Cuti semester lagi seminggu. Tetapi keluarga Encik Hairul dan Puan Hana sudah merancang untuk pergi bercuti di Amsterdam, Australia. Dapatlah mereka berjumpa dengan anak sulung mereka itu, iaitu Muhammad Nur Harris.
" Akak? Haniff tengokkan dah dua minggu akak tak keluar rumah? Kenapa kak? Akak gaduh dengan Abang Faruk erk? " tanya Haniff pada Hanani. Mana tidaknya sudah dua minggu Hanani tidak keluar rumah. Dan kalau pergi ke kolej Hanani selalu pulang awal. Selalunya Hanani akan pergi berjalan-jalan dengan Faruk. Ini tidak disebabkan itulah Haniff tanya Hanani. Dia takut sesuatu akan berlaku pada kakaknya.
Tapi tanpa mengendahkan pertanyaan Haniff, Hanani terus berlalu begitu saja. Fikirannya serabut memikirkan tentang perhubungannya dengan Faruk. Dia redha jika Faruk mahu putuskan hubungan yang telah terjalin selama 3 tahun ini. Hanani memang sedar bahawa yang dia tak layak untuk memilik Faruk, iaitu seorang insan yang paling baik yang pernah hadir dalam hidupnya. Bagi Hanani, Faruk adalah lelaki yang berani kerana Faruk sanggup buat apa sahaja yang Hanani minta selama ini.
" Haishhh... tengoklah tu. Orang tanya bukan nak jawab. Boleh blah macam tu je? Wehy akak? Haniff tanya ni? Tak dengar ke? " marah Haniff.
" Haniff apa yang bising-bising dari tadi lagi papa dengan mama dengar. Yang kamu ni terpekik macamni kenapa? Kamu marahkan siapa pula kali ni? " tanya Encik Hairul. Yalah kalau nak cakap marahkan Hanani, dia tak nampak pula kelibat Hanani di ruang tamu ni.
" Orang marahkan akak tulah, papa. Kita ni sibuk tanya dia soalan. Dia boleh pula blah macam tu saja. Sakit hati ni " rungut Haniff.
" Tulah, mama dari haritu lagi tengok kakak kamu macam tu kenapa dengan kakak tu Haniff? Dia gaduh dengan Faruk ke? " tanya Puan Hana yang terlalu risau akan anak perempuannya itu.
" Entahlah, ma. Haniff dah lama tak nampak kakak dengan Abang Faruk tu. Tadi orang tanya akak pergi macam tu saja. Itu yang marah ni " balas Haniff.
" Sudahlah tu, biarkan Nani tu tenangkan fikiran dia dulu. Jangan kacau lagi kakak kamu tu " pesan Encik Hairul
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ketika Hanani sedang membaca Al-Quran. Kedengaran notification daripada telefonnya. Lalu dia melihat ada whatsapp daripada kawan-kawannya.
WhatsApp Group Kawan Selamanya
From Mia :
" Nani kau dekat mana erk? Jom keluar jap. Aku ada cerita pasal Faruk ni. Kita jumpa dekat tempat biasa. Okay? "From Ida :
" Ha'ah. Jom Nani. Kitaorang tunggu dekat tempat biasa okay? Apa-apa roger tau. "From Aril :
" Ha'ah. Jomlah Nani dah lama kau tak lepak dengan kitaorang. Semua nak turun ni. Ingat erk. Datang tau. "From Hanani :
" Ada siapa saja? Okaylah aku siap jap. Tunggu tau? "From Aril :
" Ramai. Aku, kau, Ida, Mia, Zahin. Tu saja. Heheheh. Datang tau. Okay. "~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hanani lekas bangun dari tempat mengajinya. Dia terus bersiap-siap untuk berjumpa dengan kawan-kawannya. Hanani terus berlalu pergi dari rumah. Hanani memecut laju. Ketika Hanani sedang berlari dia telah berlanggar dengan seorang perempuan. Perempuan tersebut lalu marah akan kecuaian Hanani.
" Woi! Perempuan kau buta ke? Tak nampak ke aku dekat depan ni? Mata kau letak dekat mana? Lutut? " jerkah perempuan itu.
" Maafkan, saya cik. Saya bersalah " pinta Hanani sambil memandang wajah perempuan yang di langgarnya tadi. Dia terkejut apabila melihat perempuan itu adalah Sheila. Kalau dia tahu itu Sheila tak ingin dia meminta maaf.
YOU ARE READING
Kasih Nur Muhammad Hanani
Разное" Cuba belajar sayangkan Allah dahulu, selepas itu cuba sayangkan diri, baru sayangkan si dia "