"Takkan aku nak lupa? Kau kan kawan baik aku."
"Huh?" Afiq memandang Qaisara. Dia anggap aku kawan baik dia je? Bisik hatinya. Selama 7 tahun belajar di sekolah yang sama, dia hanya anggap Afiq sebagai best friend dia.
Afiq tersengih tetapi sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Dia memusingkan badannya ke belakang.
"Kau pun... kawan baik aku.."Qaisara senyum. Afiq berasa sedikit hampa dengan jawapan Qaisara.
Tiba-tiba, pintu di hadapan terbuka. "Diorang dah sampai. Aku... pergi dulu." Kata Afiq dengan muka cool dia tu. Tapi dalam hati? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Afiq berjalan laju menuju ke ruang tamu tanpa melihat belakang.
Hanif dan Nafiza sudah sampai. Mata Nafiza nampak merah dan bengkak.
"Nafiza? Nape ngan kau?" Tanya Afiq dan memberikan tisu. Nafiza menggeleng dan mengambil tisu dari tangan Afiq."Dahlah, jom start." Jo menyahut. Hanif mengganguk dan mereka berjalan menuju ke biliknya.
♡
Semasa Afiq dan Kak Aina berjalan ke rumah, mereka ternampak seperti bayang-bayang di penjuru bangunan batu itu.
Bunyi pukulan yang kuat kedengaran. "Kak Aina, duduk je kat sini. Biar Afiq pergi tengok."
Berjalan jengket untuk mengelak bunyi dihasilkan, Afiq berjaya untuk lihat apa yang terjadi. Dua lelaki yang tidak dikenali mendekati seorang gadis. Afiq memerhati dengan lebih dekat. "N-Nafiza???-" Mulutnya ditutup dengan serta-merta.
Dua orang lelaki itu menoleh ke arah Afiq. Mujur mereka tidak mengambil apa-apa tindakan.
Afiq kemudian mengambil kayu besar dan mendekati mereka secara senyap.
Nafiza menutup matanya dan berharap agar sesiapa datang menolongnya. PAK! PAK! PAK! PAK! Nampaknya hajat Nafiza sudah tercapai.
"A-afiq??" Nafiza memandang Afiq dengan terkejut. Afiq mengeluh dengan kelegaan tidak terhingga.
"Kau okey tak?" Tanya Afiq sambil menepuk bahu Nafiza. Nafiza mengganguk dan menundukkan kepalanya lalu berlalu pergi.
Afiq menggaru belakang kepalanya. "Haish, bahaya betul.." bisik hatinya. Dia biarkan dua orang lelaki yang pengsan tu dan pergi ke Kak Aina semula.
♡
Semasa Hari Rabu, semua murid perlu pergi ke kelab masing2. Sekolah diorang ni lain sikit daripada sekolah-sekolah di daerah ni. Pelajar yang layak memegang jawatan Ketua Kelab boleh menubuhkan kelab mereka tersendiri.
Hanya beberapa murid sahaja yang tiada kelab atas alasan tidak berminat atau terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk memilih.
Hanif dan Jo adalah salah seorang dalam kategori tadi. Afiq berada di dalam kelab Penulis. Qaisara budak baru jadi dia belum pilih mana-mana kelab lagi.
Di kelas 2 Grey, Afiq membaca novel kegemarannya. Macam tak percaya je budak lelaki baca novel kan? Dia merasa ada orang sedang perhati dia. Kepalanya berpusing ke kiri. "..." Haish, Nafiza rupanya. Jelingan yang tajam membuatkan Nafiza terkejut dan memandang meja tersebut.
Afiq mengeluh dan meneruskan perjalanannya untuk menghabiskan novel. Nafiza kembali memerhatinya. Afiq mengeluh dan menutup novelnya.
"Nafiza. Kau nak apa?" Nafiza terlompat. Admirers Afiq terkejut beruk. Afiq buat pertama kali, bercakap dengan seorang perempuan.
"Ni tak adil!!"
"Tak aci betullah!"
"Asal budak emo tu jugak Afiq pilih!"
"Kene report kat Kak Nadeena!"
Mereka berlari dari situ. Nafiza tergagap hendak beritahu sesuatu. "A-aku n-nak cakap terima kasih..." mukanya merah menyala. Lelaki di kelas juga di luar terkejut beruk pula.
Tadi perempuan, sekarang lelaki. Biar betul.Hanif juga terkejut. Mereka berasa yang reaksi Nafiza sangat comel. Hanif memandangnya dan berkata. "Kau comellah, Nafiza!" Nafiza terlompat sekali lagi.
"T-terima kasih..." dia menggaru pipinya dengan lembut. Afiq memandang mereka berdua dengan pelik. "Hoi. Jaga ikhtilat sikit." Tegas Afiq. Kau yang patut jaga ikhtilat Afiq. Ish ish.
"Eh kau, merepek. Dahlah. Aku nak gi tandas." Hanif menepuk belakang Afiq dengan kuat membuatkan dia tersentak. "Haish dia nih.." Geram ngan Hanif, dia merungut. Haish sapa suruh nasihat cik abang oii..
Afiq menoleh ke arah meja Nafiza dan ternampak sehelai poster. "Kau... buat kelab baru ke?" Nafiza menutup poster itu dengan gelabah.
"Erk, ini...." Afiq mengeluh. "Nanti aku ajak sesapa masuk." Nafiza memandangnya dengan matanya yang terbeliak. "T-terima kasih..." Bunyi loceng berbunyi. Nafiza terus meluru keluar.
Afiq menggeleng kepalanya. "Nafiza Nafiza.." dia mengambil novelnya dan membawa keluar.
♡♡♡
Qaisara memandang papan notis. Dia mencari kelab mana yang dia mahu sertai. Tiba-tiba satu poster menarik perhatiannya.
"Kelab Melukis?" Qaisara memang hantu lukis. Dia selalu bawa sketchbooknya ke sekolah. Hampir 100 sketchbook dia beli.
"Hmm... mana nak cari Nafiza..." dia memandang sekeliling dan ternampak Afiq. "Ah, Afiq!" Dia melambaikan tangannya ke arah-arah Afiq yang sedang bercelaru tu.
"Q-Qaisara..! ada apa?" Afiq bertanya pada Qaisara dengan gagap dan gelabah. Peminat-peminat Afiq mula tidak berpuas hati.
Mereka berbisik sesama sendiri. Tah apa yang tak puas hati dengan manusia yang cakap ngan idola diorang nih.
Tiba-tiba, Nadeena mula melangkah ke arah peminat-peminat Afiq. "Hey, gaiz! Apa uolls tengah tengok tu?" Tanya Nadeena. Salah seorang daripada mereka mengeluarkan jari telunjuknya dan tunjuk ke arah Afiq dan Qaisara.
Riak muka Nadeena menjadi masam. "Ish, tadi budak loner tu, Sekarang perempuan ni pulak kau tackle??!" Hatinya meletup kerana terlalu marah.
"Takpe kau, Qaisara. Tunggu jelah."
♡♡♡