Tiada sepatah kata yang dikeluarkan dalam mulut masing-masing. Terdiam seribu bahasa. macam ada emas dalam mulut.
"Afiq! Nah makanan- eh Sara! Kau dah sampai!" Hanif menyapanya selepas menyedari kehadirannya. Qaisara senyum dengan manis sekali membuatkan hati Afiq cair bagai coklat yang dipanaskan.
"Afiq? Afiq, Oh Afiq! Woi Afiq!" Satu tamparan hebat diberi oleh Hanif pada bahu Afiq. Afiq terjaga dari mimpi basah- eh eh eh! mimpi indah.
"Kau pahal?! Sakit ah!! Dahlah tangan kau macam tukul besi!" Menjerit Afiq cam anjing(kot). Hanif buat muka tak bersalah tapi memang dia bersalah pun.
Qaisara mula gelak sikit. Muka Afiq merah menyala bagai tomato. Tidak mampu untuk tengok ex crush lama dia, dia berpaling ke arah yang lain sambil menutup mulutnya.
Hanif memandang mereka berdua dan mula berfikir. 'Mungkin diorang...' senyuman sinisnya mula melebar.
♡
"Weh Hanif." Afiq menyapa. Hanif tak dengar sepatah perkataan pun dari Afiq sebab terlalu syok membaca komik. "Woi." Afiq berkeras menyahutnya kemudian mula memasukkan jarinya ke lubang hidung Hanif.
Hanif tersedar. Dia ternampak jari sahabatnya berada di dalam lubang hidungnya. "Kau nape?!" Muka yang amat menjijikkan membuatkan Afiq gelak.
"Aku nak tanya, Qaisara buat apa kat sini?" Afiq dan rasa ingin tahunya. Hanif senyum sinis selebar-lebarnya.
"Nak tahu pulak eh??" Disiku-siku Afiq dibuatnya. Afiq dengan muka yang menunjukkan betapa annoyingnya kawan tak senonoh dia ni kemudian bertanya, "Dia.. nak pindah sini ke???" Hanif geleng. "Dia tu transfer student. Sekejap je. Rasanya 1 tahun je kut." Kata Hanif sambil menggaru dagunya.
Mata Afiq terbeliak macam ternampak makhluk halus. "Biar betik kau!!" Nada dia macam nak marah tapi ada juga teruja.
"Ah, aku rasa nak makan betik pulak. Cau dulu!" Berlari keluar dari biliknya, meninggalkan Afiq keseorangan di situ, otak blank.
♡
Keesokkan harinya, Afiq berasa begitu gembira kerana satu tujuan saje, iaitu berjumpa ngan Qaisara. Dia ni tak menyesal lagi lepas kene reject. Ish ish ish..
Dia memandang ke kanan, bertentang mata dengan Lacie. Aduh.. dia ni lagi.. keluh Afiq. Lacie senyum selebar-lebarnya sambil menyiram pokok. Lacie hendak bercakap dengannya tetapi Afiq beredar begitu sahaja. Air muka Lacie berubah. Takpelah.. bisik hatinya.
Langkah demi langkah, Afiq berasa teruja kerana tidak sabar untuk bertemu Qaisara. Tak move on lagi..
Lama kelamaan, semakin dia dekat dgn sekolah, semakin cemas dirinya untuk menghadap Ex crush. Dia menampar mukanya yang merah dan melangkah masuk ke sekolah.
Di dalam kelasnya, 2 Awas, meriah seperti biasa. Sebaik sahaja mereka nampak si Afiq ni, menggila macam jumpa artis korea ler. Dah jadi rutin harian diorang.
Afiq buat tak tahu dan duduk di tempatnya, bersebelahan seorang gadis. Seorang yang nerd dan kurang bersosial. Afiq merasakan yang dia sahaja yang normal dalam banyak2 manusia yang dia temu.
Selepas beberapa minit, Cikgu Maryam masuk. Pelajar2 bangun dari tempat kami. "Selamat pagi cikgu!" Kata Mizan. "Selamat pagi cikgu!" Mereka sahut. Cikgu angguk dan mereka kembali duduk di tempat masing2.
Afiq berasa hairan kerana tiada kehadiran Qaisara. Dia memandang ke luar untuk tengok sama ada Qaisara ada kat luar tak.
"Afiq." Cikgu Maryam panggil dengan suara yang lantang membuatkan Afiq pandang ke arahnya. "Kamu tgh cari apa kat luar tu? Cari orang ke?"
Afiq menggeleng. "Tak, cikgu.." Cikgu Maryam mengeluh. "Kalau camtu, jawab soalan ni. Namakan bentuk-bentuk muka bumi." Cikgu Maryam memandang tepat ke arah Afiq dengan pandangan mautnya. Dia mempunyai harapan yang Afiq dpt menjawab soalan tu.
"Tanah tinggi, tanah pamah, saliran dan pinggir laut." Cikgu Maryam mengangguk. "Duduk." Afiq duduk dan menghadap bukunya itu tapi apa yang ada dalam fikirannya adalah Qaisara.
♡
Hanif memandang sekelilingnya. Kiri, kanan, depan dan belakang. Tiada kelibat Afiq. Dia menggaru kepalanya kebingunan. Mana dia nih.. bisik hatinya.
Hanif memandang sekali lagi dan terjumpa deskmate Afiq. Hanif pergi kearahnya secara senyap. Jengket kakinya satu persatu... "BAH!" Terjatuh budak tu. Hanif terkejut dan secara tidak sengaja, mula mendapat perhatian ramai.
"Haish Hanif buat hal lagi nih.." "Budak tu dah kenapa sampai terjatuh camtu?" "Hahahahahahah!" Bisikan dan gelakan mereka membuatkan budak tu menutup mukanya dan berlari. Hanif rasa bersalah terhadap apa yang dia dah buat.
Afiq pula mula muncul di hadapan Hanif. Hanif mula meletakkan tangannya pada kedua-dua bahu Afiq.
"Kau gi mana? Lama aku cari kau." Pertanyaan Hanif tidak dihiraukan oleh Afiq. Hanif semakin geram. Dah kenapa dengan Afiq tu? Asyik mengelamun je.
Tiba-tiba, air muka Afiq berubah. "Eh, Qaisaralah!" Katanya. Hanif memang dah agak dah.
Qaisaralah punca Afiq hilang dari pandangannya. Qaisaralah juga punca dia mengelamun tak ingat dunia. No wonderlah..
"Kau ni agak2lah Fiq. Nak mengelamun sebab Qaisara, belum move on kau nih." Kepalanya menggeleng seakan tidak percaya dengan kawan dia nih.
"Eh, tu Qaisara ngan... Nadeena??!!"
♡♡♡
Cliffhanger hoho
Apapun harap korang sukaCau lu
