BAB 1

724 19 4
                                    

Bangunan tinggi yang berdiri megah itu aku pandang,dari atas hinggalah ke bawah.Rambutku yang sudah aku gunting hingga pendek seperti lelaki, aku perkemaskan pada cermin sisi motor entah milik siapa.

"Comel jugak aku hehe.."pujiku pada diri sendiri sambil tersengih-sengih keseorangan.Tie yang terikat kemas pada kaler kemeja putihku,aku perkemaskan lagi buat kali yang terakhir.Fail dokumen peribadi milikku,aku check lagi.

Usai sahaja semua sudah lengkap,aku menarik nafas dalam-dalam bagi menenangkan diriku yang berdebar-debar itu.Pantas aku mengatur kaki menuju ke pintu utama Zarff Holdings.

"Manalah si Amanda ni?,kata nak teman aku!,tapi batang hidung dia pun aku tak nampak!"gumamku sambil melangkahkan kaki menuju ke arah lif.

Setiap kakitangan yang lalu lalang disitu memandang dan melemparkan senyuman kepadaku.Aku juga turut membalas senyuman mereka. Terutama staf-staf wanita yang bekerja disitu,daripada tadi asyik pandang aku je.Apa handsome sangat ke muka aku?,kalau handsome, maknanya menjadilah penyamaran aku ni.haha!

Butang lif aku tekan dan menunggu hingga pintu lif terbuka baru aku masuk ke dalam.

Ting!

Pintu lif terbuka.Aku yang belum sempat melangkahkan kaki masuk ke dalam lif,terus berlanggar dengan seorang gadis yang agak tergesa-gesa jika dilihat.

Gedebuk!

Dia yang hampir-hampir nak terjatuh itu,sempat aku menyambutnya.Mata kami saling berpandangan. Alahai, dah macam hero pulak dah aku ni!,oi oi kau tu perempuan dan kau hanya menyamar sebagai lelaki sahaja untuk mendapatkan jawatan sebagai PA,CEO syarikat ni.

"Ehem.."kedengaran deheman makcik tukang mop lantai disitu, menyentakkan kami berdua.Lalu cepat-cepat gadis itu membangkitkan tubuhnya.

"Ma..maafkan saya..saya tak sengaja.. Saya nak cepat tadi.."malu-malu gadis itu meminta maaf padaku. Nampak wajahnya yang sudah naik merah itu.hehe comel!

"It's okay.."balasku sambil melemparkan senyuman manis kepada gadis itu.Gadis itu pula menundukkan wajahnya kerana malu akan perkara tadi.Kalau dilihat gadis itu,memang cantik orangnya.Hish yang aku puji dia lelebih pahal pulak lah.

Lalu kami bersama-sama masuk ke dalam lif yang sudah ternganga luas itu.

Keadaan menjadi sunyi seketika di dalam lif itu.Cuma hanya ada aku dan gadis itu sahaja.Hm,daripada aku diam membisu,baik aku tanya nama perempuan ni?dia kerja sini ke?

"Siapa nama awak?"soalku sambil memandang gadis yang berada disebelahku itu.

"Haa..Encik tanya saya ke?"terpinga-pinga gadis itu dibuatnya.

"Awak ada nampak orang lain ke dalam ni?"balasku pula sambil tersengih-sengih.Gadis itu sudah membahang merah dibuatnya.

"Ellyana..Encik boleh panggil saya Elly.."jawab gadis itu sambil memandang lantai lif itu.Hish dia ni, macam takut-takut je dengan aku. Apa muka aku ni ada macam orang jahat ke?tak pun perogol bersiri?

"Oh,cantik nama.."pujiku.Elly yang mendengar jawapanku pula sudah tersenyum-senyum malu aku tengok.

"Encik pulak?"

"Oh saya Aris Zafrel..awak boleh panggil saya Aris!"jawabku sambil memandang wajahnya yang putih mulus itu.Itu nama lelaki aku,nama betul aku,Arissa Zafrella.haha!

"Encik,pekerja baru ke kat sini?,sebab saya tak pernah nampak Encik pun sebelum ni?"soal Elly dengan sopan. Alahai merdunya suara kau.

"Maybe..sebab saya baru je nak pergi temuduga ni.."balasku bersahaja sambil menayang-nayangkan fail dokumenku padanya.

ZAFRELLA💜Where stories live. Discover now