BAB 4

5.7K 186 3
                                    

AMNI POV

"hai sayang" badrul pandang aku sambil tersenyum

Badrul boleh di kata kan kawan rapat aku , kami kenal dari semester dua aku kat USM bila kami jadi classmate . badrul ni baik , penyayang selalu ambil berat pasal aku tapi satu je masalah nya dia suka kan aku , banyak kali dia luah kan perasaan dia tapi aku tolak dengan baik .

aku tak pernah fikir pasal hal cinta , aku tak ada masa untuk semua tu . tapi kami sekarang dah jadi kawan baik walaupon dia selalu buat ayat-ayat sweet bila bercakap dengan aku , so satu hal aku perlu buat bila dia jadi mat bunga iaitu mengelak .

"hai bad , tak perlu sayang-sayang bagai " aku senyum sambil jalan melepasi badrul

Dari belakang aku tengok badrul and mimi follow aku untuk ke kelas seterusnya . focus aku sekarang hanya untuk study . masuk kelas aku duduk di meja di antara badrul and mimi

"amni , jom lepak petang nanti . makan-makan tengok wayang ke . aku belanja tapi kita dua je la" badrul cakap sambil kenyit mata

"tak boleh la bad , kau tahu kan aku kerja . kalau aku tak kerja pun aku kena study , ni last sem kita bad aku tak nak main-main . kau kawan dengan aku berada lama? Tak kan tak faham aku lagi kot . ape la "

Aku balas sambil keluar kan buku untuk subject seterus nya , bila aku pandang badrul dia hanya tunduk sambil garu belakang leher dia

"ye aku tahu , ok bila masa kau free? Tak pernah kan . weekend lagi la susah nau . kau tahu kerja kerja kerja . ape masalah kau sebenarnya? Kau kalau jadi girlfriend aku kau tak perlu susah-susah kerja tau . aku tanggung semua –"

"OK class , kita start kelas 5 minit lagi " muncul prof depan kelas

Oh thanks god

"aduh prof ni potong betul la" mengeluh badrul

Aku hanya senyum pandang badrul and bila beralih tengok mimi dia sedang membuta . ishh mimi ni tak berubah , macam mana la dia boleh jadi best friend aku .

"oii mimi bangun , prof dah masuk " aku goncang-goncang tubuh mimi tapi tak berganjak pun

"oh tom cruise" tepuk dahi

                                                                           *********************

Habis kuliah aku terus pergi café , nasib café tak jauh dari USM kalau tak mandi peluh aku . sampai aku tukar ke uniform kerja , pasang nametag and lapor diri kat manager aka kawan aku khairul , baru je jadi manager . dia lama kerja sini .

Aku tegur khairul di belakang kaunter " khai!"

"uih kau amni , dengan salam pun tak bagi main terjah je nasib aku tak kena heart attack tau kalau tak fuhh naik atas" bebel khai sambil pegang dada

"kita mati bukan naik atas , tu bawah tu" aku balas sambil tahan gelak , muka khairul kelakar

"susah cakap dengan orang pandai ni " khairul tampar-tampar lembut bahu aku , macam gegirl

"terima kasih susah-susah je puji . ha ni aku nak cakap sebenar nya aku nak buat sampai café tutup malam ni . boleh kan?" aku pandang khairul dengan harapan di lulus kan

"yela tak payah buat muka comel macam tu . nasib aku manager tau kalau orang lain memang tak dapat la kau kerja part time macam ni"

Betul tu nasib aku kenal khairul kalau tak memang aku tak dapat buat part time sesuka hati . aku tak tahu dia kira gaji aku macam mana tapi bila aku dapat setimpal dengan kerja yang aku buat

"ye aku tahu , sebab tu aku berterima kasih sangat kat kau khai , aku terhutang budi dengan kau tak tahu nak balas macam mana" aku buat muka sedih depan khairul

"ha dah mula drama pukul 7 dia . kau stop sekarang sebelum aku ubah fikiran" marah khairul sambil cekak pinggang , haha macam gegirl sangat

Sambung khairul " ha tu customer kau , cepat layan "

"baik boss" aku salute kat khairul

Dari belakang kaunter aku nampak customer tetap kami cik sarah masuk café . aku tahu dah dia kalau datang mesti beli dua cup . black coffee and mocha , boleh di kata kan hari-hari dia datang and berseorangan . kadang-kadang terfikir juga nak tengok orang kedua yang minum coffee buatan aku ni . hmm cik sarah ni cantik dengan gaya dia ni macam orang yang berkerjaya , mesti dia beli untuk boyfriend dia kan

"hai amni" senyum cik sarah tapi lain senyuman dia hari ni

"hai cik sarah , bad day ha?"

Cik sarah garu-garu dagu dia " macam mana awak tahu?"

Senyum aku "saya selalu senyum macam tu"

Baru je cik sarah nak buka mulut balas fon dia bunyi

"hello , ye cik Aliya .. ha saya ade kat sini cik Aliya nak saya beli kan ke .. oh ok nanti saya hantar location kat cik Aliya ye .. ok-ok " lepas je cakap dengan orang dalam fon tu cik sarah letak fon dia dalam handbag "sorry amni , hm saya nak macam biasa ye"

"black coffee and mocha . ok siap"

"eh tak-tak , hari ni mocha je"

"haaaaa saya dah tahu kenapa bad day , cik sarah gaduh dengan boyfriend ye" cakap aku sambil buat mocha

"boyfriend ape nye?" balas cik sarah pelik

"yela , selalu beli dua cup hari ni satu je" cik sarah senyum

"ohhh bukan saya beli kat boyfriend tapi my boss , hari ni boss saya tak masuk office lepas meeting tadi so saya beli satu je la"

"ohh cik sarah kerja kat mana?" Tanya aku sambil letak cup mocha atas kaunter

"AKIMA holdings " cik sarah bayar

"wowww , macam AKIMA Airlines & AKIMA Flying Academy tu?"

Wow cik sarah kerja kat AKIMA Holdings , syarikat besar kat negara ni . aku berangan nak jadi pilot kat AKIMA Airlines tapi tahu tak kan dapat punya , dorang terima pelatih yang memang dari AKIMA Flying Academy je , aku pernah apply situ dulu tapi tak dapat . yela tempat tu untuk orang high class je . anak-anak orang kaya , dato' tan sri semua tu.

"ye , saya PA CEO tau . cik Aliya Natasha Tan Sri Rizal aka Miss Perfect" ketawa cik sarah

Aik bukan CEO lelaki ke tan sri ape entah . kenapa perempuan pula . salah info ke aku sebelum ni

sebelum aku nak tanya cik sarah lebih lanjut , dia dah nak kena pergi " yela cik sarah . datang lagi terima kasih"

"awak tahu kan saya akan datang lagi" aku balas dengan senyum

Tapi kan pelik , siapa CEO AKIMA Holdings ni?

Miss PERFECT (Book 1)Where stories live. Discover now