Tok!tok!
"Masuk!"Aku terus memulas tombol pintu dan melangkahkan kaki ku masuk ke dalam.Dengan kemas kaki ku mengatur ke arahnya yang sedang khusyuk membelek-belek fail kerja.
"Ya bos,kenapa bos panggil saya?ada apa-apa yang bos perlukan daripada saya ke?"soalku setelah disuruh untuk datang ke biliknya sebentar tadi.
"Huh Aris,kau tahu kan nanti aku ada meeting dengan Dato' Zaid pukul 2 petang?,so aku nak kau hantarkan aku kat office dia nanti.."ujar Edry sambil matanya sekejap memandangku sekejap memandang isi fail-fail kerjanya.
"Ya saya ingat,ok nanti lepas lunch saya hantarkan..kalau takde apa-apa lagi,saya keluar dulunya bos?"balasku tenang sambil memandang wajahnya yang cukup sempurna itu.kacak, memang lelaki idaman setiap wanita.tapi, kenapa kau tak suka perempuan?
"Wait!.."baru sahaja aku ingin melangkah keluar dari biliknya, suaranya sudahpun memanggilku semula.
"Ya bos,ada apa-apa lagi ke?"badanku aku memusingkan semula menghadapnya.
"Aku nak kau ikut aku lunch.."kata Edry lalu menutup fail kerjanya. Tubuhnya disandarkan ke belakang.siap pun!
"Ikut bos?"soalku inginkan kepastian.
Kepala yang tidak gatal itu aku garu."Yelah,kau kan PA aku..so kau kenalah ikut aku kemana sahaja aku nak pergi!"terangnya sambil memandang ke dalam biji mataku. Hurh asal lah kau ni bengap sangat Aris!,kau kan PA dia!,of course lah kau kena follow dia pergi mana je!.tapi-tapi,dah macam bodyguard dia pulak aku rasa!,alahai!
"Oh..he he..sorry bos!"kataku sambil tersengih-sengih.Edry pula menggelengkan kepalanya apabila melihat telatahku itu.
"But,nanti kita lunch dengan adik aku sekali.."Aku yang mendengar kata-katanya itu,terus membuatkan segala sel-sel otakku mula berhubung.aduh baru je aku ingat nak lunch dengan Amanda,nak borak-borak dengan dia.Tapi,spoil lah bos ni.Tapi tadi bos kata lunch dengan adik dia.adik? Bos ada adik ke?,lelaki ke perempuan?
"Hey,dengar tak apa aku cakap ni?!" Ujar Edry dengan nada suara sedikit tinggi.Lamunanku terus melayang entah kemana.
"Ha ye ye bos,saya dengar.."terpinga-pinga aku menjawabnya.
"Tapi,siapa adik bos?"soalku.Edry yang mendengar pertanyaaku itu, terus wajah tenangnya memandang ke arahku.Aduhai,handsomenya bos aku ni?,macam mana erk aku nak buat kau suka kat perempuan?
Tok!tok!tok!
Sekali lagi pintu biliknya diketuk. kami yang mendengar ketukan itu terus menoleh ke arah pintu masuk bilik itu.
"Hai abang!"wajah seorang wanita yang cukup aku kenal muncul disebalik pintu.Dengan senyumannya yang manis,terus menapak masuk ke dalam.
"Elly?!"kataku sambil mataku bulat memandangnya.Elly?adik Edry?, perempuan yang aku terlanggar tadi pagi?
"Oh hai!,hai Aris!"Dengan gembiranya Elly menyapaku.Aku masih lagi memandangnya untuk memastikan perempuan yang manis didepanku ini adalah Elly.Patutlah cantik,abang dia pun boleh tahan jugak!handsome!
"Hai!.."sepatah aku membalasnya.
"So,korang berdua dah kenal lah ni?" Soal Edry sambil matanya memandang kami berdua.Tubuhnya dibangkitkan kepada posisi berdiri.
"Yup,baru pagi tadi kitorang jumpa dekat lif lobi..kan Aris?.."jawab Elly tanpa gugup.Bibirnya pula tidak henti-henti menguntumkan senyuman.
"Ha ah bos.."tambahku lalu memalingkan wajah ke arah Edry.
"Oh okay,dah jom pergi lunch.."kata Edry lalu menapak keluar dari biliknya.Aku dan Elly turut mengikuti langkahnya.
"Tahniah Aris sebab jadi PA abang saya!"Belum sempat aku menapak keluar,Elly sudah mengucapkan tahniah kepadaku.
"Terima kasih..he he.."balasku sambil tersengih-sengih hingga menampakkan sebaris gigiku yang putih bersinar-sinar itu.haha!
Lalu bersama-sama kami berdua mengatur kaki keluar sebelum Edry tercari-cari kelibat kami berdua.
*****
"Abang,malam ni Tisya ada buat birthday party dia..so.."Perlahan-lahan kunyahan makanannya ditelan. Wajah abangnya yang sedang khusyuk bersama dunia makanannya ditatap.Manakala aku hanya mampu menjadi pendengar sahaja.Tak kuasa aku nak masuk campur hal adik-beradik ni.
"So?"Edry mengulang semula ayat adiknya yang tergantung tadi.kening kirinya dijungkitkan sedikit sambil memandang ke dalam anak mata adiknya itu untuk mendengar penjelasan seterusnya.
"So..boleh tak kalau..Elly nak pergi?" Perlahan-lahan suaranya melontarkan ayat keluar dari mulutnya.Takutlah kalau abangnya akan marah.Sebab,Edry paling tidak suka Elly keluar pada waktu malam. Bukannya dia mahu mengongkong, tapi berbahaya untuk seorang wanita keluar pada waktu malam.Apatah lagi lewat malam.
"No!"jawab Edry sepatah lalu menyambung kunyahannya. Permintaan adiknya diabaikan.
"But,she is my bestfriend!..Elly mesti datang jugak birthday Tisya!"bentak Elly.Hampir orang yang berada di meja sebelah dapat mendengar perbualan mereka.Aku pula hanya membatukan diri dan meneruskan suapan nasi ke dalam mulut.Takut aku nak bertentang mata dengan mereka berdua.kang tak pasal-pasal aku pulak yang jadi mangsa.
"I said no!,you are my only one sister and I don't want something bad happen to you.." Ujar Edry dengan jujurnya.Ya,dia begitu sayang,sayangkan adiknya. Setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia,hanya Elly sahaja yang dia ada di dunia ini.Hanya Elly, seorang adik yang paling dia sayang.
"But,you can also go too.."tambah Elly lagi tidak mahu mengalah.bibirnya sudah dimuncungkan.kecewa akan jawapan yang diberikan oleh abangnya.
"No Elly,i don't like the party!,you know right?!"kata Edry tegas tapi nampak begitu tenang sekali.Elly pula sudah memonyokan mukanya. Makanan dihadapanya,hanya dipandang sahaja.tak selera dia mahu makan setelah jawapan yang diberikan oleh Edry menghancurkan mood nya.
"Please!please!please!"rayu Elly sambil membuat muka sedih plus comel.Manakala tangannya memegang lengan Edry sambil menggoncang-goncangkan tubuh Edry perlahan.aduh,aku yang menengok pun cair dibuatnya.
Selepas beberapa lama merayu-rayu.
"OK fine!"
"What?,seriously?!,oh thank you so much abang!,love you muah!"Elly terus memeluk erat tangan abangnya dan melentokkan kepalanya dibahu abangnya itu.Bibirnya yang muncung tadi terus mengukir senyuman.
"Tapi,ada syarat.."Elly yang mendengar terus menghentikan senyumannya.Kepalanya diangkat semula dan memandang tepat ke biji mata abangnya itu.
"What is it?"Tanya Elly.Aku pula hanya meneruskan mencekik makanan.boleh tahan sedap jugak erk makanan kat sini.yum yum!
"Elly boleh pergi..tapi Aris kena ikut.."ujar Edry.Aku yang sedang berselera makan,hampir tercekik aku dibuatnya.What?dah kenapa pulak bos aku ni?!kenapa aku?kenapa aku yang kena ikut Elly?
"Aa..apa bos cakap tadi?"soalku semula untuk kepastian.wajahnya yang cerah bersih itu aku pandang.
"Aku cakap,kau kena teman Elly pergi birthday party Tisya malam ni" terang Edry sekali lagi.
"Kenapa saya yang kena?"soalku lagi. Dahiku dikerutkan.Elly yang berada disebelahnya sudah tersenyum-senyum kegembiraan.
"Sebab aku tak sukalah party party semua ni..so kau sebagai PA aku,kau kena ikut cakap aku,buat apa yang aku suruh..faham.."matanya tepat memandangku.Aku yang kaku seketika,terus mengangguk-anggukan kepalaku.
"It's alright lah Aris!,awak just teman saya je..lagipun bolehlah awak kenal-kenal dengan kawan-kawan saya!" Celah Elly dengan nada yang gembira lalu melemparkan senyuman manis kepadaku.
Dalam keadaan kepala otakku yang berserabut,aku terus menyambung semula suapan nasi yang tertangguh sebentar tadi.Aduh apa aku nak pakai malam ni erk?bos pun satu,kenapalah aku jugak yang kena!!ish baru je aku ingat malam ni nak lepak-lepak dengan Amanda,Mak Miah ke.hurh!
♥VOTE&COMMENT♥
YOU ARE READING
ZAFRELLA💜
Romance(ON GOING) Arissa Zafrella/Aris Zafrel Edry Zafran Alicia Sophia Ryan Ameer "Ya,aku memang gila!" "Gilakan dia sampai aku sanggup buat benda ni..hahaha!!" Eh,chop chop..I'm not crazy okay!!.I buat benda ni adalah untuk mencairkan hati Mr.beku tu,YES...