heartbreak

4 0 0
                                    


"yaya, kenapa kau masih terbongkang lagi? bas kau pukul 9 kan?" macam petir suara Ira ke seluruh bilik.

kain selimut hello Kitty yang menutup muka Yaya ditarik kasar.

mulut masih nak mengeluarkan petir tetapi tiba-tiba Ira terdiam.

muka sembap Yaya direnung. Hatinya belas melihat wajah sahabat sejatinya.

Ira duduk di tepi katil perlahan. jarinya mengelus lembut pipi Yaya.

"kenapa, Ya?" butiran air mata mengalir laju. Yaya menarik kembali gebar membungkus tubuh.

"nanti aku cerita. aku nak tidur." suaranya serak dan sebak.

Ira memandang dinding. kalendar Yaya yang diwarnakan merah jambu sudah bertanda seminggu. cuti semester bermula hari ini. baru sahaja minggu lepas mereka bercerita tentang perancangan masa cuti. Apa sudah jadi dengan Yaya?

tidak mahu memaksa, Ira mengangkat punggung. sebelum menutup pintu, dia menghantar pesanan whatsapp ke telefon Yaya.

"aku sentiasa ada untuk kau." tekan hantar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 02, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

coklat cintaWhere stories live. Discover now