#36:Am I Wrong?

756 72 5
                                    

Kisah ini diceritakan oleh kawan baik saya.Ada seorang gadis  bersama adiknya baru saja keluar dari pusat rawatan mental.

Mereka dibawa balik dengan menaiki kereta ayah mereka.Sepanjang perjalanan,kedua-dua gadis  itu hanya diam dan menikmati permandangan.Di dalam kereta hanya ayah mereka yang bercakap-cakap.

Setelah sampai di rumah,mereka berdua masih diam.Malah diajak keluar oleh ayah mereka.

"Jom adik.Kita keluar"

Si kakak mengajak adiknya keluar.Si adik hanya mengangguk.Tatkala mereka berdua berjalan ke pintu rumah,mereka bertemu dengan seorang wanita yang lebih kurang berusia 50 an.

"Selamat pulang"

Wanita itu menyambut kedatangan mereka berdua dengan senyuman yang paksa.Si kakak amat bencikan wanita itu kerana baginya wanita itulah yang merampas kebahagian ibunya.

"Ketepila."

Si kakak menarik tangan si adiknya yang seperti dari tadi menyorok di belakang si kakak.

Setelah mereka berjalan memasuki bilik mereka,si kakak membuka almari pakaian ya untuk menyimpan pakaiannya.

"Kenapa semua tersusun rapi ni?"

Si kakak menyoal dirinya sendiri.Dia sudah dapat mengagak ini pasti kerja wanita tadi.Dia paling pantang jika biliknya diusik.

Setelah dia selesai menyimpan kesemua barangnya.Dia mengajak adiknya berjalan-jalan di belakang rumah.Di belakang rumah mereka,terdapat sebuah tasik kecil di mana terdapatnya jambatan kecil (titi).

"Adik rasa..adik suka ke ibu tiri kita tu?"

Soal si kakak.Si adik menggeleng. Siapa saja yang suka orang yang merampas kebahagiaan orang tersayang?

"Kakak pun tak suka.Dialah penyebab ibu kita mati."

Adiknya hanya diam.Dan mengangguk.

"Ishh.Ape ni..tak sukalah.Kita datang sini nak tenangkan jiwa.Ermm..adik.Ape kata kita lumba lari?sape sampai kat rumah dulu  .dia menang."

Si kakak mengajak adiknya.Si adik tersengih lalu membuka kedua belah kasutnya dan berlari ke rumah mereka dengan berkaki ayam.

Malamnya,sewaktu makan malam,hanya ayah mereka yang bercakap-cakap.Seperti biasa,si kakak hanya diam dan begitu juga dengan si adik.

Apabila malam mula larut,si adik masuk ke biliknya untuk tidur.Tetapi baru saja,si adik hendak melelapkan matanya,dia terdengar bunyi pintu dibuka.Lalu dia bangun dan melihat ke arah pintu bilik itu.Difikirnya si kakak datang mengusik rupanya tiada orang yang membuka pintu bilik itu.

Lalu,si adik cepat-cepat bergegas ke bilik kakaknya.

"Kenapa ni adik?"

"Tolong kakak..adik takut..tadi ade benda kacau adik.."

Si kakak terus ke bilik si adiknya untuk memastikan siapa yang mengacau adiknya itu.Ternyata..tiada sesiapa yang mengacau adiknya.Cuma terdapat setompok darah di atas cadar katil adiknya

"Adik period ni.Sebab tu kut..kejap kakak pergi ambilkan kotex."

Kakaknya bergegas turun ke ruang tamu untuk mencari lampin pakai buang wanita .

"Kamu belum tidur lagi?"

Si kakak hanya menghiraukan soalan ibu tirinya itu.Dan setelah dia menemukan lampin  itu,cepat-cepat si kakak ke bilik adiknya.

Di malam keduanya,si kakak tidur awal dari si adiknya.

"Hausnya.."

Si kakak bangun dari katil dan ke dapur untuk minum segelas air.Setelah itu,dia hendak ke bilik tidurnya, tapi..langkahnya terhenti apabila dia terlihat kesan seretan darah di lantai.Disebabkan rasa ingin tahu,si kakak mencari punca kesan itu sehinggalah sampai di sebuah pondok di belakang rumahnya.

"Ehhh..kamu belum tidur?"

Si kakak tersentak apabila dia melihat ibu tirinya sedang membawa sebuah guni yang luarannya dipenuhi dengan kesan darah.

"Ape yang ada dalam tu?"

Soal si kakak.Ibu tirinya hanya tersenyum.

"Mari lah datang tengok ape yang ade dalam ni.."

Si kakak berjalan ke arah  ibu tirinya dan melihat objek yang ada di dalam guni itu.Dia dapati dalam guni itu terdapat mayat adiknya yang dikerat-kerat .

"Kenapa kau bunuh adik aku?"

Ibu tirinya itu hanya tersenyum.

"Saje.."

Si kakak merenung guni itu lama.

"Ini memang rancangan kau kan?Mula-mula kau bunuh adik aku ,dan sekarang ni kau nak bunuh aku pulak kan?untuk kau hidup bahagia dengan ayah aku.Betulkan?"

Ibu tirinya tertawa kecil.

"Ye.Betul.Betul ape yang kau cakap tu."

Si kakak mengetap bibirnya.Dia mengeluarkan pisau lipat yang dia sentiasa bawa di mana-mana.

"Aku takkan biarkan kau bunuh aku dan hidup bahagia dengan ayah aku!"

Gadis itu memegang kolar baju ibu tirinya.

"Kau memang dah gila.Kau gila.Gila.Gila.Hahaha"

Ibu tirinya itu tertawa besar.Kesabaran gadis itu tidak dapat ditahan lagi. Baru saja gadis itu mahu menikam ibu tirinya, tiba-tiba satu pukulan terasa di kepalanya.

"Ayah?"

Orang yang memukul kepalanya itu adalah ayahnya.

"Dan ayah takkan benarkan kamu bunuh orang yang ayah sayang."

Lalu si gadis itu rebah ke bumi dan pengsan di situ.

Keesokan paginya. Si kakak membuka matanya. Dan melihat sekelilingnya.Putih.Kosong.Dan tangannya diikat.

"Kim Jisoo.Doktor panggil awak."

Seorang nurse datang membawa si kakak (Jisoo) keluar dari bilik itu untuk disoal siasat.

"Awak ingat tak kenangan awak dengan adik awak?"

Soal doktor itu.Si kakak mengangguk.

"Awak ingat ape yang berlaku semalam?"

Si kakak menggeleng.

"Sebenarnya, selama ni..hanya awak seorang saja yang dihantar ke pusat rawatan ni.Adik awak dah meninggal lama dulu."

Ujar doktor itu. Si kakak terdiam. Kini dia ingat,bahawa adiknya meninggal sejurus selepas ibunya meninggal.Mayat adik yang dilihat di dalam guni itu hanya ilusinya.Dia di hantar ke pusat rawatan kembali kerana disering bercakap sendirian.

•••••••••••••

Wahhh.Saya ubah 50% dari kisah yang kawan saya cakap 😂😂😂.Btw..hope enjoy this creepy story.

Thanks kepada yang support saya💕💕jasa mu sentiasaku kenang .Tanpa anda.Tak mungkin saya boleh teruskan buku ni.Yerlah,ade yang kecam cerita ni.Kalau tak creepy..tak payahla baca..ade sangat ke idea nak buat??erkkkk...

😤😤

Okay..sebab saya baik hati..saya buat triple update hari ni😂😂😂

Night Story Where stories live. Discover now