"Light off light off..."suara para pemimpin asrama bergema di segenap ceruk asrama. Kemudian suara itu digemakan oleh pelajar senior yang sengaja menyibuk. Sengaja mencetuskan bunyi bising.
"Dorm 56 light off..."suara Abang Azri bergema dari dataran asrama sehingga le dorm terakhir di asrama di tingkat empat. Dia juga merupakan ketua dorm 56 selain memegang jawatan Ketua Pembimbing Rakan Sebaya.
Seorang junior yang kelihatan berjalan melintasi Abang Azri disuruh berhenti. Beg galas milik Abang Azri bertukar tangan. Pelajar junior itu disuruh menghantar beg miliknya terus ke dorm. Pembulian sedang dijalankan sambil ditopengi perkataan tolong yang bermaksud paksa rela. Jika tidak, adalah yang akan hinggap ke badan seperti buku lima. Atas alasan tidak menghormati senior. Kepala bana dia!
"Bodoh ah kau ni Azri. Kang budak tu report kat mak dia karang. Susah kau nanti."Izzat yang tadinya hanya melayan perbualan bersama rakan-rakannya mula menegur perbuatan Azri. Padanya perbuatan rakannya itu salah. Gelaran senior bukan alasan untuk membuli.
Gelaran itu membawa maksud tanggungjawab membimbing junior. Tanggungjawab bukan boleh dibawa sambil lewa, kelak di akhirat akan dipersoalkan. Apa alasan pembuli nanti di akhirat? Kala mulut dikunci namun tubuh badan menjadi saksi. Kala hari untuk segala amalan dihitung.
"Beranilah dia pergi report. Tahulah aku settlekan nanti. Wei! Jangan report lak. Aku mintak tolong je. Kita cool kan?"pelajar junior itu hanya membalas dengan anggukan pantas.
"Hhmm..."Izzat bereaksi hambar melihat perlakuan rakannya. Jam jenama Casio berwarna hitam di tangan dikerling sekilas.
11:20 malam.
Masih awal lagi. Izzat perlu bersabar sehinggalah waktu menginjak ke 12 tengah malam. Barulah dia boleh memulakan langkah. Perbualan bersama rakan diberi perhatian. Sekali-sekala diselitkan dengan perbualan ilmiah. Norma budak sekolah sains.
Izzat perlu terus bersabar. Masa bakal dirasakan pantas berlalu.
***
Masanya sudah tiba!
Izzat memulakan langkahnya ke arah kelas 4 Alamanda. Dia bernasib baik kelas Tingkatan 4 terletak di tingkat terbawah. Tidak perlu dia bersusah payah naik ke tingkat menggunakan tangga yang dikunci. Dia perlu pantas menyelesaikan segalanya sebelum ada sesiapa yang perasan kehilangan dirinya. Dia terpaksa curi-curi keluar daripada asrama untuk menyelesaikan segalanya. Kegagalan dirinya untuk berada di kelas 4 Alamanda bakal membawa padah. Izzat tiada pilihan selain hanya menurut. Dia perlu segera. Nyawa kesayangannya dalam bahaya!
Sebaik dirinya tiba, dia memacakkan kaki ke lantai simen dan berdiri tegak. Keberanian dikumpul disatukan sebagai persiapan dirinya untuk berurusan sebentar lagi. Berurusan dengan makhlul ghaib. Ayatul kursi bergumam meniti di bibir sebagai pendinding diri. Jika hendak berurusan dengan makhluk ghaib, bukan keberanian sahaja yang diperlukan. Pendinding menerusi ayat suci juga turut diperlukan. Apapun, serah diri pada Allah tetap yang utama. Jangan sesekali menjadikan nafsu sebagai tunggak segala tindakan. Kelak, senang dimanipulasi pemikiran oleh makhluk itu.
Setelah segalanya bersedia, dengan helaan nafas disulami bismillah pintu kelas ditendang buka. Angin kencang yang muncul tiba-tiba menolak pintu terus menghentak ke dinding. Kebiasaannya, mereka yang lemah semangat akan menjadi lebih lemah apabila mendengar bunyi hentakan pintu yang kuat. Namun, Izzat tidak boleh lemah semangat. Demi rakan baiknya yang dalam diam menjadi suri di hatinya, Izzat perlu tabah. Urusan kali ini pastinya lebih sukar berbanding urusan antara dua makhluk yang ditanganinya sebelum ini di sekolah.
Pandangan mata diliarkan ke segenap sudur ruangan dalaman kelas. Satu sudut di bahagian kelas di mana terletaknya tong sampah menjadi titik tumpuannya. Bayang hitam besar yang berapungan di atas tong sampah seperti awan atau mungkin asap kecil diperhati tajam. Perasaan geram mula menyucuk ke hati.
Izzat beristighfar mengenangkan kebodohannya melayan bisikan syaitan. Perasaan yang berkemungkinan mendominasi fikiran dan tindakannya ditepis jauh. Izzat perlu terus cekal. Dia tidak mahu kalah dalam pertarungan ini. Maruah umat manusia takkan dibiarkan direndahkan oleh makhluk terlaknat bergelar iblis itu.
Awan hitam itu mula berubah. Satu susuk tubuh mula kelihatan terbentuk dari kepulan wasap itu. Susuk yang bertubuh kering seakan hanya terdiri daripada tulang dan kulit. Kulit makhluk itu juga seakan-akan teruk terbakar. Mengelupas sana sini. Melihatkan itu sahaja, Izzat sudah mula loya. Tekaknya terasa mual namun ditahan. Takkanlah dia muntah kat kelas orang kot. Susuk itu bertanduk di kepala. Mempunyai mata merah berjelaga dalam gelap. Jari tangan yang panjang dengan kuku meruncing tajam. Gigi taring yang masih menitik-nitik darah hitam darinya. Senyuman menyeringai makhluk itu boleh dikatakan kelihatan sangat menyeramkan. Sayap seperti kelawar yang besar namun berlubang-lubang seperti terbakar kukuh melekat di belakang makhluk itu.
Izzat dan makluk terlaknat itu saling berbalas pandangan. Makhluk itu kelihatan sedang dalam keseronokan. Makhluk itu tahu jauh ke dalam hati budak mentah di hadapannya itu terdapat secebis ketakutan. Jika dimahukan, makhluk itu boleh menjelma dalam rupanya yang sebenar. Rupa yang jauh lebih hodoh dan menakutkan daripada sekarang. Makhluk itu mengilai perlahan sebelum dia menjilat darah hitam yang menitis di giginya dengan rakus.
Sebelum makhluk itu berada di kelas kala ini, makhluk itu sempat berjumpa dengan seorang pelajar yang kini mengabdikan diri padanya. Meletakkan dirinya dalam taat sumpah untuk menyembah makhluk terkutuk itu. Pelajar itu telah memberikan darah haidnya sebagai santapan. Balasannya, permintaannya telah ditunaikan. Namun, permintaan dan gadis itu mungkin tidak perlulah dikupas dengan lebih mendalam. Cukuplah sekadar di sini. Makhluk ini punya perjanjian untuk dilunaskan. Tikar urusan perlu dibentangkan.
Makhluk itu semakin galak tersenyum memikirkan permainan yang dimainkan. Padanya, Izzat adalah buah catur yang penting dalam permainan ini. Kebolehannya perlu dimanfaatkan. Kelak pasti akan menguntungkan dirinya.
Izzat mula berjalan perlahan mendekati makhluk itu. Selepas beberapa minit berlalu dalam kesunyian, Izzat merasakan perlu buatnya memulakan langkah. Makhluk itu mengilai kecil sebelum perlahan-lahan mengapungkan diri mendekati Izzat. Bahu Izzat disentuh.
Asap mula terbit dari bahu Izzat. Izzat hanya tersengih bangga. Tangan makhluk itu terbakar. Segera dilepaskan sebelum tangan itu dibelek makhluk itu. Daripada raut wajahnya, makhluk itu tidak kelihatan sedang bergembira. Riak tidak puas hati yang terbit di wajahnya jelas kelihatan.
"Ayatul kursi... Bagus dijadikan pendinding. Namun kau perlukan lebih lagi untuk mengalahkan aku!"jerkah makhluk itu dalam kemarahan. Aura api membara mula terbit dari tubuh badan makhluk itu.
"Mana Huda? Ke mana kau larikan dia? Baik kau pastikan dia selamat sebelum aku-"percakapan Izzat dicantas pantas. Kedua-dua bahunya dirangkul makhluk itu. Tangannya tidak lagi terbakar.
"Sebelum kau apa? Bakar aku hidup-hidup seperti yang kau lakukan pada kaumku? Apa kau fikir kau hebat sangat?"wajah makhluk itu mendekat dengan Izzat. Hampir sahaja hidung Izzat dan hidung berlubang makhluk itu berlaga.
Makhluk itu tertawa kuat melihat kerutan di dahi Izzat. Pendinding Izzat telah berjaya ditembusi.
"Sekarang lebih mudah untuk kita berbincang."
Izzat hanya meneguk liurnya. Kesat.
Kalau ada kekurangan mohon ditegur, saya mahu cuba perbetulkan lagi apa yang kurang.
🎉sekolah dah nak mula. Huhu.
YOU ARE READING
PORTAL
Mystery / ThrillerPORTAL mengisahkan tentang lima sekawan yang sepatutnya menikmati perkhemahanan yang indah dipayungi pokok-pokok hutan. Namun, takdir mempunyai sebuah lagi jalan cerita yang lebih menarik untuk mereka. Mereka perlu hadapinya. Rela atau tidak! #inc...