Pada hari isnin hari pertama persekolahannya, Ain bersama ayahnya telah pergi ke sekolah barunya itu. Dia merasakan seperti mahu lari saja dari situ. Dilihatnya suasana perhimpunan rasmi sekolah itu tidak langsung menarik perhatiannya.
Sesudah sampai di pejabat sekolah, ayahnya menemui guru hal ehwal murid yang dikenali sebagai cikgu Ramnah. Apabila selesai urusan sekolahnya, ayahnya bertanya kepada guru tersebut. "Cikgu, anak saya ni di sekolah lamanya dia seorang pengawas sekolah jadi saya mohon maaf lah kalau dia datang pada hari ini dengan memakai baju berwarna biru." Jawab cikgu Ramnah pula, "Oh, tidak mengapa cik. Kalau begitu saya lantik sajalah Ain sebagai seorang pengawas pusat sumber sebab di sini pengawas pusat sumber berbaju biru. Jadi tak perlulah encik membeli baju yang baru kepada Ain kerana ini sudah tahun yang terakhir dia bersekolah di sini, membazir saja". Abah pun mengangguk tanda setuju. Gadis itu pun bersalaman dengan guru tersebut dan menuju ke kelas yang ditunjuk oleh guru kelas dia.
Sesudah sampai di kelasnya, dia melihat rakan sekelasnya sedang berborak sesama sendiri. Sesudah masuk kedalam kelas, dia merasakan bahawa ada mata yang memandang gerak gerinya tetapi diendahkan saja. Makin lama makin ramai yang mendekatinya untuk berkenalan. Makin lebar senyuman gadis itu sampai timbul lesung pipit manisnya. Aduhh manisnyaaa...
Ain dan rakan-rakannya selalu mengulang kaji pelajaran bersama-sama pada setiap petang kerana peperiksaan UPSR sudah menghampiri mereka. Mereka saling bertukar pendapat. "Bagusnya dapat kawan-kawan macam ni" bisik hatinya sendiri.
Masa pun berlalu dengan pantas. Tiba lah hari mengambil keputusan peperiksaan UPSR. Terdapat ramai rakannya yang bergembira dengan keputusan UPSR mereka. Tetapi, apakan daya keputusannya tidak begitu memuaskan. Terpancar kesedihan diwajahnya. Lalu, ibunya mencium pipinya tanda berbangga dengan usaha anak perempuannya itu. Dia mengalirkan air mata berserta senyuman kepada ibunya yang tercinta.
YOU ARE READING
Cinta Jarak Jauh♡
RomansaKisah seorang gadis yang baru saja berpindah ke tempat baru. Seorang lelaki yang tidak suka bergaul dengan perempuan dan kelihatan sombong di mata semua wanita. Lelaki yang sombong itu telah jatuh hati pada seorang perempuan yang digilai oleh ramai...