01

152 5 0
                                    

     Api yang kini sudahpun marak, membesar semahunya. Kelihatan ramai orang yang ingin membantu memadamkannya. Aku yang hanya bisa menangis, ketika ini tersungkur jatuh ke bawah, terduduk. Baru saja sampai setelah lelah berjalan kaki, hanya mengambil masa 20 minit sahaja dari sekolah.

     Tapi, setelah tiba saja di sini, lebih tepat lagi, aku berada di hadapan sebuah banglo yang dulunya megah nan indah bak istana keluargaku, kini sudah pun hangus, habis disambar api. Apa yang aku harus lakukan, sekarang rumah ku telah hancur.

     Aku ketika ini hanya berharap, berdoa agar mama tidak kenapa-napa, semoga saja mama selamat. Kerana mama ada di rumah bersama dengan Mak Mah sewaktu kebakaran mula terjadi, apakah mereka selamat? Aku masih tertanya-tanya di dalam hati. Aku menunggu diluar, air mataku tak henti-henti mengalir. Aku takut, iyaa saat ini aku tersangatlah takut.

     "Raishah! Raishah sayang!"
Ku mendengar ada suara yang memanggilku, ku memalingkan wajah ke belakang. Sosok seorang lelaki yang ku kenal menghadirkan diri. Dia pantas berlari menuju diriku dan menangkapnya tubuh kecil ini kedalam dekapannya, memelukku erat dan aku hanya pasrah.

     "Raishah tak apa-apa sayang? "
Pertanyaan yang kini aku tak tahu harus menjawab apa. Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulut ini, aku hanya mendiamkan diri seketika. Tapi bunyi alunan tangis yang kini mula tidak teratur masih kedengaran jelas.

    "Ma.. Maa.. Mama.. Maama"
Setelah ku berdiam saja dari tadi, akhirnya hanya kata itu yang terucap oleh ku. Aku masih memandang lelaki yang tepat di hadapanku, mataku tak lepas walau sesaat menatap matanya.

     "Jangan risau sayang, mama akan selamat."
Kata-kata penenang hati dilontarkan, lelaki ini melihatku dengan tatapan sayu. Tangan lelaki ini mula mengusap-usap rambut panjangku, tapi keadaan ku masih seperti tadi, tidak berubah sedikitpun. Masih menangis, memikirkan mama dan Mak Mah.

     Lelaki yang tadi adalah papa ku. Seharusnya dia kini masih berada di Johor, urusan kerja pulangnya besok. Tapi, mungkin kerana mendapat berita kebakaran berlaku di rumah, dia lekas balik, meninggalkan semua kerjanya seketika.

     "My sweety shah, jangan nangis baby. In Syaa Allah mama akan selamat ye."
Satu senyuman manis terukir dan memberikannya kepadaku. Seorang wanita yang berusia lebih muda 3 tahun dari mama ini ialah ibu tiriku. Sudah 11 bulan dia menikah dengan papaku, bulan depan First Anniversary.

     "iye betul tu sayang."
Papa hanya tersenyum tipis. Walaupun aku masih menangis, aku tetap membalas senyum kepada mereka berdua.

KebencianWhere stories live. Discover now