Seseorang yang berselindung di balik kegelapan mula keluar menapak ke dalam cahaya bulan. Menampakkan dirinya yang dibaluti sweater hitam berserta jeans dan kasut yang berwarna hitam. Dia berselindung di balik kegelapan dengan kesesuaian pakaiannya. Dia mengukir sebuah senyuman di bibir yang kelihatan samar-samar di balik sinaran cahaya bulan. Malam ini malam bulan purnama penuh. Malam yang memecahkan pemisah antara alam yang selama ini saling bertindihan.
Dengan sinaran bulan, dia menapak perlahan-lahan menuju ke arah sebuah pintu masuk. Pintu masuk ke alam lain. Mulutnya terkumat-kamit membacakan mantera. Dingin malam kian terasa menyucuk terus ke tulang. Merindingkan bulu roma di seluruh badan. Dia semakin mekar senyumannya. Tak lama lagi hasratnya akan tercapai.
Sekejap sahaja lagi.
***
Ini hanya prolog perkenalan.
p/s: PROLOG sebenar berbeza berbanding perkenalan. Salam guyz!
YOU ARE READING
PORTAL
Mystery / ThrillerPORTAL mengisahkan tentang lima sekawan yang sepatutnya menikmati perkhemahanan yang indah dipayungi pokok-pokok hutan. Namun, takdir mempunyai sebuah lagi jalan cerita yang lebih menarik untuk mereka. Mereka perlu hadapinya. Rela atau tidak! #inc...