Special Chapter

1K 61 18
                                    

Sorry kalau tak seberapa
*************

"Violet. Mana hajoon?" Lily bertanya kepada violet. Anak perempuannya merangkap kepada anak pertamanya.

"Atas. Dia tengah siap" balas violet lalu duduk di meja makan.

"Barang semua cukup kan?" Lily bertanya kepada violet. Violet mengangguk.

Lily tersenyum. Hari ini hari pertama kedua dua anak nya pergi ke sekolah buat pertama kali. Baru berumur 8 tahun nak masuk ke grade 1.

Haruslah gembira kan?

"Mommy tahu yang anak uncle jimin pun satu sekolah dengan violet" kata violet.

"Tahu. Suka lah tu" kata lily. Menyakat anaknya. Bukan dia tak tahu yang violet ni suka dekat anak kawannya. Jimin tu kawan kolej lily. Selalu jumpa. Jimin tu pulak ada seorang anak lelaki sebaya dengan anaknya. Nama anak jimin park minjun.

Yang sebenarnya violet ni ada kembar lelaki. Tapi tak seiras. Hajoon tu lah. Tapi disebabkan violet keluar dulu violet lah jadi kakak.

Waktu nak pilih nama tu, jackson lah paling bising. Dia suruh mark letak nama anak lelaki lily dan mark 'marker'. Terus dia kena hempuk dengan youngji.

Violet ni nama bunga. Macam nama lily. Kiranya violet punya nama lily yang bagi. Hajoon punya nama mark yang bagi.

Walaupun kembar perangai mereka tersangatlah jauh beza. Violet seorang yang happy go lucky. Yang hajoon membeku sentiasa. Orang ramai selalu fikir yang violet dan hajoon akan bergaduh selalu. Tapi sangkaannya meleset. Diorang punya sibling goals lah paling menarik. Walaupun tak selalu bersama, kalau ada di antara mereka mempunyai masalah maksudnya orang tersebut menempah maut dengan kedua duanya sekali.

Tapi hajoon yang selalu jaga violet walaupun dia adik. Baik kan?

Pernah waktu umur 7 tahun hajoon menumbuk seorang kanak kanak 8 tahun yang tua darinya sebab budak tersebut mencuri anak patung violet. Lily dan mark pun pening. Hajoon tersangatlah matang dari umurnya.

Hajoon ni pandai. Waktu tadika, hajoon sentiasa mendapat tempat pertama. Lain pula dengan violet. Tak mendapat tempat ke 10 tempat ke 12 pun jadi. Antara dua nombor tu mesti nombor violet. Tapi, mereka berdua ni sangat sekepala. Even antara mommy or daddy diorang akan pilih sama sendiri. See? Sibling goals sungguh.

"Mommy ni" violet mencebik.

"Mana daddy?" Soal hajoon yang sedang turun.

"Daddy pergi jogging. Kejap lagi balik lah tu" kata lily.

"Semua barang dah cukup ke hajoon?" Soal violet.

"Dah" balas hajoon.

"I'm home" mark masuk ke ruangan dapur.

"Hey twins" sapa mark lalu duduk di sebelah lily.

"Hey mom twins" mark menyapa lily pula.

"Stop calling me that" balas lily.

"Okay okay" balas mark.

"Mommy nak tu" violet menunjukkan ke arah nugget.

"Sekejap" lily berdiri dan meletakkan tiga nugget kedalam pinggan violet.

"Ni je?"'soal violet.

"Dahtu nak makan banyak mana? Yang lain ni kan nak bawak bekal ke sekolah" balas lily.

"Lagipun nugget ni untuk bekal sebenarnya. Breakfast kamu yang ni" lily menunjukkan ke arah sandwish.

"Alahhh" violet mencebik tapi makan jugak nugget dia. Violet ni makan je banyak. Badan tak naik naik.

"Kamu nak siapa hantar ke sekolah?" Soal mark.

"Daddy" jawab lily.

"Jalan kaki" balas hajoon.

"Jalan kaki? Hajoon tahu ke sekolah tu kat mana?" Soal violet lalu memandang hajoon.

"Semalam kan hajoon keluar. Hajoon cari sekolah tu kat mana lah" balas hajoon. Berdikari sungguh hajoon ni.

"Kalau macam tu violet nak jalan kaki dengan hajoon lah" kata violet.

"First day sekolah takkan nak jalan kaki?" Soal mark. Pelik sungguh dengan diorang ni. Lily dan mark kira beruntung kerana dapat anak yang tak menyusahkan.

"Hajoon boleh je" balas hajoon.

"Kalau hajoon ada violet okay" balas violet.

"Mommy pun okay" balas lily.

"Awak serious nak bagi budak 8 tahun berjalan ke sekolah untuk hari pertama?" Mark memandang lily.

"Apa salahnya kan?" Lily memandang violet dan hajoon. Tapi mereka hanya fokus makan makanan mereka.

"Hajoon nak pergi dulu" kata hajoon lalu turun dari kerusi dan berjalan ke luar.

"Tunggu noona lah!" Jerit violet. Hajoon berhenti lalu memandang violet.

"Jom noona?" Panggil hajoon.

"Jom!" Violet berlari ke arah hajoon lalu mereka berjalan bersama.

"Saya yakin hajoon boleh jaga violet." Kata lily.

"Okay kalau macam tu" balas mark.

"Mommy! Uncle jimin datang!" Jerit violet dari luar. Lily dan mark terus keluar untuk berjumpa jimin.

"Eh kenapa datang awal pagi ni?" Soal mark pada jimin.

"Minjun ni katanya nak pergi sekolah dengan hajoon and violet" balas jimin.

"Hai auntie. Hai uncle" minjun menunduk hormat.

"Hey hajoon" minjun memeluk bahu hajoon. Hajoon hanya membiarkan. Best friend katakan.  

"Hai violet" minjun memandang violet sambil mengenyitkan matanya. Kecik kecik dah pandai eh. Siapa ajar ni?

"Hai minjun" balas violet.

"Boleh je ikut diorang. Tapi diorang dua ni nak pergi sekolah jalan kaki. Minjun nak ke?" Soal lily.

"Nak!" Balas minjun.

"Korang betul taknak naik kereta?" Soal jimin. Anak jimin pun dah sekepala dengan diorang dua ni.

"Taknak" balas minjun dan violet. Hajoon hanya menggeleng.

"Lagi 30 minit sekolah nak start. Hajoon rasa kita kena gerak sekarang" kata hajoon.

"Bye" lalu mereka bertiga berjalan ke sekolah. Manakala jimin pulang ke office. Mark dan lily masuk ke dalam rumah semula.

**********
Okay okay
Sorry if tak seberapa. Hehe. But okay lah ni kan? Saya bak ucapkan terima kasih lagi sekali kepada yang menyokong cerita saya dari awal hingga akhir. Walaupun cerita ni agak putar belit sedikit. Kekeke. Maaf. Terima kasih saya ucapkan. And jumpa saya di fanfic seterusnya❤❤. Rasa sayang pulak nak tinggalkan ff ni hurmm😭.

Dia Aku Punya [Mark Got7 fanfic]Where stories live. Discover now