" Haniff bangunlah cepat. Cepatlah Haniff kena teman akak pergi satu tempat " kejut Hanani. Dia pelik dengan adiknya ini bukan main liat lagi nak bangun. Patutlah mamanya asyik marah sahaja bila mengejutkan Haniff bangun pagi. Macam manalah nak jadi suami orang.
Sesudah menemani kakak kesayangan memberi hadiah. Haniff pun bertanyakan soalan pada kakaknya itu.
" Akak? Hadiah dekat belakang tu untuk siapa? " tanya Haniff.
" Untuk pengantin barulah " balas Hanani selamba.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Haniff, akak nak bagitahu sesuatu ni. Tapi janji jangan marah " kata Hanani.
" Okay. Teruskanlah " balas Haniff.
" Sebenarnya pengantin yang akak bagitahu tadi adalah Faruk dengan Sheila " kata Hanani cuba mengawal perasaannya itu.
" Apa!? Betul ke apa yang Haniff dengar ni akak? Akak tak bohongkan? " soal Haniff.
Hanani hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Mulutnya tidak mampu untuk berkata apa-apa. Hanya air mata sahaja yang mampu menceritakan keadaan diri Hanani sekarang ini. Haniff memeluk kakaknya itu sekuat yang mungkin. Dia cuba untuk melegakan apa yang kakaknya rasa. Dia tahu betapa sakitnya di tinggalkan oleh orang yang di cintai.
" Haniff, jom temankan akak pergi ke kolej. Nak siapkan sesuatu ni. Bolehlah jumpa Zahira sekali. Boleh tak? " pinta Hanani.
Haniff hanya menganggukkan kepalanya. Sekarang baginya dia mahu bahagiakan kakaknya sahaja daripada terus terluka daripada semua orang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Haniff? Janji erk jangan bagitahu papa dengan mama tau? Biar akak yang bagitahu diaorang. Tau? " kata Hanani.
" Okay. Haniff nak jumpa Zahira dekat library ni. Nanti call Haniff tau kakak " pesan Haniff sambil tersenyum.
Haniff tahu bahawa tabahnya Hanani dalam dugaan ini. Dia berasa bangga kerana mempunyai kakak seperti Hanani.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik Prof. Amar di ketuk sebelum Hanani masuk.
" Masuk " Prof Amar.
" Assalamualaikum, Prof. Amar. Maaf saya ganggu Prof. Amar ke? " Hanani.
" Waalaikummussalam, hah? Nur Muhammad Hanani. Awak tak ganggu saya pun. By the way, saya sudah di maklumkan oleh dekan bahawa awak akan sambung semester yang seterusnya di Paris. Tahniah, saya ucapkan. Saya bangga dengan awak. " Prof. Amar.
" Saya juga nak ucapkan terima kasih pada Prof juga. Proflah yang banyak membantu saya selama ini. Terima kasih Prof. Tapi Prof jangan bagitahu sesiapa tempat belajar saya dekat mana tau? " Hanani.
" Okay. " Prof. Amar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selesai berurusan dengan Prof. Amar, Hanani terus pergi ke cafeteria. Dia ternampak kelibat Faruk dan Sheila yang sedang hangat bercinta. Hanani hanya mampu bersabar. Hanani terfikir akan Haniff dan Zahira yang sedang sibuk bercinta di libray. Dan dia terfikir untuk pergi ke sana sahaja.
Tiba-tiba kepala Hanani terasa sangat berat dan dia pun jatuh pengsan. Ramai mahasiswa dan mahasiswi melihat kejadian itu terkejut. Lalu mereka datang ke Hanani.
Secara kebetulan, Zahira yang dalam perjalanan menuju ke library ternampak kejadian tersebut. Lalu dia terus menelefon Haniff. Haniff bergegas berlari untuk mendapatkan kakaknya.
YOU ARE READING
Kasih Nur Muhammad Hanani
Random" Cuba belajar sayangkan Allah dahulu, selepas itu cuba sayangkan diri, baru sayangkan si dia "