Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik Haniff di ketuk bertalu-talu oleh mamanya iaitu Puan Hana.
" Muhammad Nur Haniff Bin Muhammad Hairul, bangun sekarang! Cepat nanti terlepas pula solat subuh. Dah besar panjang pun masih liat nak bangun solat subuh. Tak fahamlah aku dengan budak zaman sekarang ni. Makin lama makin liat nak beribadat " bebel Puan Hana.
" Assalamualaikum, mama, papa. Mana Haniff? Kata nak solat berjemaah? Dia tak bangun lagi ke ma? tanya Hanani.
"Waalaikummussalam, hah? Tu dia. Dahlah jom solat nanti lewat pula kita solat subuh" ujar Encik Hairul.
Setelah habis solat subuh, Encik Hairul sekeluarga bersiap-siap untuk bersarapan bersama dan juga pergi ke tempat kerja, kolej dan lain-lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Hanani, kamu pergi ke kolej dengan Haniff ya? Jimat sikit duit minyak. Lagipun kamu berduakan satu kolej tak salahkan untuk kamu berdua pergi kolej bersamakan? " soal Encik Hairul tanpa ragu-ragu.
" Ohh. Boleh je papa. Betullah tu. Jimat sikit kos kan Niff? " soal Hanani pula kepada adiknya itu.
" Ha'ah, betul tu. " jawab Haniff ringkas.
" Okaylah. Papa, mama kitaorang berdua gerak pergi kolej dulu erk? Assalamualaikum " ucap Hanani sambil menyalami tangan kedua ibu bapanya dan di hadiahkan satu kucupan untuk ibu bapanya. Begitu juga dengan Haniff.
" Okay. Waalaikummussalam, hati-hati memandu tu Nani " kata Puan Hana yang amat menyayangi kedua-dua anaknya itu. Sebenarnya Encik Hairul dan Puan Hana mempunyai tiga orang anak iaitu dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Seorang lagi anaknya Harris tinggal di Australia. Anaknya itu berkerja di sana dan telah menamatkan zaman bujangnya dua tahun lepas. Dan juga Puan Hana dan Encik Hairul telah menimang cucu sulungnya pada akhir tahun lepas.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Haniff nanti kalau kelas dah habis whatsapp akak tau. Senang sikit.
Ye ingat tu " pesan Hanani pada adiknya itu." Okay, akak. Nanti jumpa balik nanti ye? Assalamualaikum, akak " balas Haniff sambil menyalami tangan kakaknya itu.
" Waalaikummussalam " jawab Hanani sambil menyambut salam yang Haniff beri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Nur Muhammad Hanani " kedengaran seseorang memanggil nama Hanani. Suara itu seperti biasa di dengari oleh Hanani. Yang paling penting sekali, ia akan membuat Hanani sentiasa gembira apabila mendengarnya.
" Ya, saya Nur Muhammad Hanani, ada apa-apa yang boleh saya bantu Encik Faruk? " balas Hanani sambil tersenyum.
" Saya nak minta tolong dekat awak ni boleh? " tanya Faruk.
" Minta tolong apa ye Encik? " balas Hanani tanpa ragu-ragu.
" Macam mana ye kalau saya nak tahu jalan ke..... " belum sempat Faruk menghabiskan ayatnya Hanani telah mencelah.
" Jalan ke mana ye? " tanya Hanani
" Jalan ke hati awaklah Hanani " balas Faruk dengan senyuman manisnya. Sebenarnya Faruk adalah salah seorang yang telah membuat Hanani jatuh cinta padanya. Faruk adalah teman paling istimewa yang Hanani ada di muka bumi ini. Hanani bersyukur dengan apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepadanya. Hanani terlalu-lalu menyayangi dan mencintai Faruk kerana Faruk satu-satunya lelaki yang berani membuat hati Hanani tertawan.
YOU ARE READING
Kasih Nur Muhammad Hanani
Losowe" Cuba belajar sayangkan Allah dahulu, selepas itu cuba sayangkan diri, baru sayangkan si dia "