Hari persekolahan pun bermula , Qishah memulakan sesi persekolahan tingkatan limanya dengan sekolah baru , Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Ihsan. Hari ini kali pertamanya berasa gementar kerana sudah 4 tahun duduk di sekolah SMK Tun Fuad dan tiba-tiba meninggalkan sekolah keduanya dan berpaling kepada SMK Sri Ihsan.
"Ayah , Icha nervous lah... Boleh tak ayah temankan Icha pergi pejabat ? Lagipun Icha tak kenallah pelajar-pelajar di sini.."-Qisyah mengeluh dan memujuk ayah dengan 1001 muka ala tomey-tomey bagi membawa ayahnya ke pejabat.
"Noor Qishah Yani binti Hariffin ! Ayah ni sibuk sekarang , di kereta ni pun Icha dah ambil 15minit dah , macam budak-budaklah Icha ni. Dah dah dah , ayah nak pergi kerja ni , Icha tu dahlah umur 17 tahun , masih perangai budak yang berumur 6 tahun sajalah ! Dah dah , keluar !"-Ayah
Qishah pun keluar dengan memuncungkan bibirnya lalu keluar sambil menghentak pintu kereta ayahnya.
Qishah berjalan ke arah seorang guru lelaki di koridor bangunan.
"Err.. selamat pagi cikgu. Nama saya Noor Qishah binti Hariffin. Saya transfered student di sini. Boleh saya jumpa Pengetua SMK Sri Ihsan ?"-Qishah bertukar menjadi pelajar yang sopan santun. Bak kata orang , perempuan melayu terakhir.
"Ya , selamat pagi. Oh , pelajar baru ya ? Bilik pengetua ada di sebelah sana"-guru itu menuding ke arah bilik di hujung.
"Baiklah terima kasih , cikgu"-tanpa mendengar pembalasan o itu , Qishah terus berlari dengan penuh teruja dicampuri dengan rasa gementar.
Qishah mengorak langkah dengan penuh rasa bercampur baur ke arah bilik pengetua. Apabila sampai ke destinasi , dia terlihat signboard yang besar yang bertulis Bilik Pengetua (Puan Hajah Juriah Johari) . Qishah mengetuk pintu dan gementar setelah mendengar suara garau yang berumur 40an mengatakan masuk untuknya.
Qishah memulas tombol pintu dan merasakan bilik pengetua sangat sejuk.
'Wah ! Sejuknya ! Macam di Norway lah !! Syoknye kalau aku tidur kat sini.......'-dalam hati Qishah yang mula-mula merasakan kedinginan bilik tersebut.
"Silakan duduk , pelajar"-pelawa Pengetua itu.
"Assalamualaikum , cikgu. Saya pelajar baru sampai daripada SMK Tun Fuad . Saya pindah ke sini atas urusan ibubapa. Ini dia result latest saya dan dokumen-dokumen yang cikgu minta. "-Tutur jelas dan ringkas yang diucapkan daripada mulut Qishah.
Wanita itu menerima dokumen itu dan membaca dengan senyap. Ini membuatkan Qishah semakin gementar dengan perlakuan wanita tersebut.
-----------------------------------
Hello ! My named was Jureyani,and u may call me jurey or jurek. Bahahahah . Okay , aku orng sabah dn aku pndai ckp kl coz aku ada rmai kwn kl. Eh! Jgn lupa yaa,vote and comment.Stay tuned for the next update! ^3^
YOU ARE READING
Aku Dah Mula Suka Dia Ke Ni ?
Teen FictionSebuah kisah komedi romantik yang berkisarkan tentang seorang gadis ,Noor Qisyah Yani iaitu seorang yang aktif , bijak , nakal , dan baik. Nadzrul Azmie iaitu seorang yang 'chill' , bijak , matang , dan suka mengusik Qisyah , dan sebagainya . Kisah...