Special Part SBL Raya

212 17 4
                                    

P/s : Disebabkan permintaan ramai😧, sis try buat special part SBL Raya. Sebarang komen sila tinggal😈. Hahahha. Okay, enjoy😋💕!

*******





MALAM raya yang sungguh bising seperti di pasar malam itu, dipadatkan lagi dengan sedara mara yang lain. Raya pertama bagi ira dan aiman tahun ini, akan disambut di rumah banglo milik papa .

[ Takbir Raya ]

Allaahu akbar. Allaahu akbar. Allaahu akbar. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar.

Allaahu akbar walillaahil hamd.

Allaahu akbaru kabiiraa

walhamdulillaahi kathiiraa

wasubhaanallaahi bukrataw wa ashiilaa. 

Laa ilaaha illallaahu walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiin

walau karihal kaafiruun.

walau karihal munaafiquun. 

Laa ilaaha illallaahu wahdah, shodaqo wa’dah, 

wanashoro ‘abdah, wa a’azza jundahu 

wahazamal ahzaaba wahdah. 

Laa ilaaha illallaahuwallaahu akbar. 

Allaahu akbar walillaahil hamd




Setelah selesai solat sunat hari raya, aiman menuju ke bilik tidurnya. Pintu dibuka perlahan-lahan dari luar. Spontan bibir terukir senyuman.

Ira yang sudah siap berpakaian baju raya biru terqoise sedondon dengan baju melayunya itu dipandang lama. Katil bersaiz king dihampiri. Perlahan-lahan aiman meletakkan punggung di atas katil. Wajah tenang ira yang sedang tidur itu diteliti.

Rambut yang panjang lepas bahu itu diambil, lalu dikucup perlahan.

'bau sunsilk ni wangi. Hadeh, tak kuat iman aku macam ni.' Getus aiman di dalam hati.


Tapak tangannya mula mengusap perlahan pipi mulus milik ira. Lantas dahi yang licin itu dikucup perlahan. Kehkehkeh.


"Ermm" badan ira mula bergerak akibat tindakan refleks aiman.

Refleks lah sangat!

Ira mencelikkan mata. Terkejut besar dia melihat wajah aiman di depan mata. Pantas dia bangun daripada baring .

" abang nak apa ni? " soal ira dengan nada perlahan dalam keadaan yang masih mamai.

" hee. Jom turun, semua dah balik ni" ajak aiman dengan menarik lengan ira supaya bangun.

" eh sekejap! " pantas ira mengambil shawl biru pekat lalu dipakai .

"Okay jom" ira menarik lengan aiman lalu turun ke tingkat bawah menuju ke ruang tamu.



Keluarga aiman dan ayah ira sudah menunggu di ruang tamu . Sesi bermaaf-maafan berlangsung. Haha.

Usai bermaafan bersama ibu bapa , aiman sudah duduk di atas sofa, diikuti ira yang mula melutut di antara kaki aiman.

Wajah isteri dipandang . Sejuk hatinya. Setenang arwah dewina di sana.

Ira menghulurkan kedua-duatapak tangannya , aiman juga berbuat sedemikian.

"Abang, ira nak minta maaf jika ada terlanjur kata yang membuatkan abang terasa dan marah pada ira. Ira minta maaf kalau apa yang ira buat tak seperti abang jangkakan. Halalkan makan minum ira ye abang. " ucap ira dengan penug sopan lalu disalam dan dikucup lama tangan milik aiman.

Aiman tersenyum menawan .
" iya, abang halalkan semuanya. Memang hidup kita ni tak seperfect mana, ira. Sebab semuanya tuhan saja yang tentukan . Kita merancang, dia juga merancang. Tapi, rancangan dia adalah yang terbaik. Abang pun sama minta maaf juga ya, kalau ada mana yang kurang. I love you so much , sayang. " ucap aiman lalu mengucup dahi isterinya. Ira tersenyum malu. Bukan kerana apa, ramai yang menyaksikan adegan sweet mereka berdua. Ihiks!





" umi, abah, wina nak duit raya! " ujar dewina . Sekejap saja masa berlalu. Rasanya macam semalam baru sahaja mereka berkahwin. Eceh, perasan muda lah tu!


Aiman dan ira tergelak sakan. Lalu mengeluarkan sampul duit raya kepada anaknya.

"Mekasih! " wina berlari mendapatkan adam dan hawa yang sedang asyik memakan kuih raya buatan opahnya , iaitu mama aiman. Dah tua dah... .. .

***

SYAH dan hani baru saja tiba di perkarangan rumah berstyle kampung.

Kaki mula menapak masuk ke dalam rumah . Ibu dan ayah serta sedara mara yang lain sedang sibuk menjamah makanan.

"Selamat hari raya semua!" Jerit syah dengan lantang. Hampir sahaja ibu tersedak. Haih, anak siapa lah ni!

'anak aku lah tu'.

"Ibu, syah ada bawa balik jantung pisang merah jambu ni! " ujar syah lagi dengan memeluk ibunya. Wajah hani mula berona merah. Malu?

"Kuih ke buah syah? " soal ibu dengan pelik. Gadis manis berbaju kebaya merah jambu itu dipandang. Ayu.

Syah menepuk dahi.

" bakal menantu ibu lah......" jawab syah dengan meleret.

"Oh. Ni ke? Macam gadis melayu terakhir je ibu tengok. " ujar ibu syah dengan senyuman tak lekang di bibir. Wajah anak dara itu ditenung lama , atas bawah.

Seram!

"Hahaha. Kan kan kan" jawab syah geli hati. Melihat wajah hani yanh sudah malu-malu kucing itu lagilah membuatkan dia ketawa mengekek-ngekek.

Hani mencemberutkan muka tanda tidak suka dan pastinya mahu merajuk! Kehkeh.

"Kalau macam tu, bulan depan kita masuk meminang. Minggu depannya, kita nikahkan terus. Setuju? " soal ibu dengan penuh keyakinan. Sebenarnya dia sudah lama kenal dengan hani, cuma belum ada kesempatan ingin bersemuka.

Mulut syah dan hani terlopong sedikit.

Biar betik!

" BOLEH SANGAT SANGAT ! " jerit syah sekuat hati. Kali ini semua ketawa besar. Tak sabar nampaknya si ibu dan ayah serta yang lain menimang cucu. ^-^

Hani mengukirkan senyuman bahagia. Lantas dia pandang syah disebelah. Lalu mencubit perlahan lengan syah yang berlapik baju melayu cekak musang. Syah tersenyum bahagia juga.

Syah mendekatkan bibirnya ke cuping telinga hani yang dilitupi shawl.

" I love you my honey "  ucap syah perlahan namun hani masih mendengar. Wajah hani terus berubah.

" I love you too babeh" balas hani dengan menekupkan tapak tangan ke wajah . Syah tersenyum nakal.

Bahagia!




****



Vote☆

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 07, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SUAMIKU BUKAN LECTURER?!Where stories live. Discover now