SBL 8

313 29 1
                                    

Aiman memakirkan kereta audi berwarna hitam itu betul-betul di hadapan My Cafe. Lalu mematikan enjin keretanya. Dewina terus keluar dari perut kereta tanpa berbicara.

Mereka mengambil tempat biasa iaitu di sudut tepi , di dinding tersebut terdapat beberapa lukisan yang agak menarik. Terperanjat gakk ah ada doodle kat sebelah, dalam hati angan angan nak selfie kat doodle uh. Tapi bila fikir balik, lupakan jelah .

Sambil makan, aku perati aiman asyik memandang ke arah ku. Rasa macam tak selesa pun ada. Yelah asyik tenung tenung aku je . Hish rimas. Mula la aku buat muka masam.

"Dewina, saya nak tanya sikit boleh?" Tanya aiman sambil menyambung makan makanan nya.

Aku sekadar mengangguk. Terasa malas pula nak cakap banyak.

"Awak ada masalah ke ? Kalau ada share lah, mana tau saya boleh tolong awak." Kata aiman sambil senyum manis ke arah wina . Manis nya senyuman dia ...

Patutkah aku beritahu dia pasal wanita itu? Hm.. rasanya tak payah kot. Biar jelah. Lama lama wanita tu diam la kan.

"Er.. takde apa apa saya okay je. Cuma tak sihat sikit je." Kata aku lagi. Cuba menipu nya. Maafkan saya sebab tipu awak man. Huhuuuu...

"Oh, kalau macam tu tak apalah. If awk ada masalah share je, sebab tak lama lagi kita kan nak....." kata kata aiman berhenti di situ tatkala dia ternampak seorang wanita , ya seorang wanita yang jelita. Dia terpegun, itu bukan kah ? Hanani?. Bisiknya lagi..

Kenapa dia berhenti situ je cakapnya? Dia tengok apa tadi ? Dia teringat ex dia atau apa ? Hm banyak songeh la kau wina.. Kau ni fikir bukan-bukan , dia bukannya lelaki yang jenis buaya darat. Dah dah fikir positif je sudah. Tiba tiba rasa nak ke tandas, takkan aku nak bagi tau korg pulk aku nk buat apa ? Haha .

"Aiman, er saya nak pergi toilet jap eh"

Aiman sekadar mengangguk.

Otak aiman ligat berfikir tentang wanita yang dia nampak tadi. Jap tu bukan ke Hanani safira? A.k.a ex dia semasa dia di universiti dahulu? Cantiknya dia... adakah dia sudah berpunya? Erm.. haish aiman aiman.. ingat , kau dah nak bertunang, kau yang suka, kau tak boleh ingat orang lain. Kau hanya dengan Dewina Zahra sahaja. Ya, gadis yang dia sayangi sejak dari dulu lagi. Tak lama lagi, dewina milik kau man, jangan risau. Tapi aku risau kalau dia terjatuh hati dekat student baru dia itu. Apa namanya? Oh syaf . Ya ,,syah fitri. Dia pun orangnya segak dan selalu nampak kemas. Baru je masuk universiti , dah hot, dah ramai kenalan.

Aku tengok dari belakang, Aiman sedang termenung. Mengingatkn siapa agaknya ?  Adakah aku ? Huhu.

Aku pun duduk kembali . Aiman hanya memandang aku .

"Dewina, kalau lah suatu hari nanti saya tiada di sisi awak, boleh tak awak jaga diri awak?" Kata aiman. dengan senyuman tawar. Ya, mungkin dia tiada selepas ini.. ke mana agaknya?

"Er.. kenapa awak cakap macam tu? Awak kan dah janji, nak tunang dan melangsungkan perkahwinan dengan saya?" Kata aku.. sebak rasanya bila dia kata begitu.. takkan pasal wanita semalam? Atau... ada sesuatu yang aku tidak ketahui darinya..

"Memang itu janji saya pada awak win, tapi awak kena tau jodoh,ajal dan maut itu semua di tangan tuhan kan?" Sekali lagi Aiman hanya tersenyum tawar. Nampak matanya berair..

Aku hanya sekadar memandang nya.. tak sanggup aku nak berbicara lagi dengannya .. kang ada air mata mengalir huhu.. kalau lah betul, dia ada masalah, kenapa dia tak nak share dengan aku? Aku ni siapa agaknya padanya ? Hm..

Aiman melihat jam ditangannya, jam sudah menunjukkan jam 9:00 malam. Aiman bingkas bangun dari tempat duduknya. Aku pun turut ikut sekali.

Aiman mengeluarkan ip7s berwarna putih dari poket seluarnya dan membuka kamera.

"Dewina, jom selfie. Boleh buat kenangan kita di sini , bukan selalu kita free kan ?" Dia memandang ku. Weyh tingginya dia . Aku sekadar paras bahu je dengannya. Aku mengangguk. Memang betul apa yang aiman kata, bukannya selalu mereka dapat bersama sama macam ni. Sebab kadang kadang busy. Sibuk menyiapkan tugasan masing masing.

One two three 📷 kami mengambil beberapa gambar disitu. Aku harap, selepas ini aku dapat pergi ke cafe ini lagi.

🌸🌸🌸

Dalam perjalanan ke rumah, sekali lagi, ip6s aku berbunyi.

Adakalanya ku rasa curiga
Adakah kau disana tidak mendustakan cinta kita

Pantas aku menjawab, namun pihak disana hanya diam.

"Hello?"

"Hello siapa ni? "

Tanya aku lagi.. dan

"Remember this, I tak nak nampak you dengan Aiman berkepit lagi okay? Kalau tak ..

Belum sempat dia menghabiskn ayatnya aku melulu memotong percakapannya.

"Kalau tak apa ? You ni siapa? You ada kena mengena ke dengan Aiman? " tanya ku . Tegas. Muka ku nampak tegang. Aiman terkejut kerana aku menyebut namanya di telefon itu. Tetapi dia terus meneruskan perjalanan kami.

"One day, you akan tahu siapa I, and siapa dia " Tipp. Dia menutup panggilan.

Berderau darah aku. Dia ni siapa sebenarnya? Dan nak apa? Aku bingung lah macam ni. Banyak benar masalah yang menimpa.

Aiman memberhentikan keretanya di hadapan rumah ku.

"Dewina , siapa tadi tu? Kenapa ni? Erm ? " bertalu talu dia mengajukan soalan. Aiman mengangkat kening . Hensem erm.

"Takda apalah, tu orang ty tadi dia dia salah orang " jawabku. Dengam senyuman tawar. Aiman hanya mengangguk. Aku keluar dari perut keretanya.

"Assalamualaikum" kata aiman dan terus pulang ke rumahnya.

Aku hanya sekadar jawab di hati. Siapa kah wanita itu? Hm.. stress aku dibuatnya. Dan kenapa dia kata , nanti aku akan tau jugak siapa sebenarnya dia dan aiman ? Kenapa ? Kenapa dia kata begitu . Aku buka kembali ip6s aku , lalu menyimpan contact wanita itu tadi.



Sorry kalau banyak typo T_T

#Votes and comment

SUAMIKU BUKAN LECTURER?!Where stories live. Discover now