[CD] 31 ❀

65 7 0
                                    

"Biar aku uruskan ikan ni. Korang berdua pergi basuh pinggan tu ha yang kat Yoongi dengan Namjoon tu." Jin mengusap-usap ikan itu.

"Nae."

Kami pun meluru ke arah Yoongi dengan Namjoon sunbae.

"Eh korang buat apa kat sini? Kita orang baru lepas habis buat kek. Dah gi main jauh-jauh sana. Shuh!" Aku dan Taehyung dihalau oleh Yoongi sunbae.

"Er kita orang nak tolong basuh pinggan je."

"Oh yeke? Aku minta maaf. Korang pergi lah basuh pinggan tu. Basuh bersih-bersih nae? Sabun cuci pinggan ada kat dalam almari tu. Kalau tak jumpa jugak, korang buta lah tu."

"Hyung, kau fikir aku bodoh ke? Aku tahu lah mana letaknya barang-barang kat rumah ni. Ni kan rumah aku." Kepala Yoongi diketuk oleh Taehyung.

"Oh ya. Sorry sorry."

"Dah jom chagi! Kita basuh pinggan pulak!" Tanganku ditarik olehnya.

••••••••••

"Chagi pandai basuh pinggan tak?"

Aku pandang dia besar kecik besar kecik je. Dia fikir aku tak penah masuk dapur ke?

Heh mana selipar Jin sunbae? Aku nak kipaskan diri aku ni. Tengah paneh ni paneh.

"Lek ah sistur, kita gurau je." Dia tersengih.

Aku melemparkan jelingan kepadanya.

Malas untuk melayan karenah kebudak-budakan dia, aku mula mengambil span untuk mencuci apa yang patut.

Taehyung pun buat apa yang aku buat.

Kemudian, dia mengambil sabun pencuci pinggan lalu dia masukkan ke dalam satu bekas serta menggoncangnya untuk menghasilkan buih sabun.

"DIKOCOK-DIKOCOK ~!" Dia menggoncang sambil mendendang lagu itu.

"Dah bak sini benda tu." Aku mengambil sabun itu lalu aku mulakan aktiviti mencuci.

Tiba-tiba idea nakal terlintas di kepala hotak aku ni.

Aku tersengih nakal kepada Taehyung.

"HA AMBEK ENGKO! TONYOH! TONYOH!" Buih sabun itu aku tonyoh di mukanya.

"Oh naughty eh kamu! Ambik ni penangan sabun pencuci pinggan glo daripada Kim Taehyung suami Polla Thai!" Lalu dia mencalitkan buih itu di mulutku.

"Puih!" Aku meludah.

Sabun itu masuk dalam mulut aku weh! Tak guna punya Taehyung.

"Ambek ni!" Aku membaling-baling campuran sabun itu kepada Taehyung.

Dia pun tak mengalah nampaknya, dia membaling satu bekas sabun kepada aku.

Aku tengok dapur ni dah macam rumah sabun dah! Sabun ada di mana-mana sahaja.

Maka, tercetus lah pula perang sabun.

"Jungkook! Masuk team aku sekarang!" Arahku.

"Baik captain!" Dia membaling sabun lifeboy kepada Taehyung.

"Satu! Lifeboy ketika mandi ~" Dia sempat menyanyi lagi.

"Jimin! Seranggg!" Arah Taehyung pula.

Dan satu benda betul-betul mendarat atas kepalaku. Ianya dicampak oleh Jimin.

"Ha kalau pening beli panadol sendiri eh? Saya tak ada panadol!" Laung Jimin.

Jap, benda yang dia baling tu adalah...

Selipar Jin sunbae.

"Mampus---"

"WOI! APA KORANG BEREMPAT TU BUAT HA? HABIS BERSABUN SATU DAPUR NI! EH JAP NI SELIPAR AKU KAN?! SIAPA YANG BERANI PEGANG SELIPAR AKU NI?! BAIK AKU MENGAKU CEPAT! AKU TENGAH PANEH NI PANEH TENGOK KORANG BEREMPAT!" Selipar itu menjadi kipas lagi.

"Pakkk! Pakkk! Pakkk!"

Kepala kami bertiga dipukul oleh Jin sunbae dengan menggunakan seliparnya. Okay, aku dapat rasakan yang otak aku tengah main trampolin kat dalam.

"Kenapa kita orang je yang kena? Jimin tak kena!" Tangan Jungkook disilangkan tanda memprotes.

"Jimin dia kena speacial sikit."

"Jimin, come here to mama." Jin tersenyum sinis lalu merapati Jimin.

Aku tengok Jimin hidung dia kembang kempis kembang kempis je ketakutan.

"Ha engko yang baling selipar fab aku ni kan?! Rasakan ni!"

"PAK!!!"

Punggung Jimin dipukul dengan kuat oleh seliparnya itu.

Huish, bergegar Jibooty Jimin.

"Ni lagi!"

"PAKKK!!!"

Kalini, Jimin menyerang kesakitan. Dia mengetap giginya menahan kesakitan.

"THE LAST ONE! JIN DAN SELIPARNYA BERAKSI!"

"PAKKKKK!!!!!"

Kalini, punggungnya dipukul dengan kuat sekali.

Aku menekup mulutku. Apa yang berlaku depan mata aku sekarang ni sungguh dahsyat.

"ARGH!!!" Dia mengerang kesakitan.

Jimin dan punggungnya itu melanton-lanton kerana dipukul amat kuat.

"Pfufufufu ~" Punggungnya ditiup oleh Jungkook untuk mengurangkan kesakitan.

Tapi kenapa aku rasa tiupan dia tu langsung tak ada function?

"Aku rasa teruk sangat lah kau kerjakan si Jimin tu. Kalau dia tak boleh berak macam mana?" Bisik Namjoon kepada Jin.

"Lantak dia ah! Asal kan aku tak paneh!" Lagi sekali, dia mengipaskan dirinya menggunakan selipar.

"Dah kau jangan lah buli budak-budak ni lagi. Kesian aku tengok dia orang yang comel ni." Kalini, Hoseok sunbae menjadi hero kepada kami. Dia melemparkan senyuman kudanya kepada kami.

"Korang pergi lah bersihkan badan dulu. Biar yang swag-swag  je buat kerja kat dapur ni." Lagi sekali, Yoongi sunbae menghalau kami.

"Nae."

Kaki kami berempat pun mula mengatur langkah untuk meninggalkan dapur.

"OPOCOT NENEK KAU SEXY!" Latahku.

Lantai licin sangat membuatkan aku hendak tergelincir. Aku memejamkan mataku kerana aku rasa hendak terjatuh sekarang ni.

Dan aku tak rasa apa-apa yang berlaku sekarang ni. Aku diselamatkan daripada jatuh ke atas lantai oleh seseorang. Dia memelukku dari terjatuh.

Orang yang memeluk aku itu ialah ex crush aku, Jimin.

"Yoon? Awak okay?" Dia masih lagi memelukku. Mataku menjadi tatapannya.

Alah yang macam dalam drama tu.

Aku dapat rasakan yang ada 12 mata sedang memerhatikan aku dan Jimin. Dan semestinya mata itu milik Namjoon sunbae, Jin sunbae, Yoongi sunbae, Hoseok sunbae, Jungkook dan juga dia teman lelaki aku, Taehyung.

"Ehem!" Seseorang berdehem. Aku kenal sangat suara itu. Suara itu milik Taehyung.

Aku cepat-cepat jauhkan diri aku daripada Jimin.

××××××××××

Okay, aku janji lepasni aku dah tak merepek dah mianhae! 😂✋

Bye ~♡

Happy birthday Kim Taehyung! I love you! ♡

diary -kthWhere stories live. Discover now