"El!!!! Cepatlah" jeritan Rania yang kuat dari arah luar rumah. Rania menghidupkan enjin kereta Peugeot hitamnya. Dia menekan pedal minyak dan menekan hon pada tengah stereng dengan berulang kali, sebagai isyarat menyuruh kawan itu cepat keluar.
"Sabarlah, aku nak tutup pintu dulu" Kata Elnisa yang terburu keluar lalu menutup pintu rumah itu. Rania mengeluarkan keretanya dari dalam rumah. Setelah Elnisa selesai menutup pagar rumah, dia segera masuk ke dalam perut kereta dan kereta itu terus beredar dari kawasan rumah itu dengan laju.
"Bawa lah kereta ni perlahan sikit, kau ni tak sayang nyawa ke, aku takpa lah pernah rasa kahwin tu macam mana, yang kau tu tak kahwin." Elnisa risau Rania membawa kereta dengan laju.
"Helooo, kau yang late sangat, aku dahlah nak jumpa customer VIP. Aku dah suruh kau drive sendiri tak. Sampai bilalah aku ni nak jadi driver kau. Kalau kau siap cepat takpe lah, ni lambat. Lagipun nanti kalau one day jadilah aku dengan boyfriend baru aku ni kahwin lah kan, macam mana nanti? Kau pergilah ambik lesen, berani lah sikit " bebel Rania sambil memandu.
"Huishhh ,bebel jelah, kereta ni kan separuh aku bayar. Duit minyak aku tampung. Kau cuma tolong bawa aku je. Kalau kau kahwin, aku naik jelah cab. Simple!" Ringkas Elnisa.
"Simple!?, Banyaklah kau, dahlah nak hantar kau dulu. Lepastu kena patah balik nak pergi butik aku." Kata Rania. Dia memusingkan stereng keretanya untuk membelok ke sebelah kanan jalan.
°°°
Elnisa membuka pintu pejabat. Ketika sedang berjalan, seseorang menahannya dari arah depan."Huh, nak apa?" Kata Elnisa
"Mr Tan nak jumpa." Kata seorang wanita berusia 30 an.
"For?"
"Manalah akak tahu. Tadi dia cuma cakap, kalau El sampai suruh kau masuk bilik dia. Tapi akak tengok lain macam je"
"Lain macam? Ishhhh apa pulak dia nak ni. Takpe lah thanks Kak Syaf inform"
Elnisa terus bergerak laju dan menghala ke sebuah bilik yang berada di hujung.Elnisa mengetuk pintu bilik itu berulang kali dan masuk ke dalam. Terdapat seorang lelaki Cina yang tua sedang berhubung dengan seseorang melalui telefon.
"Oh! El, duduk" kata Mr Tan itu setelah selesai menelefon.
"Why Mr Tan? Macam serius je." Kata Elnisa cuak.
"Our company successful berkolaborasi dengan Indera Holdings untuk projek bangunan di Kinta City. So, I need your help,you will transform sekejap ke sana. Untuk bantu mereka dan yakinkan mereka bahawa company kita mampu bersaing dan setaraf dengan syarikat lain. How?" Terang Mr Tan lebar.
"Woww!impressive! Tapi you sure ke? I can handle it? This is big project Mr."
"I trust you. You can show them more about our company. Biar mereka percaya dan boleh bekerjasama dengan syarikat kita. Please El?" Rayu Mr Tan dengan mimik muka muncung.
"Alolo Mr,takyahlah buat muka tu. okok fine! I will do that. I will make them yakin ye boss"
"Good! Tomorow you have to go Indera Holdings. Jangan lupa bawa kertas idea untuk projek tu. I trust you ok!" Kata Mr Tan yakin.***
"Alaa! I lupa!" Kata Rania cemas.
"Huh! Kenapa pulak ni?" Tanya Zaim sambil menyedut minuman jus epal.
"Member I, sepatutnya sekarang I kena pick dia. Aduhhh confirm balik ni bising minah tu"
"Why? Where she car?"
"Car dia tulah car I. We share one car sebab dia tak reti drive. So I nila yang hantar dia balik pulang semua"
"Laa yeke. So how? Time lunch pun nak habis ni." Kata Zaim sambil merenung ke arah jam di tangannya.
"Takpe lah, tahulah dia balik naik cab, so how about your work?"
"Yess, I and other company will be partner untuk projek terbaru. Bukan projek sebarangan. Ini projek six million. Sekarang ni I tengah tengok dulu potensi syarikat yang akan colabrate dengan syarikat I"
"Wowww nice!, But after that mesti you busy dah kan?" Kata Rania lemah.
"Alaaa tak lah busy mana pun. We can still go out together. Ouhh I have to go now. Ada meeting" Kata Zaim sambil menyedut baki air dan bangun untuk beredar.
"Ok byee biy" Lambai Rania ke arah Zaim yang dah bergerak jauh dari situ.***
Rania melalui ruang tamu rumahnya. Dia mencari kelibat kawan baiknya. Dia takut kawannya itu membebel kerana tak ambilnya."Ni asal ni mengendap bilik aku?" Kata Elnisa dari arah belakang Rania yang fokus mengendap bilik Elnisa.
"Kau ni, terkejut aku. Takdelah aku tengok kau takde dalam bilik takut-takut kau tak balik ke."
"Hah asal tak ambik aku? Busy date lunch lah tu dengan pakwe baru sampai aku dilupakan. Tak mengapa, nasib baik mood aku ok today."
"Fuhhh,nasib tak marah aku. Tapi why macam happy jer?"
"Esok kau tak payah susah tunggu aku. Sebab aku naik cab esok"
"Why?" Tanya Rania.
"Sebab aku kena go company lain esok. Ada big project.Mr Tan tu percaya sangat aku ni."
"Ouhhh, tapi macam pernah dengar pulak pasal big project ni. Takpe lah kalau macam tu. Kau esok pergi elok-elok. "
"Yess mom!" Kata Elnisa sambil menunjukkan isyarat tabib hormat.***
Elnisa keluar dari perut teksi yang berhenti di perhentian bas luar sebuah bangunan yang tersergam indah. Setelah selesai berurusan dengan pemandu teksi. Dia berjalan untuk memasuki pagar besar bangunan itu bersama beg hitam di tangan.
Tiba sebuah kereta pecut dan melanggar lopak air yang besar. Air itu terpercik kuat ke arah Elnisa dan membuatkan Elnisa terjatuh ke tanah. Bajunya yang putih kotor sedikit terkena air lopak yang kuning.Kereta yang memecut itu berhenti apabila ternampak Elnisa yang jatuh ke tanah itu.Seorang lelaki keluar dari kereta itu. Dan berjalan ke arah Elnisa.
" Miss, I'm so sorry, I didn see you. I'm really sorry. Are you okay?" Tanya lelaki itu risau.
Elnisa yang ketika itu sedang sibuk menggosok bajunya.
"Ohh gosshhh, I dah lah ada appointment penting. Baju kotor macam ni, haisshh." Elnisa memandang ke arah Zaim.Mata masing-masing terbuntang. Zaim yang memaut tangan Elnisa juga terlepas dan membuatkan Elnisa jatuh sekali lagi.
Masing-masing masih lagi terkejut.Bersambung....
YOU ARE READING
Hello Ex *Malay Novel*
De TodoZaim Irsyad dan Nur Elnisa yang berkahwin tanpa restu orang tua pada usia remaja. Fikiran masing-masing masih mentah ketika itu. Dan akhirnya hubungan itu terlerai oleh kerana salah faham yang besar. Selepas 9 tahun. Mereka bertemu semula oleh kera...