Hyunmi melangkah ceria. Dia menyanyi kecil apabila sudah melepasi pagar utama sekolah.
"Hyunmi!"
Jimin dan Jungkook mendekati Hyunmi dengan senyuman sinis. Beg sekolah Hyunmi ditarik menyebabkan Hyunmi bergerak ke belakang.
"Aku nak kau tolong simpankan handphone aku ni" zip ditarik Jimin dengan laju. Selepas melihat keadaan sekeliling Jimin meletakkan handphone nya di dalam beg Hyunmi.
"Apa ni? Nanti cikgu marah la! Ambil balik Jimin! " jerit Hyunmi.
"Hei, baik kau buat kalau tak aku bagitahu V. Kau nak?" Jungkook mengugut. Buku teks Matematik Hyunmi diambil Jungkook.
" woi ! Bagilah balik! " hyunmi merayu. Buku itu dilambung mereka sesuka hati. Hyunmi melompat untuk mengambil bukunya.
Jimin dan jungkook tergelak.
Buku Hyunmi dilempar ke atas almari locker yang tinggi itu. Membuntang mata Hyunmi. Sudah lah dia pendek.
"Lain kali dengar cakap aku! " Jimin mengajak jungkook pergi. Dia bersiul kecil.
"Buku aku.. Haih" Hyunmi menangis. Apa yang nak dijawabnya kalau Miss Kim tanya ?
Buku teks itu direnung lama.
"Aigoo"
***
