SBL 30 [ THE END]

346 25 15
                                    

Gelak tawa memecahkan suasana yang sunyi di dalam wad dewina ini. Ira menahan gelak dari tadi. Lantas dia bersuara,

"Dah la korang ni hahaha. Kesian dewina tahan gelak je. " usik ira. Dewina hanya senyum.

"Dewina tak boleh bersuara ke sayang? " tanya mama aiman. Baru pagi tadi mama dengan papa aiman sampai. Setelah mendapat berita yang memang agak kecewa. Kecewa dengan sikap anaknya. Namun, dewina telah memaafkannya .

Aku yang terlantar baring di atas katil 'acah empuk' ni , hanya sekadar mengangguk. Dan membuang perasaan hambar ini di luar jendela. (Tingkap)

Dah 2 minggu juga aku duk dalam wad ni. Naik kebas punggung aku . Haish. Bila lah boleh balik? Erm. Penat!

Namun, sebak di dada tak dapat di tahan. Tiba tiba air mata jernih mengalir laju di pipi . Entah kenapa, aku rasa sebak tiba tiba. Umi, abah. Wina nak jumpa . Rindu sangat sangat ni !

"Sabar sayang" mama aiman mengusap kepala aku. Ira menenangkan aku juga. Yang lain hanya sekadar memerhati dari jauh.


Aiman POV

Tak pernah aku tengok dewina sedih macam ni sekali. Entah kenapa tiba tiba rasa macam tak sedap hati.

----------------------------------------------

P/s ; diminta para readers yang sedang membaca, buka lagu lagu sedih yang korang ada   ;)  .

Dewina zahra POV.

Aku cuba untuk bercakap, tapi hampa. Selama ini aku sekadar angguk geleng. Angguk dan geleng sahaja .

Kenapa aku rasa macam di awang awangan? Adakah.....

----------------------------------------------


Ufairah POV.

Aku membuka pintu wad ini. Terlihat dewina sedang baring . Aku tersenyum. Mesti dia tengah berangan? Hehe.

Aku menghampiri katil yang dewina tidur ini.

"Dewina, ni aku ada bawa bubur ayam untuk kau. Kata nak sangat semalam. Ni aku masak tau hehe"

Aku memandang dewina. Hampa. Dewina? Tiada respon langsung?

"Dewina.. "

"Dewina zahra?"

"Dewina!!"

------------------------------------------------


Ruang menunggu kami duduki semula. Penuh ruangan kerusi . Aunty, uncle, syah, naz, sahaat karib dewina dan aku. Semua menunggu dengan riak risau.

"Ak aku rin rindu dengan win wina weyh!!" Jerit bat . Semua memandang bat yang menangis tak berhenti. Yelah, kawan sekelas kot. Mesti sedih.

"Sabar lah bat. Aku pun rindu dia. Kita kena doa banyak banyak untuk dia. Bukan membazirkan air mata ni tahu. " , irfan cuba menenangkan bat. Kesian, aku tengok dewina. Hm. Aku memandang syah yang sedang menilik kuku. Aku menggeleng. Mesti syah risau teramat kan? Huhu.

"Syah" panggil irfan. Asyraf, aqmal serta member yang lain ikut bersama.

Syah berpaling. Lantas mengangkat kening. *hobi dia*

"Kau okay? "

Syah sekadar mengangguk. Namun, dalam hati timbul perasaan risau dan sedih. Dewina..

Aiman melepaskan keluhan perlahan. Dewina zahra. Cepat lah sedar, saya rindu awak. Hm.

____________________________



SUAMIKU BUKAN LECTURER?!Where stories live. Discover now