#44: Too Much Words

477 37 2
                                    

Mulanya Sara tinggal bersama dengan ibubapanya.Tapi selepas ibubapanya meninggal akibat kemalangan jalan raya.Sara tinggal dengan ibu saudaranya,Manson.

Sara seorang anak yang ceria dan beberapa tahun lepas dia mengalami kemurungan yang teruk.Manson risau dengan keadaan Sara dan membawanya berjumpa dengan doktor.Doktor memberitahu bahawa Sara tidak ape-ape.

Selepas itu Manson membawa Sara pulang ke rumahnya,dalam perjalanan itu Manson tak berhenti bercakap dengan Sara.Dan Sara pula sekadar mengangguk dan menggeleng.

Malamnya,Manson bangun untuk ke dapur dan minum segelas air.Kemudian dia terkejut melihat Sara sedang bercakap-cakap seorang diri di dapur dalam keadaan gelap.

Sepanjang perbualan yang Manson dengari,Sara mengakui bahawa dia punca ibubapanya kemalangan.Sekali lagi Manson terkejut dan dia berundur setapak kebelakang.Ia mengakibatkan Manson terlanggar pasu di belakangnya.

Sebelum Sara menyedari akan kehadirannya,cepat-cepat dia bergegas ke bilik tidurnya.Dan selimut di atas katilnya diselimutkan hingga menutup seluruh badannya.


Krekkk-Bunyi pintu biliknya dibuka.

"Makcik.Makcik dengar ke ape saya cakap tadi?"suara Sara kedengaran di sebelahnya.Manson masih menyelimuti dirinya.


"Makcik..cakaplah..mana suara makcik yang banyak cakap petang tadi?"Sara menarik selimut Manson.

"Makcik cakaplah !"setelah Sara menarik selimut Manson sehingga menampakkan badan Manson.Ternyata Manson sudah tidur.Berpura-pura tidur.

"Makcik tidur?"soal Sara lagi.Manson berusaha untuk tidak membuka matanya dan akhirnya dia terlelap.

Keesokkan paginya,dia terasa pedih yang amat di mulutnya.Dia ke bilik air dan melihat cermin.Ternyata mulutnya dijahit dengan tali guni ! Inilah akibatnya orang tidur mati.

Kemudian dia menjumpai sepucuk surat di atas katilnya dan tertulis :

"Kepada mkcik yg Sara syg.Sara tahu mkcik dgr segalanya.Maafkan Sara kerana terpaksa menjahit mulut Mkcik.Ini kerana Sara tahu Mkcik seorang yg bnyak ckp.."


Tanpa membuang masa,Manson terus keluar dari biliknya untuk mencari Sara.Ternyata Sara sudah menggantungkan dirinya pada kipas di ruang tamu.Terkejut dengan hal itu,cepat-cepat Manson keluar dari rumah itu.Dia langsung tidak menghiraukan Sara.


Dia pergi ke hospital untuk membuka jahitan dimulutnya yang dijahit oleh Sara.Apabila mulutnya sudah boleh dibuka.Dia cuba untuk bercakap dengan doktor disitu mengenai Sara.Tapi suaranya langsung tidak berbunyi.

Doktor menemui Manson dan memberitahu bahawa lidahnya sudah digunting.Dan ia perkara mustahil untuk sembuh.Ternyata Sara bukan sahaja sudah menjahit mulut Manson malah dia juga menggunting mulut Manson.


The End

Makin lama..makin hambar cerita ni kan?xD ..okay..ni last author update untuk kali ni..tak sangka author kena pergi PLKN nanti..huewhuew..wish me luck,guyss..annyeong

Night Story Where stories live. Discover now