AMNI POV
"eh sial bangun la" suara lelaki
My first alarm
"betina sarapan aku mana?" suara perempuan
My second alarm
Hari-hari aku tak sama dengan orang lain yang mak ayah ketuk pintu suruh bangun sarapan sama-sama , makan pakai mak ayah sedia kan . semua tu 7 tahun yang lalu sebelum dorang meninggal dan tinggal kan aku pada dua penagih dadah kat luar tu yang makan pakai kat rumah ni aku uruskan . sadis kan
Oh sorry
Nama aku Amni Nadia binti razlan . umur 22tahun . masih belajar semester akhir di universiti selatan Malaya {USM) , pengurusan penerbangan . yup cita-cita aku nak jadi pilot kenapa pilot? Sebab aku nak terbang tinggi . aku ada tiga beradik abang aku yang sulung Amran dan adik perempuan aku Atikah . kawan-kawan aku cakap aku terlalu baik terlalu lembut hati tapi tak, sebenarnya sebab aku pernah terfikir nak bunuh dua penagih kat rumah ni
"ha bangun pon anak sial ni , kami lapar tau tak tunggu kau membuta je keja" ni abang aku amran penagih dadah tegar kat kampung ni
"lapar kenapa tak masak sendiri?" jawab aku sendiri
"ape kau cakap sial? Kau nak makan penumbuk aku lagi ke?" amran tunjuk tangga dia depan muka aku
"ape memekak korang ni ha . amran kalau kau tumbuk terajang dia siapa nak masak kat kita? Bodoh dua-dua beradik" ha ni kak ipar aku siti penagih nombor dua
"kau masak sekarang sebelum aku hilang sabar"
Aku menurut je tanpa jawab ape-ape , tak pasal-pasal lebam lagi muka aku
Hari ni nasib malang aku , ingat ambil cuti sehari dari kerja boleh rehat kan badan tapi terpaksa layan king and queen pula
Aku hari-hari kerja , hari biasa aku akan pergi kuliah and habis kuliah aku kerja kat café tak jauh dari USM . weekend pula aku buat tiga kerja 6-9 pagi aku kerja kat kedai makan Pak Rahim depan kampung 10 pagi -8 malam aku kerja kat café and kerja ketiga aku jadi orang gaji kat umah aku sendiri
Aku kena buat semua kerja tu untuk terus kan study pinjaman mana cukup dengan keadaan sekarang, aku nak kejar cita-cita aku dan keluar dari rumah ni . rumah ni la satu-satu nya peninggalan mak ayah untuk kami adik beradik , banyak kenangan . 7 tahun aku tahan di pukul di maki abang sendiri tapi aku tekad habis je sem ni aku keluar dari rumah
Selesai semua benda kat rumah aku keluar ke kuliah yang mengambil masa 45minit untuk sampai and dua bas aku kena naik . semester akhir aku tak banyak subject so agak relax sikit dan juga aku best student kat sini . setelah sampai hilang kan lelah dari kejar masa aku dengar suara memanggil nama aku
"AMNI!!!"
Toleh je belakang nampak my best friend Mimi lari melulu ke arah aku , habis di tolak nya orang lalu lalang di hallway ni. Mimi berkawan dengan aku sejak aku jejak kan kaki kat USM , dia kata dia lebih suka kawan dengan aku yang lebih pendiam sebab dia banyak cakap so dia cari kawan yang boleh dengar semua bebelan dia tu dan dia juga banyak bantu aku tak kira dari segi ape pon , walau aku banyak kawan tapi mimi je tahu kehidupan sebenar aku
"arr amni aku rindu kau la" cakap mimi sambil peluk aku , dia ni memang mengada sikit
"semalam kan baru kita jumpa kau ni over betul la " aku tolak mimi dari pelukan
"memang la tapi best friend kan wajib buat macam ni macam mengada-ngada gitu kan"
"haha kau ni macam-macam . dah jom masuk kelas"
"ala relax la ada 10minit lagi kan jom cuci-cuci mata tengok jejaka tampan " mimi tarik tangan aku sambil kenyit-kenyit mata
"tak nak la aku buang masa je , baik aku masuk kelas review topic yang semalam"
Mimi muncung kan mulut "susah la ade best friend nerd ni"
Aku senyum je tengok telatah dia " kalau macam tu pergi cari best friend baru "
"tak nak , aku sayang kau sorang je Amni Nadia . kau je yang boleh layan perangai gila aku ni" balas mimi sambil tarik aku masuk kelas
"ha tahu pon diri tu gila " aku ketawa tinggal mimi mencuka kat situ
Sambil menunggu lecturer masuk mimi cuba bual-bual tarik perhatian aku dari study
"macam mana kat rumah kau?" mimi tanya dengan nada serius
Aku tanpa menoleh jawab "ok macam biasa"
"abang kau belasah kau lagi?' aku hanya mengangguk
"amni , kau keluar je la dari rumah tu duduk dengan aku . ibu abah aku sikit pon tak kisah , dorang terima kau la . aku tak boleh tengok bila jumpa kau je lebam sana sini , makin lama makin teruk . aku tak faham la ape kau tunggu kat rumah tu"
Aku tahu family mimi baik dengan aku tapi aku ada prinsip tak kan menyusah kan orang selagi aku mampu , selagi maruah aku boleh di jaga aku akan terus kan cara hidup aku dengan sendiri . aku rasa topic ni dah beribu kali dah aku cakap dengan mimi tapi masih juga dia cuba memujuk walau pon dia tahu keputusan aku tetap sama
"kau tahu kan kenapa"
"kalau sebab rumah pusaka peninggalan mak ayah kau tu memang tak logic la , aku rasa kau lebih cerdik daripada tu . kalau mak ayah kau nampak kau macam ni aku rasa dorang nak kau pergi jauh-jauh dari abang jahanam kau tu"
"kau jangan risau , habis je semester akhir ni aku keluar dari rumah tu lagi pon duit simpanan aku cukup untuk sewa bilik . pandai-pandai la aku nanti cari kerja tetap"
"lagi 4bulan , harap-harap tak ade tulang kau yang patah la ek kena belasah" mimi jeling kat aku "habis macam mana cita-cita kau nak jadi pilot?'
"rezeki tu luas mimi , kalau pilot bukan rezeki aku nak macam mana kan" aku senyum tawar pandang mimi
"ape-ape hal orang pertama kau kena cari AKU ok?"
"ye mimi , thanks selalu ade dengan aku" mimi dah sedih nak keluar kan air mata , aku tolak bahu dia acah-acah mengajuk
"kau ni suka buat aku sedih tau"
"sedih ape nya , kau tu emo sangat" mimi ketawa sambil pura-pura lap air mata
3 jam berlalu tamat kuliah pertama , mimi dari tadi tak berhenti bercakap . aku tak tahu la ape ibu abah dia bagi makan masa kecil-kecil dulu .aku orang terakhir keluar dari bilik kuliah mimi dah tunggu depan pintu
"amni , tu badrul datang sini" dari jauh aku nampak badrul tersenyum arah kami
"hai mimi"
"hai bad" mimi senyum malu-malu jawab
Badrul pandang aku
"HAI SAYANG"
YOU ARE READING
Miss PERFECT (Book 1)
RomanceCinta untuk dia . Aku tanggung semua derita cinta bersama .