#26#Gonjiam Psychiatry Hospital

1.1K 106 8
                                    

Di Korea Selatan Terdapat sebuah Hospital Sakit jiwa yang diberi nama Gonjiam psychiatry .

Bekas Hospital ini kononnya memiliki kisah aneh dan seram. Hospital Pesakit Mental Gonjiam itu sendiri sudah ditutup sejak 15 tahun dahulu. Lebih pelik lagi , penutupan Hospital sakit jiwa ini masih samar –samar atau , tiada sebab yang kukuh.

Tapi yang pasti, pernah berlaku beberapa kejadian yang aneh semasa hospital ini masih lagi berfungsi sebagai tempat untuk merawat pesakit mental.

Antaranya , Pesakit Mental yang mati seorang demi seorang berlaku secara misteri . Walaupun siasatan sudah dilakukan , kisah kematian misteri di hospital sakit jiwa ini terus diperkatakan. Setelah ditutup , bekas hospital ini dibiarkan kosong .

Tumbuhan liar mulai memenuhi halaman hospital. Selain itu ada saksi yang mengatakan terdengar bunyi tangisan yang sayup kedengaran . Di beberapa bilik , ada beberapa buku yang masih elok berselerakan di rak.Selain daripada itu , terdapat kesan pesakit menconteng di dinding , yang anehnya , ianya masih terang seakan baru diconteng .

Begitu pula dengan pakaian doktor yang masih tergantung dibilik dan juga diari doktor yang ditinggalkan , memeberi petanda bahawa , doktor , kakitangan , dan pesakit disuruh mengosongkan hospital secara tergesa –gesa .

Malahan , di beberapa ruangan dinding terdapat tulisan aneh yang memaksa , sesiapa yang masuk kedalam bekas hospital itu , diarahkan meninggalkan hospital itu . Misterinya , adakah terdapat penghuni lain dalam bangunan kosong ini , atau ianya hasil tulisan remaja vandalism ?

•••••
author rasa..masih ada pesakit sakit jiwa dalam tu..maybe tertinggal bas kut..HAHAHA

[×chibisasaeng×]

Night Story Where stories live. Discover now