kerja part time

16 0 0
                                    

"eh cuti sem dah dekat kan?"
"yelah. aku tahu kau rindu nak balik kampung kau kat terengganu tu kan?" tukas ira sambil mencebik bibir.
eeii dia ni kan, kalau bercakap tu suka sangat cebik bibir. tak suka lah tengok.

"aku rasa.. macam.. nak cari keje lah.. boleh dapat duit lebih."
yaya merenung awan yang memutih membentuk bantal-bantal gebu. bestnya kalau dapat duduk atas awan tu kan...

"ya! kau nak kerja apa? siapa nak ambil kau kerja ya... kita ada spm je pun.." ira membebel lagi. tangan kanan menepuk dahi yaya kuat.
berdarah!
"nyamuk suka hisap darah kau,ya. tengok ni" kata ira lagi.

tak agak-agak langsung tepuk dahi aku. macam nak pitam wei. kuat kemain lagi tenaga minah ni. kata yaya dalam hati.

"aku plan nak minta kerja dengan makcik aku. dia ada kedai kek kat pekan." yaya tersenyum melirik manja pada pokok beringin. terbayang kedai kek makcik Yati yang cantik dihias tema hello kitty. pada musim cuti sekolah makciknya selalu tak menang tangan melayan pesanan pelanggan. kek yang dibuatnya sangat sedap. murah pulak tu. pelanggan suka menempah kek di kedai makcik yati kerana stafnya yang peramah serta harga yang berbaloi. yelah zaman ekonomi tak berapa bagus ni, semua orang berjimat cermat.

"ya, kau pandai buat kek ke?" ira tiba-tiba mencuit hujung tudung yaya yang terkelepet ditiup angin.

"aku belajar laaa.." positif sungguh budak ni.
dalam kepala sudah merangka macam-macam. sebelum balik nanti dia akan pastikan

🌼hafal nama-nama bahan buat kek
🌼tengok beberapa tutorial video buat kek di youtube
🌼menyediakan cadangan untuk luaskan perniagaan makcik yati secara online

"senyum apa sorang-sorang ni cik adik..."
suara garau serak-serak basah menyapa gegendang telinga.
serentak mereka berpaling.

tiga lelaki tinggi berdiri di hadapan mereka. yang berbaju t hijau gelap corak harimau tu bercekak pinggang. matanya memandang terus ke mata yaya.

"boleh tahan gatal." yaya membentak sebelum menarik tangan ira laju-laju lari balik ke bangunan asrama mereka.

coklat cintaWhere stories live. Discover now