0⃣ 3⃣

48 2 0
                                    

Aku melangkah masuk kedalam perpustakaan. Kesunyian didalam perpustakaan amat mendamaikan ku. Aku mula mengambil beberapa buah buku lalu duduk di atas sebuah kerusi dan meletakkan buku yang dipilih diatas meja.

Semasa aku membelek-belek buku Harry Potter yang menjadi kegilaan ku itu, ingatan ku kembali pada peristiwa dikelas tadi. Perempuan yang bernama Adrianna itu telah mencemar duli untuk bersalaman denganku. Ingatlah sikit yang diri tu perempuan. Aku ni lelaki.

Inilah manusia zaman sekarang, bersentuhan kulit diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah menjadi kebiasaan.

Serious, sampai sekarang aku langsung tak ada kawan perempuan. Untuk pengetahuan korang aku STRAIGHT OKEY! Hanya kerana seorang sahabat perempuan kecil ku dahulu...

Arggggghh! ya Allah! Kenapa kenangan 8 tahun lalu datang kembali menghimpit hati? Aku cuba mengusir segala kenangan pahit ini. Menjejakki bumi Malaysia seperti membuka kembali kotak memori lama yang telah diikat dengan kuat.

'Aya, Ayif rindu Aya'

---------------------------------------

Flashback

---------------------------------------

"Aya. Janganlah tukar nama Aakif jadi Ayif"

Seorang kekanak lelaki berusia 9 tahun itu membersihkan bajunya yang telah terkena dengan chocolate itu sambil berbicara dengan sahabat perempuan yang umurnya sebaya dengannya.

"Ayif tukar nama kita jadi Aya, Aya tak marah pun. Macamni, 'Aya' cuma gelaran diri Aya untuk Ayif. 'Ayif' pulak gelaran diri Ayif untuk Aya sorang je. Kita kan kawan baik?"

Aya tersenyum sambil menampakkan barisan giginya yang putih dan bersih itu kepada Aakif.

"Okey, Mulai harini Ayif janji akan jaga Aya. Ayif nak kita kawan sampai besar. Aya lah satu-satunya sahabat perempuan Ayif. Aya janji ye akan jadi kawan Ayif sampai bila-bila? Dan janji takkan tinggalkan Ayif?"

Aakif ataupun Ayif itu berkata dengan bersungguh-sungguh.

"Okey, Aya janji, sampai bila-bila kita kawan dan Aya juga berjanji takkan tinggalkan Ayif. Sebab Aya sayang Ayif sangat-sangat"

Dan Aya pun tersenyum. Setelah itu hujan turun dengan lebatnya. Disebalik hujan, Ayif dapat melihat senyuman bahagia Aya, yang sampai bila-bila takkan pernah dilupakan Ayif.

Dan hari ini hujan menjadi saksi janji mereka.

-------------------------------

"Aya...Ayif sakit Aya. Sakit terkenangan kenangan bersama Aya. Kenapa Aya pergi? Aya tak rindu Ayif yang tengah kesepian ni ke?"

Air mata yang mengalir dipipi segera diseka. Nasib baik tak ada orang.

'Aakif, kau kena INGAT. Sebanyak mana pun kau ingatkan dia. Dia takkan kembali' Aku berkata kepada diriku sendiri.

Lonceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Aku segera membawa buku yang telah dipinjam itu kedalam kelas.

Pelajar sekelas aku berduyun-duyun masuk kedalam kelas. Setelah semua meja dipenuhi dengan pelajar-pelajar 4sci2 yang menandakan semuanya telah masuk, tiba-tiba datang seoarang lelaki mengetuk pintu kelas.

"Assalamualaikum. Hari ni Miss Diane tak masuk kelas sebab anak dia sakit. Cg Amirul pesan tolong jangan buat bising"

Pengawas yang duduk disebelahku mula berdiri dan menuju kepada pelajar yang menghantar 'pesan' itu.

"Waalaikumsalam Haikal. Terima kasih. Dah awak boleh masuk kelas"

Setelah pelajar yang bernama haikal itu beredar. Pengawas itu mula berdiri dihadapan semua.

"Okey semua seperti yang awak semua dengar. Miss Diane cuti. Minta kerjasama untuk jangan buat bising"

Semua pelajar terdiam. Kalau tak ditegur pun, mungkin mereka tetap akan berdiam diri. Biasalah kan. Kelas Science. Banyaknya nerd, termasuk pengawas yang telah duduk kembali disebelah ku.

Tinggi, berkacamata berwarna hitam, dan mempunyai hidung yang mancung dan mata yangg .... Eh? Wait? Mata ni macam kenal.......

Tapi kat mana????

Sejak Bila?Where stories live. Discover now