Prolog

3K 108 24
                                    

    Kakak aku pernah kata, kalau perempuan luahkan perasaan dia kat lelaki yang dia suka, macam pelik. Jadi kalau lelaki luahkan perasaan kat perempuan, baru gentleman dikatakan. Aku cuba untuk luahkan pada seseorang dulu tapi.... semua dah terlambat. Dia dah berpunya...

    Aku Ahmad Afiq bin Ahmad Safwan. Aku ni orang biasa je tetapi orang selalu kata aku ni charminglah, handsomelah. Aku ni dikatakan popularlah, ramai peminat. Dah ramai gadis2 kata suka kat aku, bagi suratlah hadiahlah. Tapi aku tak terima, sebab hati aku dah tak terbuka untuk perempuan.

"Aqif, 98%. Tahniah!" Kata Cikgu Ameera. Ramai pelajar tepuk tangan untuk aku. "Wah, pandainya Aqif!" Kata salah seorang daripadanya. "Yelah! Dia setiap tahun selalu dpt markah tinggi." kata seorang lagi.

Ah, masalah sekarang. kumpulan gedik datang. "Hi Aqif~~♡" Kata Nadeena. Huh, menggoda aku pulak. "Ada apa.." Aku mengeluh. Setiap hari memang selalu terserempak ngan dia ni. Tak tahan dah aku ni..

"Awak ada buat apa2 tak lepas habis sekolah ni?" Huh, main awak2 lah pulak. "Ada. Aku nak pergi teman Hanif." Tolonglah blah minah mata sepet ni...

"Ala... biarlah budak kepoh tu.. kita gilah berseronok!" Nadeena hendak memegang aku dan aku halang dengan memegang lengang bajunya. Suka hati mak bapak dia je nak pegang aku. "Takde masa aku nak keluar berseronok. Aku bukan sedara setan." Aku berkata lalu pergi dari situ. "Huh, setan ya..." Aku terdengar bisikan seperti itu.

      Di kelas 2 Grey, Hanif memanggil aku. "Weh, Aqif. Kau gi mana tadi?" Tanya Hanif. "Tak gi mana2. Kau ada buat apa2 tak lepas ni?" Aku tanya. yelah, aku bosan. "Aku nak jemput sepupu aku. Kalau kau nak ikut, boleh je. Jumpa kat depan rumah aku." Aku angguk tanda setuju.

        Di rumah pula, aku hanya duduk di dalam bilik sedang membaca buku. Memang bosan tak tau nak buat apa... Dulu ada kawan selalu datang rumah..

Aku baring di katil aku dan merenung. Kemudian kakak aku main terjah masuk bilik aku. Aish makcik ni... "Afiq, turun bawah." Kata kakakku. "Waalaikumsalam." Padan muka kena sentap ngan adik sendiri.

"Ish.. saja je kau eh. Cepatlah.." Kak Aini tarik tarik baju aku. Naik menyampah pula... "Yelah...." Aku bangun lepastu aku amik phone Kak Aini. "Hoi! Phone akak tu!!"

Aku lari turun ke bawah. "Eh, nape dengan anak ayah ni? Berlari2 nampak." Perli Ayah. Aku tawa kecil. Yelah suka menyakat kakak aku yang comel ni.

"Afiq! Bagi balik phone akak!" Ummi pulak datang bawa lauk. "Aini, tolong ummi kat dapur." Kak Aini menunduk kepala. Kak Aini memang hormat orang tua terutamanya ummi dan ayah.

"Baik ummi." Dia cubit aku. Aku menjelir lidah tapi realitinya sakit sial.

Tiba2 ada seorang ketuk pintu. "Sapa tu?" Ayah tanya. Aku pergi ke pintu dan jumpa.... Lacie... "Konichiwa Afiq!!!!~~" Lacie nak peluk aku tapi aku halang. "Ya ada apa?" Lacie memuncungkan mulutnya. "Ish... Afiq ni..." Aku hanya buat tak endah.

"Lacie? Nape ni?" Tanya Kak Aini. "Lacie nak bagi buah tangan ni. Hadiah dari mama tanda terima kasih." Dia beri hadiah coklat. "Coklat????" Kak Aini terliur. Hantu coklat. "Susah je, Lacie.." Kata Ummi. "Eh takpelah, aunty! Bye!" Dia kelip mata kat aku. "Errr...." Aku buat macam nak muntah. "Ooh... tengok tu. Ada peminat rahsia ya.." Perli Kak Aini. Aku bagi siku kat dia, geram sangat.

        Keesokkan harinya, aku tunggu kat depan rumah Hanif. "Afiq! Jom!" Aku angguk dan kami pergi ke stesen kereta api.

Sebaik saje sampai di situ, Hanif tepuk bahu aku. "Weh, aku nak beli makanan jap. Kau tunggu situ." Hanif berlari ke kedai3 runcit. Aku duduk di bangku yang disediakan sehingga terdengar bunyi stesen kereta api yang telah tiba.

Hanya beberapa orang sahaja yang keluar di situ. Ada makcik tu, abang tu, ibu dan anaknya dan...... QAISARA??!! "A..Afiq???" Aku tak percaya... aku berdiri di depan...

orang yang aku suka...

Aku... SUKA KAU! [ H I A T U S ]Where stories live. Discover now