BAB 1♡

168 2 0
                                    

"Sunyinya tempat ni." Keluh seorang wanita yg bernama Ain. Ain dan sekeluarga telah berpindah ke suatu tempat yang baru. Mereka sekeluarga berpindah kerana ayahnya telah mendapat tawaran berpindah di sana. Pada mulanya, Ain tidak mahu mengikuti keluarganya untuk berpindah. Tetapi, apakan daya terpaksalah dia mengikut saja kata keluarganya.
Ain merasakan apabila berada di tempat baharu, dia akan susah untuk mencari kawan-kawan baru. Kerana dia seorang yang pendiam,pemalu dan paling susah untuk menegur orang. Kalau diikutkan ini sudah kali ketiga dia dan keluarganya berpindah. Itu selepas dia dilahirkan. Sebelum dia dilahirkan, entah berapa kali agaknya keluarganya berpindah kesana kemari kerana kerja ayahnya yang tidak menentu tempatnya. Biasalah pengurus huh.
Apabila dia melihat di sekeliling kawasan rumah barunya, dia melihat begitu banyak kelapa sawit dan hutan yang sangat menakutkan. Disebabkan itu lah die mengatakan bahawa tempat itu sunyi kerana jirannya hanya 2 orang sahaja. Di sebelah rumah belah kiri dan di belakang saja yang ada orang tinggal. Manakala di sebelah kanan rumahnya terdapat rumah kosong yang tidak berpenghuni. Adakah berhantu? Eh,ini bukan kisah hantu.
Sesudah siap mengemas barang-barang untuk disusun di tenpat yang sepatutnya, Ain merasakan sangat tidak tenteram apabila dia memikirkan bahawa esoknya adalah hari pertamanya masuk ke sekolah baharu. Walaupun itu merupakan tahun terakhir baginya sebagai pelajar sekolah rendah, namun perasaan nya menjadi tidak tenteram memikirkan sikap-sikap rakan barunya nanti. "Huh" itulah perkataan yang selalu keluar dari mulut si gadis itu. Dia ingin melupakan apa yang difikirkan. Gadis itu terus menyiapkan barang persekolahannya dan terus mengambil wuduk sebelum masuk tidur. Dia mengambil wuduk adalah untuk memastikan bahawa dirinya selalu tidur dalam keadaan yang suci. Sesudah selesai mengambil wuduk, dia terus masuk ke bilik untuk tidur dan bangun semula pada pagi esok untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang murid.

Cinta Jarak Jauh♡Where stories live. Discover now