Razman yang sudah sampai di padang itu segera ke pili paip dan membasuh luka di lututnya itu . Air pili jatuh tepat di lukanya itu . Macam mana boleh jatuh si Samseng ni ? Aduhai , malunya aku !
Aku yang baru sampai ingin mendekati Razman tetapi aku biarkan dia bersendirian sekejap kerana aku tahu dia marahkan aku . Manalah cikgu Asri ni ? Kata nak sampai tapi bila ? Sekejap lagilah tu !
Sesekali itu aku menoleh ke arah Razman yang sedang duduk di bawah pokok bersebelahan dengan pili air tadi . Rasa bersalah membuak di dalam hati ini kerana tidak memapahnya tadi .
Aku segera mendekati Razman untuk menanya keadaannya tadi . Macam mana nak tegur dia ya ? Razman duduk membelakangi aku . Bunyi suara Shiut!! Dari arah Razman . Hingus dia keluar ke ?
"Aar Razman , kau okey tak ni ?" Aku terus ke hadapannya kerana rasa janggal pula kalau cakap dari arah belakang . Mata Razman merah ! Air mata dia keluar !
"Razman, awak okey tak ?" Aku terus mendekatinya kerana ingin melihat kakinya yang berdarah tadi tetapi berjaya ditepis oleh Razman . Aik? Marah ke ?
"Razman, awak okey tak ni ? Kalau tak okey meh sini aku rawatkan!" Ujar aku . Tanpa mendengar kata aku Razman berdiri dan berjalan ke arah padang . Tahan ke dia tu ?
Selepas itu , nampak juga kelibat cikgu asri dengan Whistle nya itu . Kacak nya cikgu Asri Harini ? Cikgu Asri kata aku ambik acara 100 m ,200 m , 1500 m, dan lontar peluru . Banyak tu weii ! Razman ? Dia ambik acara 100 m, 400 m dan lompat tinggi . Banyakkan ?
Sudah 4 hari training untuk kejohanan ni . Hari ini cuti training sebab rasa penat so cikgu suruh cuti sekejap . Minggu depan baru sambung training .
Waktu rehat macam ni susah nak beli makanan sebab pelajar akan berpusu-pusu untuk membeli makanan . Bagi aku dengan Yana , memang malas nak beli makanan . Bawa makanan dari rumah je .
Aku bawa sandwic sardin yang ibu buat pagi tadi . Sedap weii, menjilat tangan lagitu . Sedang aku dengan Yana makan , aku melihat kelibat raif masuk ke dalam kelas . Nak jumpa akulah tu kan ?
"Lia, kenapa Raif datang sini ?" Bisik Yana yang disebelah aku . Aku hanya mengangkat bahu aku sahaja . Kenapa pulalah Raif datang sini ?
Selepas itu, Raif pun keluar dari kelas . Tanpa melihat aku dia keluar , jahanam punya jantan !
"Sabarlah Lia, Lia esok lepak nak ?" Yana ni pemujuk nombor 1 aku . Esok cuti kan ? Cuti hujung minggu boleh jugak pergi lepak .
"Nak pergi mana ?" Tanya aku yang masih makan sandwic itu . Pasal Raif sudah mati hilang entah ke mana !
"Pergi summer nak ?" Aku memeluk Yana , esok nak pergi summer ! Yeayyy, yeayy pergi summer !
Malam yang cukup indah bagi aku . Seronok rasanya malam2 macam ni . Huh, aku duduk di taman bunga yang berdekatan dengan kolam renang sambil telefon aku di atas meja dan melayan mata yang sedang melihat ikan yang berenang-renang .
Razman ? Kesian dia , sebab aku tak nak papah dia tadi kot ! Samseng sekolah pun pandai merajuk ke ? Haha, aku melihat keindahan bintang pada malam itu seperti aku mencintai Raif .
Kenapa If dah lain eh ? Dia tak macam dulu, pandai pujuk aku . Lepas tu selalu lepak aja kerja . Aku tak kesah dia lepak tapi care lah jugak Pasal aku ! Ni tak , haihh, susahnya nak bercinta .
Tangan ni gatal sangat nak tengok WeChat Raif . Aku pun mencapai telefon aku yang lalu membuka aplikasi WeChat . Hrmm, banyak jugak chat group 5 Bestari ni kan . Jenuih nak baca !
Raif ? Status dia bertukar lah pulak , dari ....
[#] RH♥DN
Ke .....
[• RA_IF •]
Hrmm, nama aku tak ada punn kat situ . Jahat ! Ecehh, sejahatnya Raif kat kau , dia tetap kekasih kau . Selepas sudah melihat WeChat Raif , aku terus masuk ke dalam rumah . Esok nak outing dengan Yana pergi Summer Mall .
Please keeps Reading and Voted !!!
YOU ARE READING
Sekuntum Mawar Untukmu (√)
NouvellesRaif Haikal seorang yang amat Dahlia Nazierah cintai . Tetapi hubungan mereka tidak lama kerana Raif Haikal bermain kayu tiga dengan Dahlia Nazierah , seorang gadis kampung yang biasa sahaja . Sehingga muncul seorang jejaka yang tampan iatu Ahmad...