Rindu dengan Dahlia , siapalah yang buat benda ni semua ? Aku harap Tuhan membalas semula apa yang terjadi kepada tuannya kembali . Haihh, aku seorang sahaja yang kat rumah sekarang ini .
Dah dua hari aku tinggalkan Dahlia kat rumah dia . Macam manalah keadaan dia sekarang . Sehat ke idok ? Kerja sekolah aku sudah siapkan awal tadi . Tak ada mood nak keluar lepak hari ini .
Kringggg
Telefon Samsung Galaxy Note 2 aku berdering di atas meja . Siapa pula yang call aku ni ?Rachel?
Dah kenapa call aku ni ? Aku hanya membiarkan sahaja Telefonku berdering . Hilang akal ke nak call aku ?
Kringggg
Telefonku berdering kali keduaMasih tiada sahutan daripada aku .
Kringggg
Telefonku masih lagi berdering untuk kali ketigaKali ini aku menjawabnya dengan paksa .
"Hello?"
"Assalammualikum Rachel"
"Apa sajalah ! Dahlia sehat?"Dia macam2 tahulah yang Dahlia sakit . Aku belum pernah lagi bagitahu Siapa2 yang Dahlia kena benda orang malah sebut nama Dahlia pun tak ada .
"Hello?"
"Rachel, tolong jangan buat saya sakit lagi . Macam mana awak tahu Dahlia sakit?"
"Entahlah, ada orang bagitahu saya . Betullah apa yang orang bagitahu saya ? Siapa yang hantar benda tu ?"Rachel tahu ke ? Macam mana di tahu ?
"Siapa yang bagitahu awak?"
Tutttt..
Panggilan dimatikan .Shit!!
Ke Rachel yang buat ? Ish kau ni kan Razman , tuduh orang sekati aja .
Dalam hari ini , masuk kali ke-10 rakan2 aku call lah, Whatsapp lah , sms lah , WeChat lah . Pasal Dahlia lah , apa lagi . Siapalah bagitahu pasal ini ? Aku belum pernah bagitahu dekat sesiapa yang Dahlia kena 'benda' . Rachel kot !
Tapi memang aku belum pernah bagitahu dekat sesiapa pun . Dekat Naim lagilah tak ada , Ajim ? Nazreen ? D'wan ? Aku belum pernah bagitahu lagi dekat sesiapa yang Dahlia tu . Siapalah yang bagitau sebenarnya ? Aku blurr, angkara siapa lah ni ?
Kalau aku tahu siapa punya angkara ni ? Aku tak akan maafkan dia , sampai dia betul² insaf dengan perangai dia sendiri . Rimasnya dengan mereka ni . Dari aku balik sekolah tadi , telefon Samsung Galaxy Note 2 aku sering kali berdering . Famousnya aku . Ada yang call , aishh, macam manalah Dahlia sekarangni . Rindu dengan dia !
Tok.tok.tok
Pintu rumah aku diketuk . Aku terus meluru kearah pintu lalu membukanya .Luq ?
Perangai dia lain . Luq terus masuk ke dalam rumah tanpa aku pelawanya . Dia asyik menunduk aja and terus ke dapur , mungkin dia penat bawa motor pergi sini kot . Ehmm, entahlah . Aku terus kembali duduk di sofa . Kunci kereta , kunci motor , kunci rumah aku ada di atas meja . Entahlah , sejak bila aku letak kunci tu kat atas meja .
Mungkin masa balik sekolah tadi kot .
Kringggg
Telefon Samsung Galaxy Note 2 aku berdering di atas meja . Aku lihat pemanggilnya .Luqman ?
Takkan kat dalam rumah pun nak call ? Saja nak usik aku ni ."Hello?"
"Haa Abang, Luq ni . Meh sini datang rumah . Bawa baju kau sekali . Kita tidur kat umah mama ya ? Jangan segan . Kesian kau sendiri aja kat umah tu . meh datang sini!"Kalau ni Luqman , habistu yang kat dapur tu sapa ?
"Luq, ni kau ke orang lain ? Kau kat mana ?"
Masa tu aku Mencapai kunci yang ada di atas meja itu dan keluar rumah lalu menguncinya . Siapa kat dalam rumah tu tadi ? Aku terus menyarungkan kasut ku lalu berlari ke arah kereta ku lalu meluncur laju dari perkarangan rumah .
"Aku kat rumah ni . Luq lah ni ! Siapa lagi ? Kau pah-"
Aku mematikan panggilan lalu terus sambung perjalanan ke rumah mama . Siapa yang tadi tu ? Seram ni . Mama , Man takut !!!!!
"Rachel, kau sure Dahlia dah kena 'benda' kau ?" Tanya Didi yang bertentangan dengan aku . Siapa kata tak kena ? Aku dah kata jangan kacau Razman , dia kacau lagi . Ambillah padahnha !
"Of course Lerr Di , i am Rachel okey ? Apa saja aku boleh buat asalkan hati aku puas , yess puas !" Kata aku lalu menyambung menghirup air gas berkarbonat itu . Cafe Ria ? Cafe di mana aku membalas dendam . Hahah ,
"Kau tak rasa ke kau salah Chel ?" Tanya Didi lalu merenung ke arah aku .
"Salah apa bendanya Di ? Aku pastilah rancangan aku akan berjaya . This is Rachel Di . " Didi hanya mengangguk perlahan lalu menyambung kembali menghirup minumannya .
"Kau tak takut ke Chel ? Aku kawan kau pun takut ! Berhentilah buat benda bodoh ni Chel . Banyak lagi lelaki yang hensem dari Razman tu . Yang kau terbuka dengan Razman tu kenapa ?" Didi membuatkan aku sakit hati dengan soalan dia ni
"Aku tak takut langsung lah Di, aku pastilah rancangan aku tak akan terbongkar punya . Razman tu hensem bagi aku . Tak ada yang hensem lagi selain Razman ." Jawab aku biasa2 .
"Habistu Alvin ? Kau kan dah bersama dengan dia ? Kau tak takut kau akan dapat anak luar nikah ? Kalau perangai kau macam ni , Razman tak akan suka kau punya . Suka clubbinglah , minum air arak lah . Patutlah Razman tak suka kau . Cuba kau fikir sit Rachel !" Didi ni kan ! Sabar Rachel , sabar kejap !
" Alvin ? Alvin lain , Razman lain . Yes , memang aku pernah bersama dengan Alvin , tapi aku yakinlah . Tak ada istilah anak luar nikah dalam hidup aku . Percayalah Didi oi . Clubbing is Simple bagi aku Didi , kau kenapa pula nak cakap macam ni ? Kau siapa" Balas aku . Semasa itu aku sedang menghirup air berkarbonat perisa Anggur . Yess, anggur .
"Suka hati kaulah Rachel , aku malaslah nak kawan dengan kau . Kau selalu buat benda yang bodoh tanpa berfikir . Kau sedar tak kau tu manusia biasa Rachel , anytime Tuhan akan ambil kebahagiaan kau dan akan gantikan kebahagiaan kau dengan Kesakitan . Percayalah cakap aku Rachel . Berubahlah , aku tahu kalau kau berubah pasti ada lelaki yang akan minatkan kau punya . Lebih hensem dari Razman " ujar Didi ,
"Kau siapa nak ajar2 aku bagai . Kau just kawan aku jelah , blah lah kau . Menyemak tengok muka kau!!" Didi berdiri lalu meninggalkan aku sendiri . Apa yang aku dah buat ?
Aku salah ke ? Jahat sangat ke aku ?
Didi nasihatkan Rachel ? Apa yang akan terjadi selepas ini ? Keeps reading and Voted okey ?
YOU ARE READING
Sekuntum Mawar Untukmu (√)
Short StoryRaif Haikal seorang yang amat Dahlia Nazierah cintai . Tetapi hubungan mereka tidak lama kerana Raif Haikal bermain kayu tiga dengan Dahlia Nazierah , seorang gadis kampung yang biasa sahaja . Sehingga muncul seorang jejaka yang tampan iatu Ahmad...