"Hani yakin yang lily buat keputusan yang tepat?" Lily bertanya kepada hani.
"Ya. Lagipun dia baik dan setia. Hani yakin dia boleh jaga lily" balas hani. Tangannya lincah make up kan lily. Sebab lily nak berjumpa dengan seseorang.
"Lily mesti pakai make up and dress jugak ke?" Soal lily lagi. Mana tak nya seumur hidup dia tak pernah pakai make up. Dress penah lah.
"Ya mesti! Banyak soal lah dia ni. Cuba diam sikit. Nak pakaikan eyeliner pun susah" hani memarahi lily. Lily pula membuat muka.
"Nak tengok muka lily hodoh disebabkan hani buat ke?" Hani mengugut lily.
"Do it" balas lily.
"Nak sangat eh" hani baru nak menconteng eyeliner di pipi lily tetapi lily menolak tangan hani menyebabkan eyeliner tersebut terconteng di muka hani.
"Yah! Yah lily!" Hani menjerit memanggil lily. Tapi lily sudah lari keluar rumah bersama bag nya. Nasib baik muka lily sudah siap. Kalau tak kena tunggu lagi.
---------------
"Kau betul nak bagi tahu dia perkara sebenar?" Soal jb pada lily."Yes. Lagipun aku dah bagitahu dia yang aku nak jumpa dia kat kerusi bawah pokok kat sekolah" balas lily dan tersenyum pada jaebum.
"Okay lah kalau macam tu. Aku harap sangat yang dia akan bahagia suatu hari nanti" jaebum tersenyum. Lily hanya memandang langit.
"Aku jumpa dia dulu tau. Bye" lily berjalan ke arah padang sekolah. Terdapat sebatang pokok yang besar. Di bawah nya ada kerusia panjang yang memang dinletakkan di situ dan lily ternampak seseorang yang amat dikenalinya.
Lily berjalan dengan perlahan ke arahnya. Nampaknya gerangan tersebut masih tidak mengetahui kewujudan lily di sebelahnya.
Lily apa lagi terus duduk lah.
"Hai mark" sapa lily dan mark memandang lily.
"Hai" balas mark. Selepas itu mereka senyap. Seperti kewujudan masing masing tiada di situ. Akhirnya mark memecahkan kesunyian
"So, kenapa kau nak jumpa aku?" Soal mark.
Dia pelik. Kenapa tiba tiba lily nak berjumpa dengannya dan yang paling pelik pertama kali dia melihat lily memakai make up. Dan ia sangat lawa.
Banyak juga persoalan di minda mark. Tapi, dia simpan dahulu."Sebenarnya apa yang saya bagitahu awak takkan buat awak terkejut. Saya sebenarnya ......."
-------------------
( 5 tahun kemudian )Bambam berdiri di hadapan pintu dewan dengan memakai tuxedo. Menjemput orang masuk adalah tugasnya. Pada hari tersebut adalah hari perkahwinan adik perempuannya. Jadi dia di kira tuan rumah. Dan dia menyambut perkahwinan adiknya di korea setelah lama duduk di negara asing.
Dalam melakukan kerja tersebut dia menunggu tetamu yang dia jemput sendiri. Siapa lagi kalau bukan kawan baiknya. Dan juga lily.
Dalam hati dia barharap agar lily adalah pasangan sehidup semati mark. Sebab dia tidak mahu merasa bersalah di atas kesalahannya seumur hidup.
Dari jauh dia ternampak 5 orang jejaka kacak dan seorang perempuan. Perempuan tersebut sarat mengandung dan tangannya memeluk lengan seorang lelaki.
Makin lama makin dekat. Bambam sangat terkejut apabila mereka berada di hadapan bambam.
Kawan kawannya. Bersama dengan lily yang memeluk lengan jaebum. Dan tiada mark.
"Tak nak jemput kita orang masuk ke?" Soal jackson.
"Ah? Oh! Masuklah. Lepas habis kerja ni aku jumpa korang. Cari meja nama bambam. Aku dah siap tempah meja tu untuk kita" kata bambam. Dalam minda nya begitu banyan persoalan untuk di tanya. Tapi dia takut jika dia tersilap kata. Lagi lagi apabila melihat lily yang sarat mengandung. Anak jaebum.
"Yah!" Bambam memandang seorang lelaki yang berlari ke arah mereka.
Mark!
"Lambat gila kau parking kereta" kata jackson pada mark.
"Jauh lah. Nasih baik aku suruh lily turun dulu. Thanks jaebum jagakan lily untuk beberapa minit" kata mark lalu lily melepaskan pelukan di tangan jaebum dan pergi ke arah mark.
Bambam yang di situ hanya menjadi pemerhati. Apa yang terjadi? Siapa suami lily?
"Eh bambam! Lama tak jumpa kau. Aku minta maaf sebab banyak buat salah kat kau sebelum ni. Aku menyesal sangat. Kau boleh jadi bestfriend aku semula kan?" Kata mark pada bambam. Yang lain pula menjadi pemerhati.
"Kejap. Aku tak paham." Kata bambam.
"Apa yang tak paham?" Soal jr
"Siapa suami lily yang sebenarnya?" Soal bambam. Yang lain tergelak begitu juga dengan lily.
"Aku lah suami lily" kata mark.
"Eh? Tadi dia bukan dekat jaebum?" Soal bambam semula meminta kepastian.
"Kau cuma perlu ingat ni. Lily aku punya dan dia hak aku sampai bila bila" kata mark sambil tersenyum. Yang lain hanya membuat muka tanda menyampah. Gedik mark ni semenjak dah kahwin. Lily hanya memuku lengan mark.
"Hah?" Bambam masih lagi blur
"Haih. Aku pendekkan. Dia aku punya. Lily aku punya. Dia isteri aku. Paham?" Soal mark.
*********
Okay first of all sorry sebab lambat update. Sebab saya takda idea and internet slow. Sometimes ada and tak. Harap anda paham. Hehe. So lepas chapter ni saya akan bongkarkan semua rahsia yang masih terbuku.
YOU ARE READING
Dia Aku Punya [Mark Got7 fanfic]
FanfictionLily adalah seorang atlet sekolah yang mempunyai perasaan terhadap Mark. Sudah lama Lily pendam perasaan dia sebab dia takut nak confess dekat Mark. Sebab? Sebab nya dulu ade ramai pelajar perempuan yang confess dekat mark tapi ditolak mentah-menta...