PROLOG

31.1K 810 6
                                    


"Sun!" Zareen menepuk perlahan bahu lelaki itu seraya mengambil tempat di sebelahnya. Wajah terhias dengan senyuman manis.

"Hey. Buat apa dekat sini?" Ahsan balas senyuman gadis di sebelahnya.

"Nak teman awak healing dan...kopi untuk lelaki kesayangan saya." Zareen menghulur cawan kertas yang berisi kopi pada Ahsan.

"Hati-hati panas." Sempat gadis itu mengingatkan sebelum cawan kopi itu bertukar tangan. Ahsan sekadar mengangguk. Tapi dalam hati sudah tumbuh kuntuman bunga. Zareen sebegitu perhatian pada dia. Sekecil-kecil hal pun wanita itu sentiasa alert. Apatah lagi tentang Ahsan.

"Thank you for the coffee, baby." Ahsan masih tidak lepas daripada senyuman. Cawan kopi itu diletakkan di sebelah komputer miliknya.

Zareen sekadar membalas dengan anggukan. Ahsan kembali menyambung kerjanya, melarikan kursor pada papan kekunci demi membaca puluhan emel yang masuk ke dalam folder emel miliknya.

Zareen mengiringkan sedikit tubuh, menopang dagu dan memandang lelaki di sebelahnya fokus melakukan kerja. Senyuman manis terukir di bibir. Pandang muka Ahsan lama-lama buat hati dia rasa berbunga.

Tidak tahu alasannya apa. Tapi Zareen suka tenung Ahsan. Lelaki itu ibarat ubat penenang untuknya.

"Since when?" Soalan itu membuat Zareen sedikit tersentak. Tangannya melemah, dagu jatuh daripada tongkat. Fokusnya terhadap Ahsan tadi lari entah ke mana.

"Apa?" Soalan berbalas soalan.

Ahsan tiba-tiba menarik senyum.

"Sejak bila panggil saya Sun? Mana pergi Ahsan?"soal Ahsan sambil tenung muka gadis di sebelahnya itu.

"Dua-dua tu orang yang sama aje, kan?" Zareen pandang wajah Ahsan. Seketika lelaki itu mencebik, mungkin berkecil hati kerana Zareen tidak memberikan jawapan yang ingin didengar olehnya.

Zareen memaut mesra lengan kekar Ahsan.

"Tapi saya lagi suka Sun."

"Kenapa?" Pernyataan daripada Zareen berjaya menarik perhatian Ahsan.

"Sebab Sun tak garang dengan saya. Sun selalu manjakan saya. Saya suka." Zareen menayang senyuman manis di depan Ahsan.

Ahsan tergelak kecil.

"Ahsan garang ke? So awak tak suka dia lah?"soal Ahsan seraya mengecilkan matanya pada Zareen.

"Ahsan garang tau. Dia tegas. Tapi saya faham je Ahsan tak nak tunjuk sisi manja dia depan orang ramai. Tapi saya suka both. Saya perlukan dua-dua dalam hidup saya,"ujar Zareen tenang. Jawapan itu membuatkan Ahsan mengulum senyum. Pandai Zareen mengambil hati dia.

"Siapa beritahu awak nickname tu? Tak mungkin awak find out sendiri. Mesti pakai kabel, kan?" Ahsan kemikkan pipi Zareen. Spontan gadis itu tergelak kecil.

"Bantuan Kak Jee dan Mak Ton." Terdengar sahaja sepasang nama itu, pantas Ahsan dan Zareen ketawa serentak. Ahsan sudah boleh menduga daripada awal. Tidak terlalu sukar untuk dia meneka.

"Saya dah boleh agak. Awak mesti terdengar mereka sebut-sebut nama saya dengan nickname Sun tu, kan?" Soalan yang dilontar daripada Ahsan itu berjaya membuat Zareen mengangguk.

"So saya dapat tahu yang awak pun ada panggilan manja. Sun. Nickname awak tu special."

"Kenapa?"

"Sebab awak adalah satu-satunya lelaki yang terangi hidup saya macam nama awak, Sun. Sebelum ni saya ada abah je. Dia lah yang bawa cahaya terang dalam hidup saya. Lepas tu awak dah berjaya gantikan tempat abah." Ahsan tersenyum melihat Zareen.

"Suka tak?" Zareen menyoal.

"Suka. Nampak sweet." Mereka bertentang mata. Pantas Ahsan memeluk Zareen erat. Belakang gadis itu dielus manja.

"Saya sayang awak, Sun."

"Me too, baby." Ahsan kucup ubun-ubun milik Zareen sebelum mereka kembali berpelukan. 

Tempat PulangWhere stories live. Discover now