Bab 2

699 26 5
                                    

Melihat Nadeena bersama Qaisara membuatkan Afiq berasa sangat cemas. Dia takut Nadeena hendak membulinya.

"Afiq, kenapa ngan kau nih?" Hanif menepuk belakang Afiq. "Weh, aku rasa tak sedap hatilah dengan Nadeena tu.." Afiq kata dengan risau.

Hanif mengeluh dan gelak. "Jangan nak perasan sgt. Kau bukan mak dia. Aku sepatutnya yang risau bukan kau." Hanif menepuk dahinya.

"Dahlah, jom naik kelas. Nanti kena marah dengan cikgu kang." Kata Hanif kemudian mereka berlari menuju ke kelas.

Selepas habis sekolah, Hanif pergi ke rumahnya melalui jalan yang biasa dia lalui. Dia membuka pintu itu dan ternampak Qaisara menghidang makanan. "Assalamualaikum, Saya dah balik." Kata Hanif sambil meletakkan beg sekolahnya dengan teratur di tepi tempat belajarnya.

Hanif pergi ke bilik dan menukar baju sekolahku. Selepas itu, Hanif turun ke bawah dan ternampak Afiq duduk di sofa sambil tengok telefonnya.

Kak Aina juga datang. Hanif tau perasaan Kak Aina yang boring duk rumah sengsorang.

"Kak Aina!" Hanif panggil dengan teruja. Kak Aina melambai dengan riang. Rapat sungguh diorang ni.

Afiq memandang ke arah Hanif dan berkata. "Ha, hanif. Nafiza dengan Jo dah sampai ke?" Tanya Afiq. Hanif geleng lalu meminum air.

Qaisara ke depan untuk memberi minuman kepada mereka kemudian ternampak Afiq.

Mata mereka bertentangan dan muka Afiq mula menjadi merah menyala. Kak Aina hanya senyum tapi siapalah yang tahu disebalik senyuman tu.

Tiba2, bunyi pintu berdering. Jo berada di depan pintu rumah mereka. Betapa lamanya dia bersiap untuk datang ke sini.

"Jo!" Hanif sahut. Membuat fist bump antar satu sama lain. Afiq memandang ke belakang Jo. "Mana Nafiza?" Soalan ditanyakan oleh Afiq membuatkan Jo mengeluh.

"Dia tak nak datang. Dia kan tak suka buat group presentation." Air muka mereka berubah menjadi resah. Bagaimana mereka hendak buat presentation kalau tiada Nafiza?

(Kalau korang tak tahu, Nafiza tu deskmate Afiq.)

Nafiza adalah ahli paling utama dan wajib kena ada. Yalah, diakan rajin, pandai, anak emas cikgu pulak tu.

Kenapa Afiq tak berguna sangat dalam group presentation sangat? Sebab dia pandai dalam menghafal benda bukan present kat depan cakap2 camtu.

Hanif tidak berputus asa. Dia mengambil jaketnya dan membuka pintu tetapi Jo menghalangnya. "Kau nak gi mana, Hanif?" Hanif ketepikan tangan Jo.

"Aku nak bawak Nafiza ke sini." Ayat yang tidak sepadan dengan perangainya membuatkan Setelah dia pergi, Afiq dan Jo terdiam.

"Sejak bila si Hanif ni jadi cool? Meremang buku roma aku..." Kata Jo sambil mengusap kedua-dua lengannya. Afiq hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Afiq, tu kakak kau eh?" Kenapa pulak dengan Jo nih? Afiq mengangkat keningnya.

"Kenapa? Berkenan pulak?" Jo kebelakang. "Eh mana ada. Aku tanya je, lagipun aku tak suka anak dara tua-". Perbualan yang menarik dan curiga tu membuatkan Kak Aina tampil di hadapan mereka.

"Ehem. Sapa ya anak dara tua tu?" aura jahat di Kak Aina meremangkan bulu roma mereka berdua.

"E-eh! T-takde! Akak tak tua lah!" Jo tergagap untuk memberi alasan kepada Kak Aina. Ha itulah kata lagi kuat-kuat. Terima padahnya.

Afiq kat sebelah hanya menggeleng kepala dan masuk ke dapur. Maklumlah rumah Hanif ni macam rumah dia sendiri.

Afiq nampak mak Hanif di tempat sinki, sedang mencuci pinggan. "Assalamualaikum, ummi." Afiq memanggil Ummi dengan nada yang lembut.

Kenapa panggil Ummi? Sebab Afiq ni dah macam anak angkat dia. Afiq anak yatim piatu jadi dia hanya ada Kak Aina di sisinya. Kak Aina ada kanser payudara jadi dia takleh buat kerja berat kat rumah. Afiq ajelah menjadi harapan kakaknya tu.

"Waalaikumsalam. Ya Afiq, kenapa?" Jawab Ummi dengan lemah lembut. "Boleh saya tolong apa2 ke?" Afiq mengambil pinggan yang berada dalam genggaman Ummi.

"Eh, takpelah Afiq. Ummi okey je." Senyuman yang ikhlas terpapar di bibir Ummi. "Saya rasa bosan duduk sana, Ummi. Lagipun kami belum mula lagi kerja kumpulan kami."kata Afiq.

Ummi mengeluh dan tersenyum. "Kalau camtu, boleh tolong Sara tak kat dapur? Dia tgh masak tu." Jari telunjuknya ditujukan ke arah dapur.

Afiq menelan air liurnya apabila dengar nama Qaisara. "Hmmm.. baiklah Ummi." Afiq mula berjalan ke dapur.

Afiq ternampak Qaisara melinang air matanya. Afiq terkejut dan bertanya, " Qaisara? Kau okey tak?" Qaisara mengganguk. "Aku okey. Tengah potong bawang aje." Afiq mengambil tisu dan lap ke muka Qaisara.

Mata mereka bertentangan lagi. Afiq tidak sedar akan perbuatannya. Ikhtilat Afiq. Ikhtilat.

Qaisara meneruskan pemotongan bawang tanpa bercakap apa-apa. Afiq menemui sesuatu di kuali yang mendidih. Ayam sambal kicap.

Terliur Afiq dibuatnya. Yelah, itu makanan kegemaran Afiq. "Kau... ingat lagi ke?" Qaisara memandang ke arah Afiq yang nampak pelik. Qaisara memotong bawang sambil menjawab,

"Takkan aku nak lupa? Kau kan kawan baik aku."

Macam hambar sikit tapi who cares

😂

Harap enjoy😆

Aku... SUKA KAU! [ H I A T U S ]Where stories live. Discover now