Rania keluar dari sebuah kereta mewah berwarna putih. Dia menutup pintu kereta dan melambai tangan ke arah seorang lelaki di dalam kereta itu sebelum beredar. Setelah kereta Elantra itu tak kelihatan lagi di kawasan perumahan teres itu, Rania masuk ke dalam rumahnya sambil tersengih macam kerang busuk. Yelah sedang dilamun cintalah katakan.
Setelah kunci pintu rumah dibuka dia masuk ke dalam dan mengunci semula pintu itu. Wajahnya yang dari tadi tersengih tiba-tiba berubah setelah melalui ruang tamu.
"Arghhhhhhh" jerit Rania kuat sambil menutup matanya menggunakan beg tangan yang dipegangnya.
"Ahhhh, apa diaaa?" Tanya Elnisa
"Kau! Astagfirullah al azim, kau ni dengan bertepek krim kat muka kau dah macam hantu kubur mana tak aku menjerit. Ni kalau ada heart attack ni, dah Innalillah aku kat sini." Panjang Rania sambil menarik nafas panjang, mana tak nya dah kawannya itu tiba-tiba spoil mood duduk dekat ruang tamu dengan satu muka dipenuhkan krim dah macam hantu kubur.
"Laa, aku ingat apa tadi. Biasalah facial!, Nak muka licin,comel, putih dan cantik haruslah bertepek begini. Macamlah kau tak pernah buat." Kata Elnisa sambil menyapu baki krim yang tak terkena pada kulitnya yang lain.
"Yelah, buatlah dalam bilik, spoil lah. Baru je nak happy malam ni. " Rania yang tiba-tiba tersengih kembali.
"Ouhhh, yang kau kata date dengan mamat hensem yang kau kata tu kan? Hah, camne? Dia okay ke sampai kau betul-betul syok je ni?" Tanya Elnisa
"Hah! Ni yang aku tak sabar nak story kat kau ni. Of course lah okay, Oh my God! He's so romantic. Handsome and gentleman. Dia dah buat aku fall in love with him this night. "Puji Rania pada lelaki yang menghantarnya pulang tadi.
"Eiii ngadanya, tapi suka hatilah, janji kawan aku sorang ni happy. Tak broken macam dulu lagi kay?" Kata Elnisa sambil memeluk bahu kawan baiknya itu.
"Ye, aku promise tak broken macam dulu lagi. Aku harap dia bukan macam ex aku tu."
"Eh! Aku lupa nak tanya, siapa nama jejaka idaman yang dah buat kawan aku ni asyik tersengih-sengih ni?" Tanya Elnisa tersenyum.
"Aku ingat nama pendek dia je, tak silap aku, Zaim"
Tiba-tiba raut wajah Elnisa berubah. Seakan nama itu pernah dikenali dan ada kisahnya sendiri. Setelah beberapa saat Rania memanggilnya.
"El? Woi! Asal ni mengelamun tetiba, Asal dengan Zaim?"
"Eh! Tak de apa lah. Cuma adalah macam pernah terdengar nama Zaim ni. Lagi pun berapa ramai Zaim dalam dunia ni. " Kata Elnisa.
"Eh! Dahlah aku nak gi mandi. Kau tu cuci muka. Karang malam nak pergi tandas terserempak dengan kau kejung pulak aku kat bawah nanti. " Kata Rania sambil bangun. Rania beredar dari ruang tamu itu dan menaiki tangga.'Zaim! Huishhh tolonglah jangan Mamat tu. Tapi asal aku asyik teringat kan dia? 9 tahun kot!!!, Dahlahhh forget it!! Baik aku cuci muka pastu tido esok nak koje!' Kata Elnisa sambil mengambil losyen dan krim mukanya yang bersepah di meja ruang tamu itu.
°°°
Pintu bilik air terbuka. Rania yang baru selesai mandi mengelap rambutnya yang masih berembun. Telefon bimbit nya berdering. Dia menghala ke arah meja yang di atasnya ada telefon bimbit yang sedang dicas. Dia mencabut wayar USB dari telefon itu dan menjawab panggilan itu
"Helo?" Jawab Rania handsfree kerana masih mengelap rambutnya.
"Hai, buat apa tu?" Tanya seorang lelaki di dalam panggilan tersebut.
"Oh! Hai biy. I just remember you hahaha" Usik Rania
"Oh... I see. So sampai mana dah tu. Sampai Jinjang pelamin ke" usik lelaki itu.
"Maybe hahaha. Takdelah I baru habis shower. Why not sleep lagi ni? Kacau orang pulak memalam cenggini? Tak puas lagi ke first date tadi" tanya Rania manja."Sebab first date lah tak cukup lagi. So tomorow, when we can see again?" Tanya Zaim.
"Lunch? Can? You nak I pergi sendiri ke or you pick me at my boutique?"
"I pick you! Gentleman kan? Hahaha" Tawa Zaim
"Thats why I like you!, Ok lah I want to sleep now. Esok work so you pun jangan lupa tidur."
"Ok baby, good night byee"
"Night too byee" Rania mematikan panggilan itu.
Zaim meletakkan telefon bimbitnya di atas rak meja bersebelahan katil. Beberapa saat kemudian, telefon bimbitnya berdering , dia menjawab panggilan itu.
"Heloo! Why I call you not answered? I message tak reply. Whatsapp you just seen but not reply. What wrong with you? You I rindu sangat dekat you!" Sergah seorang gadis di dalam panggilan itu.
"Melda, look, I have say to you yang I nak putus. You know who I am right? Lagi pun I tak pernah sentuh you. I just temankan you hangout. So right now I have meet 'someone' now. So tak perlulah you tunggu I."
"Yeah I know youre Playboy, but I dont care. I love you. Please jangan buat I macam ni." Rayu gadis itu.
"Im sorry, I think you have to find 'someone'else and forget me. Byee" Zaim mematikan panggilan itu dengan laju dan meletakkan telefon bimbitnya di atas rak meja itu. Dia menyisir rambutnya menggunakan jari ke belakang sambil menghela nafas.
Zaim Irsyad siapa yang tak kenal. 'Buaya darat' terkenal. Tapi bukan niat dia nak mempermainkan hati wanita. Dia menganggap wanita-wanita yang pernah dia keluar selama ini hanyalah sekadar penemannya. Dan tak pernah terfikir untuk menjadikan mereka isteri. Dan dia tahu batasnya dan tidak merosakkan anak orang.
YOU ARE READING
Hello Ex *Malay Novel*
RandomZaim Irsyad dan Nur Elnisa yang berkahwin tanpa restu orang tua pada usia remaja. Fikiran masing-masing masih mentah ketika itu. Dan akhirnya hubungan itu terlerai oleh kerana salah faham yang besar. Selepas 9 tahun. Mereka bertemu semula oleh kera...