buku dekat perpustakaan. So saya tak dapat ikut. Nice to meet you"

Aakif terus berlalu  keluar kelas menuju ke perpustakaan.

Aku melihat rona muka Adrianna yang bertukar merah. Malu lah tu. Siapalah suruh kau mengada-gada. Ingat lelaki semua sama ke? Aku mula tersenyum. Alhamdulilah. Ada juga lelaki macam ni zaman sekarang.

"Weeeeeh korang. Malunyaaaaa" Adrianna meraup mukanya.

"Tulah kau. Mengada. Nanti dia fikir kita ni gedik..." Qisha menghantar jelingan maut untuk Adrianna.

"Dahlah. Jom gi kantin. Lain kali jangan macam ni Anna. Lelaki tak semua sama" Selepas ku menghabiskan kata-kata. Aku pun menarik tangan mereka berdua untuk menuju ke kantin.

*kruuk kruukk*

Ishhh sabar lah perut aku tau kau lapar....

Sejak Bila?Where stories live. Discover now