"Wei, pasang la surah yaasin ke nasyid ke apa ke. Doa makan pun aku rasa cukup selamat dah" Ujar Mat kepada Zukie. Mana tidaknya, dengan pelbagai cerita yang dia dengar pasal highway karak ni, memang kecut telur dia dibuatnya.
"Kau menganut agama yahudi mana cibai pasang nasyid hantu takut. Relax lah, aku punya kental ni, kalau hantu nampak aku pun dia yang takut sebab aku handsome sangat." Zukie berjenaka.
"Kau jangan cakap besar syaiton. Sebab orang macam kau ni la hantu suka datang kacau. Memang elok pun hantu tu kacau orang macam kau, lagi baik kalau dia makan terus hahahaha" balas Mat spontan.
Mereka sedang mengimbas kembali tentang cerita VolksWagon kuning yang hangat diceritakan netizen. Cerita tentang kakak cantik yang sibuk meratah seorang lelaki diatas bumbung kereta semasa isteri beliau berada di dalam kereta. Dan juga cerita-cerita tentang hantu gula-gula yang melompat kejar sebuah kereta dengan kelajuan 180 kilometer sejam lajunya. Kelajuan hantu gula-gula itu bukan calang-calang kata orang.
Secara tiba-tiba Mat bersuara,
"Kie, berhenti tepi highway ni jap. Aku nak kencing." Mat bersuara memotong cerita yang sedang hangat diceritakan oleh Zukie.
"Kau nak kencing tepi highway karak ni biar betik? Mahu kalau salah kencing nanti bentan adik kau sebulan. Kahkahkah"
"Kau nak aku kencing tepi highway ni ke kau nak aku kencing atas kepala kau? Aku pun dah lama tak kencing member ni." Mat bersuara tegas. Pundinya tidak dapat bertahan lama lagi.
"Yelah-yelah, cepat tau. Lambat tinggal. Balik la kau jalan kaki nanti" Zukie membuat kata putus setelah malas mahu berdebat dengan Mat.
Kereta diparkir di lorong kecemasan. Handbrake ditarik. Lampu hazard diberikan takut-takut jikalau kereta lain tidak nampak mereka dan terlanggar pula. Mat segera keluar dan mencari port yang baik bagi melepaskan air kecilnya itu. Nikmat dunia akan dirasainya sebentar sahaja lagi.
"Mat!" Zukie menjerit secara tiba-tiba dibalik tingkap yang dibuka sedikit.
"Apa anak haram?!" Mat berasa terkejut apabila dibuat sedemikian.
"Jangan lupa mintak izin! Kang terkencing atas kepala tok nenek jin mahu satu hal hancing keturunan diorang!" Zukie berjenaka lagi sekali.
"WATAPAK!! Aku tak tahan ni bye!" Mat hilang dibalik pokok besar yang berada di tepi highway itu.
Zukie berasa pelik juga, kenapa pokok ini sahaja yang tumbuh subur dan paling besar disini. Kenapa tak depan sana? Tepi sana? Belakang sana? Zukie hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Lagu Intifada yang dinyanyikan oleh kumpulan Rabbani dikuatkan apabila masuk pada bait-bait korus;
Oh...
semerbak harum,
bingkisan an-nur,
berterbangan tinggi ke intifadaBaginya ada betul kata Mat, hantu memang takut pada nasyid barang kali.
Sesampai dibelakang pokok, Mat membuka zip seluarnya. Menghulurkan nozelnya keluar bagi melepaskan hajat yang terbenam sedari tadi.
"Atok, nenek, moyang-moyang sekalian makhluk. Cucu nak tumbang kencing ni tau. Air kencing cucu mujarab, kalau kencing dekat pokok ni mesti subur. Percayalah tok. Cucu bukan kaki kencing orang." Kata Mat sambil kencing dibalik akar-akar pokok yang besar menjalar.
Tiba-tiba Mat perasan akan satu kelibat yang duduk diatas pokok. Bajunya kaler kehijauan. Lain dari yang lain sungguh baju makhluk ni. Mat sudah mulai goyah. Pundi kencingnya kuncup kuncap dibuatnya. Ayat-ayat yang keluar dari mulutnya tidak kedengaran begitu jelas. Semuanya hilang terbenam di kerongkong akibat terlalu takut. Hanya kedengaran sedikit ayat yang dibacanya yang berbunyi;
"..wakina aza bannar aminnnn" dan kita semua tahu itu adalah potongan dari doa mana.
Mat gegas berlari kearah kereta Zukie. Menarik pemegang pintu beberapa kali. Cilaka punya Zukie boleh pergi kunci pintu pulak. Lagu dari dalam kereta kedengaran amat kuat dan terlihat Zukie sedang rancak menyanyikan lagu Aiman Tino - Kurela Dibenci. Dan Zukie sedang sibuk menjeritkan bait-bait korus yang berbunyi;
Menghitung menunggu mati,
agar kau jumpa yang dinanti,
semoga pemergianku ini..Mat sudah mulai berang. Dalam hatinya sudah mula sumpah seranah.
"Kau tunggu la aku masuk kereta dulu kalau ye pun menunggu mati naharam!!" Mat menjerit dari luar.
Zukie yang baru perasan akan kehadiran Mat lantas menekan punat membuka kunci pintu. Mat masuk lalu menarik nafas lega. Diceritakan hal yang berlaku kepada Zukie. Zukie bertanyakan akan tempat dan kawasan yang lembaga berbaju hijau itu sedang duduk. Mat lantas menunjukkan kepadanya. Mata Zukie mengecil bagi membetulkan pandangannya di dalam samar-samar kegelapan itu. Dia Nampak. Lembaga itu sedang berada diatas pokok seperti dipaku disitu. Melambai lambai bajunya kearah mereka.
Secara tiba-tiba, lembaga itu seperti terjatuh dan berterbangan diudara dan membuatkan Mat dan Zukie menjerit lalu membuatkan Zukie menukarkan gear pada huruf D dan menekan pedal sehabis boleh. Mat sempat mengalihkan pandangan pada lembaga itu dan apa yang dia nampak adalah bendera warna hijau yang mempunyai bulan penuh bewarna putih ditengah. Cilaka bendera PAS rupanya.
Zukie masih lagi tidak mahu mengalihkan pandangan kebelakang. Lututnya masih lemah dan dirinya rasa seperti telah hilang semangat.
Sedang Mat cuba untuk menenangkan Zukie, tiba-tiba kereta mereka terasa berat. Jam digital di dashboard kereta myvi milik Zukie menunjukkan pukul 3 pagi. Dan ini bukanlah waktu yang sesuai untuk kakak cantik menumpang kereta mereka tanpa membayar duit minyak.
"Cilaka punya kakak cantik, kalau ye nak tumpang pun bayar la duit minyak. Sedap mak bapak kau je tumpeng free free. Adab menumpang kereta orang mana sial? Patut la mati langit tak terima, perangai macam anak haram.." bebel Zukie sambil mengetuk bumbung keretanya seperti cara hendak suruh kakak cantik turun dari bumbung itu. Mat hanya menggelengkan kepala, nak disuruh turun tak sampai hati sebab pikirkan kereta member je. Tadi bukan kemain takut. Sekarang sembang besar balik pulak dah.
Meter masih menunjukkan pada angka 70km/j. tidak naik dan tidak turun. Masih static. Hati mat sudah mulai gusar. Zukie masih sibuk memaki hamun kakak cantik. Masa ni patut diguna pakai dengan berzikir kalimat Tuhan tetapi bukan Zukie, mulutnya sibuk berzikir dengan nama 'babi' 'anak haram' disertakan dengan lembaga yang tidak pernah pergi sekolah. Dasar mulut celupar Zukie ni. Elok suruh balik kampong jalan kaki je tadi.
Setengah jam berlalu. Kereta mereka masih lagi terasa berat. Kali ini mereka cuba menutup pendingin hawa dan membuka tingkap sedikit memandangkan bar minyak pada meter sudah berkelip. Lepas satu-satu masalah. Babi. Tingkap mereka dibuka sedikit sahaja. Sebesar sejengkal kalau mahu dikira oleh jari. Mereka takut kalau-kalau kakak cantik menarik mereka keluar dari kereta dan makan mereka diatas bumbung seperti cerita yang pernah mereka dengar. Mereka tidak mahu menjadi bualan cerita seterusnya.
Tiba-tiba, satu bau menusuk masuk di ruang dalam kereta. Bau busuk yang amat sangat. Mat dan Zukie tidak tahan dengan bau itu. Terasa seperti bau jasad yang dibakar. Teruk punya bau. Dah la menumpang. Bagi bau tahi pulak tu. Mana orang tak marah.
Tiba-tiba Mat bersuara;
"Kie, tu lampu apa merah yang bernyala dekat meter kau tu? Engine overheat ke?" Tanya Mat pelik. Setahu dia lampu itu tidak ada sebelum ini.
"Ohh, tu lampu handbrake. Dia akan menyala kalau kita tak lepaskan handbrake dan.." Zukie terhenti seketika.
"Dan? Yes naharam yes, sambung please? Dan?" muka Mat mulai merah padam. Marah didalam hatinya kian membuak-buak, penuh dendam kesumat.
"Dan aku mintak maaf sebab lupa lepaskan handbrake! Sebab tu kereta kita rasa berat je and tu baru aku perasan bau brake terbakar sialll!" Zukie menjerit lalu meminta maaf kepada Mat yang sedang mencekiknya itu.
-Tamat-
YOU ARE READING
Kisah Seram Alternate Ending
Humorkisah pengembaraan Mat dan Zukie menempuh hari-hari mereka bersama entiti dan pengakhiran yang mencilakakan.