Syafiq kini sedang menyarung t-shirt polonya ke tubuh. Wajahnya di hadapan cermin ditatap. Buah-buah persoalan mula timbul dalam kepalanya. Pantas, dia membuka t-shirtnya sehingga ke paras dada. Pandangan matanya mencerun.
"Takde... "tiada sebarang kesan daripada kejadian yang dialami petang tadi. Benar-benar mimpi ke? Terasa benar sungguh.
Syafiq masih lagi dapat merasakan kekuatan hentakan kaki di dadanya. Dadanya diusap perlahan. Gigi diketap perlahan. Persoalan dan prasangka mula bersarang di minda.
Camping trip nanti ada kaitan ke? Atau hanya satu kebetulan?
Tak mungkin!
Lagipun, dalam mimpinya tiada apa yang sebegitu penting. Hanya satu kelibat berselubung dalam kegelapan yang tak sengaja(atau sengaja) menendang tepat ke dadanya. Selepas melompat melepasi semak dan melarikan diri. Semakin kuat Syafiq cuba untuk mengimbas mimpinya sekali lagi. Semakin jelas visualisasi mimpinya. Syafiq cuba mencari apa-apa sahaja poin-poin penting.
Aha!
Syafiq kini mula perasan akan sesuatu. Kelibat itu sempat mencuri pandang ke atas, ke arah langit. Syafiq makin kuat mencuba untuk mengingati setiap detail mimpinya. Perlahan, Syafiq mula teringat sesuatu. Malam itu, bulan masih baru lagi terbit. Bila diperhalusi lagi, jelas kelihatan seakan kelibat itu seperti berlari daripada bulan. Dengan gaya seakan menyorok daripada terkena pancaran sinaran bulan malap.
Syafiq mula merangka persoalan dalam kepala. Mimpi kali ini berbeza berbanding mimpi sebelumnya. Mimpi kali ini seperti, hidup.
Dia lari daripada bulan? Atau dia perlu sampai di suatu tempat lebih pantas daripada bulan? Logik? Entahlah.
Untuk apa seseorang perlu menjadi lebih pantas daripada bulan? Atau ada sesuatu yang besar di sebalik semua ini. Sesuatu yang sangat besar.
Kreek...
Syafiq memalingkan kepalanya ke arah daun pintu sejurus selepas telinganya disapa bunyi daun pintu ditolak. Syafiq kemudiannya tersenyum kecil. Luke masuk ke dalam bilik dengan selamba. Tubuhnya sedikit basah terutamanya di bahagian kepala. Nampaknya Luke sudah selesai mandi.
"Kau malam ni ada plan pape ke? Biasa malam-malam kau pakai baju melayu. Nak jumpa awek eh?"tergelak kecil Syafiq mendengar pernyataan terakhir yang terbit dari mulut Luke. Luke pula hanya tersengih melihat reaksi Syafiq.
"Takdelah. Karang lepas solat aku ingat nak pergi beli buku jap kat Popular. Awek? Kau perli aku kan?"Syafiq membalas pertanyaan Luke sambil tangannya ligat menari di kepala. Pomade dirapikan di rambut. Sebelum sikat turut sama menari, menjadikan kepala sebagai lantai tari.
Lelaki memang menjaga penampilan rambutnya. Kalau tak macam mana awek nak lekat?
"Eh eh abang sorang ni betul ke taknak jumpa awek? Hensem je hias rambut tu. Mahal pomade?"Luke tersengih kecil menimbulkan lesung pipit di sebelah kiri bibirnya.
"Pala bana kau! Suka hati je duk bahan aku. Haa, nah!"Syafiq melontarkan pomade miliknya ke arah Luke. Dia tahu Luke juga mahu menggunakan pomade miliknya.
"Peq peq... Kau ni memang kawan sejatilah bro. Aku sayang kau. Hehe."Luke hanya tertawa kegirangan melihat hasratnya untuk mengenakan pomade di kepala tercapai. Pomade Peq!
Syafiq hanya nenggelengkan kepala. Hampir setiap malam sebenarnya Luke 'meminjam' sedikit pomade miliknya. Syafiq cekal menunggu Luke berpakaian sepenuhnya. Telefon Samsung J2 Prime blue gray miliknya menjadi peneman.
YOU ARE READING
PORTAL
Mystery / ThrillerPORTAL mengisahkan tentang lima sekawan yang sepatutnya menikmati perkhemahanan yang indah dipayungi pokok-pokok hutan. Namun, takdir mempunyai sebuah lagi jalan cerita yang lebih menarik untuk mereka. Mereka perlu hadapinya. Rela atau tidak! #inc...