BAB 6

5.2K 181 2
                                    


AMNI POV

Aku dah separuh jalan nak pergi kuliah tapi dapat call dari mimi

"prof cancel last minute"

"kau kat mane?" aku berhenti duduk kat bangku taman

"aku atas katil ni , tidur la"

"kau tidur atas katil , aku separuh jalan nak pergi kuliah , prof cancel kelas last minute . kau memang tak nak masuk kelas kan ? "

"hehe aku tidur lambat semalam marathon runningman"

"macam budak sekolah la kau ni . aku nak buat ape sekarang?" aku mengeluh

"dah kau tanya aku kenapa ? balik sambung tidur , tak pon pergi je café . kau kan pekerja terjun"

Ye tak ye juga baik aku pergi café daripada aku balik hadap muka dua penagih tu

***

"hai khai" aku tegur manager yang tengah check fail

Aku senyum kat Ari yang tengah buat coffee kat mesin

"hai to you too amni . ape hal kau datang awal-awal ni "

"kerja la buat apa lagi " aku balas and masuk bilik loker untuk tukar baju bila aku keluar khai dah tunggu pandang aku

"kau ponteng kelas ke?"

"kau ni cakap macam kenal aku semalam . pernah ke aku ponteng ? tak kan . prof aku cancel so aku datang la sini "

"kenapa tak balik rest je . student macam kau ni suka kelas cancel boleh balik tidur tak pon keluar dengan boyfriend ke , yang kau tak kerja je hari-hari"

"kau sepatutnya bersyukur dapat tengok muka aku yang cantik ni hari-hari "

Khairul buat muka menyampah " tunang aku cantik lagi ok "

Aku senyum , kata khairul tak ada perempuan kat dunia ni secantik tunang dia . walaupon aku tak pernah jumpa tunang dia tapi aku tahu dia bertuah ada tunang macam kawan aku ni

"amni , tolong hantar ni kejap . aku nak ambil stok kat belakang la " ari panggil aku

"ok , meja mana ?"

"tu meja kat cermin tu ada perempuan cantik . nah black coffee and chocolate cake"

Aku tengok meja yang ari tunjuk , ada perempuan belakangi aku

"ni pesanan cik " aku senyum sambil letak coffee and cake atas meja perempuan ada depan aku

Tanpa pandang and balas apa-apa terus dia minum . sombong nya . aku nak pergi semula kat kaunter aku nampak kain kat meja sebelah , ni mesti ari lupa ambil . bila aku ambil kain tu and lalu belakang perempuan sombong

Pang!!

Aku tengok cawan pecah and depan aku baju penuh dengan sisa coffee shit

"oh my , im so so sorry miss " tanpa fikir aku lap baju perempuan sombong dengan kain tadi .

Bila aku rasa orang depan aku tak bergerak aku pandang muka dia " miss are you o .."

Mata kami bertentang , oh my goodness wow aku mimpi ke , puteri kayangan turun dari langit . kejap! ke aku dalam cerita dongeng . tak tak tak ni reality .

cantik nya perempuan ni . tak pernah aku nampak perempuan secantik dia . bila aku sibuk menikmati pemandangan yang indah aku tak sedar aku masih lagi pegang baju dia

"hey hey , jangan sentuh la" dia tolak aku dengan kasar "baju saya ni mahal , 3 bulan gaji awak pun tak boleh bayar tahu " dia sambung tengok aku atas bawah

Orang kaya

"Perempuan ni pakai baju salut emas ke ape , muka je cantik tapi perangai plastic " ngomel slow

"ape awak cakap" aduh dia dengar ke

"tak , saya cakap miss nak letak makanan ni dalam plastic ke?" apa yang aku cakap ni . mati la aku

"maaf miss kalau staff saya buat silap , kami akan bayar ganti rugi pada miss " aku dengar suara khairul , fuhh lega

"tak perlu "

" tapi miss .. " khairul cuba memujuk , kami tahu keadaan lebih teruk kalau perempuan sombong ni keluar tanpa terima apa-apa dari kami

"saya cakap tak perlu " kenapa degil sangat perempuan ni , bukan salah aku pun " bila saya datang sini lagi saya tak nak nampak muka dia , kalau saya nampak juga saya akan pasti kan dia di pecat faham " sampai macam tu sekali , betul-betul mati aku kali ni

" amni" aku dengar suara dia , bila aku pandang dia berhenti bercakap and kami bertentang mata lagi tapi tak lama dia terus keluar dari café

Bila aku tengok sekeliling café semua pandang arah kami , nasib la tak ramai

"amni masuk office aku sekarang . ari bersih semua ni " arah khairul

Tak pernah aku nampak khairul marah aku macam ni

"amni , explain" tanpa di suruh aku duduk atas kerusi depan meja khairul

"ok ok hm macam ni .." aku terang kan semua nya pada khairul macam mana kejadian tu boleh jadi " bukan 100% salah aku tau . kau tak boleh marah aku macam ni " aku tahan air mata

"kau tahu kan customer selalu nya betul , kalau salah dorang pun kita kena tanggung kesalahan tu" khairul balas sedikit relax

"ye aku tahu , awal-awal benda tu jadi aku dah minta maaf tapi perempuan tu sombong angkuh degil " tapi cantik oh shut up

"tapi perempuan tu cantik kan " balas khairul berangan

"oii ingat tunang kau tu" khairul terkejut

"gila kau tak ingat . ok last warning amni "

"aik mana first warning?" aku angkat kening

"aku serius ni , kau kena elak kalau perempaun tu datang sini . aku tak nak layan drama lagi . kau buat la magic ape ke kalau dia datang kau hilang"

"baik boss" aku salute

"ha satu lagi . café kita ni dah tukar management tau . dapat boss baru dari syarikat besar so dorang nk ubah semua dalam café ni tapi pekerja dorang bagi stay , ok la kan aku masih manager kau yang handsome " tersengih khairul dengan muka perasan handsome

"and paling penting kau kena ingat . café ni tutup dua hari mula esok . lepas tu hari sabtu half day tapi kita kena stay . boss baru nak datang , malam tu dia suruh buat ala-ala candle light dinner macam tu"

"candle light dinner kat café je? Kata boss besar "

"mana aku tahu maybe nak buat kelainan la kot . dah la kau pergi buat kerja sebelum aku ubah fikiran macam perempuan cantik tu nak"

"yela boss kecil" aku senyum keluar

Miss PERFECT (Book 1)Where stories live. Discover now