Usai pagar rumahnya dibuka,aku terus memasuki perkarangan rumahnya dan memberhentikan Honda Jazz ku disebelah kereta BMW milik bos ku.Siapa lagi kalau bukan Encik Edry lah haha.
Dari dalam kereta ini aku dapat melihat dua susuk tubuh sedang datang menghampiri keretaku.Tak lain tak bukan Edry dengan Elly lah. Dua pasang adik-beradik yang begitu bergaya sekali pada abad ini.haha!
"Amboi,handsome jugak bos aku ni bila malam-malam.."bisikku sambil tersenyum memandang Edry yang semakin dekat dengan keretaku.Elly yang sedang berjalan disampingnya hanya tersengih-sengih sahaja dari tadi.Hm happy lah tu sebab dapat enjoy!,yang aku ni pulak merana kena teman kau.
Sorry Amanda!aku terpaksa teman adik bos ni lah!,habis semua plan aku nak pergi makan malam sama-sama ngan Amanda tak jadi.hmphh betul!.
Usai sahaja aku membebel didalam hati,aku terus membuka pintu keretaku untuk keluar dari perut kereta.Pada malam ini aku hanya mengenakan jeans hitam dan jaket berwarna kelabu.Jaket ni aku beli kat UK tau!.Lagipun jaket ni lah yang sentiasa aku bawa ke sana sini masa aku jadi pilot dulu.what pilot?! Haha mesti korang tak percayakan yang aku ni kerja sebagai pilot sebelum datang sini kerja dengan Encik Edry kan kan.
"Hai Aris!"sapa Elly sambil tersenyum memandangku.Manakala Edry pula hanya beriak selamba dan memerhatikanku sahaja.
"Hai cik Elly..hai bos!"balasku kepada mereka berdua.Senyumanku aku lemparkan kepada mereka.
"Ingat,jangan balik sampai lebih pukul 12 malam,jaga Elly baik-baik, jangan sampai ada yang bukan-bukan berlaku kat dia faham?!"nasihat Edry kepadaku.lalu aku menganggukkan kepala tanda faham.
"Ala abang ni jangan risaulah!,takde apalah..dah jom Aris kita gerak! okay bai abang!"Elly terus membuka pintu keretaku sambil melambaikan tangannya ke arah Edry.Aku juga membuka pintu keretaku pada bahagian pemandu dan terus melabuhkan punggungku,begitu juga dengan Elly.
"Ok jom kita gerak!"kata Elly yang berada disebelahku.Harumannya yang mengasyikan itu menusuk ke dalam lubang hidungku.Mak ai!,kau sembur minyak wangi satu badan ke ah?!
"Ok jom!"kataku pula sambil memandang wajahnya yang mulus putih itu.Keretaku terus dipandu merentasi highway.Pada pandanganku,Elly begitu cantik sekali dengan dress hitam yang paras-paras lutut dan juga make up yang tidak terlalu tebal pada wajahnya.She looks so cute!.Aku confirm gila mesti ramai lelaki syok kat dia ni.
"Before that,I want say..you looks so beautiful tonight.."pujiku kepada Elly.
Wajahnya terus merona merah apabila dipuji sebegitu."Takdelah..biasa-biasa je macam selalu..awak tu apa kurangnya..bukan main bergaya pulak saya tengok?!" Ujar Elly pula sambil tersenyum-senyum dia memandangku.
"Eh taklah Cik Elly..saya biasa-biasa je.."balasku tanpa melihat wajahnya. Mataku pula sentiasa fokus akan pemanduanku itu.
"Eleh,hati dah kembang tak nak mengaku pulak dia"
"Mana ada saya kembang..Cik Elly.." Kataku jujur.
"Eh jap jap,boleh tak kalau awak jangan panggil saya cik Elly?,panggil saya Elly je dah cukup..saya tak sukalah ber Cik Cik ni.."Pinta Elly sambil matanya memandangku yang sedang memandu itu.
"Tapi Cik kan adik bos saya..saya rasa macam-"
"Ala tak payahlah awak kesah sangat pasal tu..kat pejabat je awak panggil saya cik Elly,tapi kat luar office awak panggil saya Elly okay"aku terus menganggukkan kepalaku dan melemparkan sedikit senyuman kepadanya.
"So,lama lagi ke kita nak sampai?" Soalku kepadanya.
"Dah nak sampai dah...awak just belok kiri bila dah sampai kat simpang depan tu.."
YOU ARE READING
ZAFRELLA💜
Romance(ON GOING) Arissa Zafrella/Aris Zafrel Edry Zafran Alicia Sophia Ryan Ameer "Ya,aku memang gila!" "Gilakan dia sampai aku sanggup buat benda ni..hahaha!!" Eh,chop chop..I'm not crazy okay!!.I buat benda ni adalah untuk mencairkan hati Mr.beku tu,YES...