Yaya pov~
Dah berapa bulan aku tak jumpa jungkook dan aku cuba untuk lupakan dia. Tapi haritu tiba-tiba ja dia muncul balik. Dia nak muncul jumpa taehyung ja aku tak kesah, yang aku geramnya dia selalu pula datang sini jumpa ibu. Dahla ibu taktahu apa yang berlaku. Nak cerita pun tak sampai hati sebab aku taknak ibu sedih ja nanti.
"Yaya.. Tolong buatkan air untuk tetamu ni sekejap"
Huuh.. Tetamu? Jungkook la tu. Dia ni macam takda rumah ja hari-hari datang sini. Aku tahu ni rumah dia, tapi dah tahu ada orang sewa tak payah la datang sini. Nasib ibu bagi duduk luar ja, kalau tak bernanah lagilah telinga aku dengar jiran-jiran mengumpat. Mengumpat pun bukannya perlahan, kalau boleh dari seoul sampai daegu pun boleh dengar.
"Ibu, yaya dah kata jangan benarkan jungkook datang si-- Ehh.. Taehyung, buat apa dekat sini?"
Aku ingat jungkook yang datang, rupanya taehyung. Tak pasal-pasal dapat dosa kutuk jungkook tadi. Ehh. Tak kutuk pun, tu benda betul. Kalau salah, hari raya tahun depan lah aku minta maaf. Apa susah kan?
"Hari dah malam, awak buat apa dekat sini?"
Aku bertanya kepada taehyung dan dia tersenyum melihat aku. Aku tak tahu kenapa, tiap kali aku pandang or cakap dengan dia, mesti senyuman dia sampai ketelinga. Kadang-kadang tu creepy juga tengok sebab dia suka smirk lepas habis cakap. Aku tak faham apa maksud smirk dia ni.
"Saya nak ajak awak pergi dinner ja"
"Dah pukul 8 ni. Keluar apanya? Lagipun ibu nak masaklah."
"Ibu tak jadi masak. Kamu pergilah teman taehyung dinner. Tapi jangan balik lambat tau."
Ni yang aku geram ni. Aku tahu ibu tak masak pun, tapi tuja alasan yang aku boleh guna. Ibu ni boleh pulak dia belahkan taehyung dari anak sendiri. Biarkan anak dara keluar malam pulak tu. Nak nangis ahh cenni.
"Dah mala--"
"Ibu percayakan taehyung. Pergi jelah."
Aku baru nak merengek buat ayat sedih. Boleh pula ibu potong macam tu ja. Nak tak nak kena pergi jugaklah.
Dengan malasnya aku melangkah ke bilik semula untuk mengambil barang dan terus keluar Membontoti taehyung ke keretanya. Suasana dalam kereta pun sunyi ja. Dia ni tak dengar radio ka? Awkward la rasa macam ni.
"Kita nak pergi mana? "
Taehyung membalas pertanyaan aku dengan senyuman. Ehh tak, tu bukan senyuman tapi tu smirk. Aku dah mula rasa creepy tapi aku buang perasaan tu. Hmm.. Mungkin dia nak focus memandu, sebabtulah tak balas dan dia penat baru balik dari U tadi. Aku positif.
"Kita dah sampai, turunlah"
Aku memandang taehyung yang dah keluar dari kereta dan aku melihat sekeliling kawasan ni. Ni kawasan hotel. Apa yang dia nak buat ni? Kata nak pergi makan ja. Dah la hotel ni pun sunyi. Aku terus membuka pintu kereta dan mengikut taehyung untuk masuk kedalam.
Ohh.. Makan dekat restoran sini. Tapi tak mahal ke? Taehyung ni memang suka membazir lah. Aku ni sebernanya tak kesah langsung kalau makan kedai mamak tepi jalan. Tapi tempat ni terlalu mewah, sampai aku pun rasa tak selesa nak makan. Nasiblah restoran ni halal.
"Mr. Kim? Tuan dan puan boleh ikut saya masuk dalam"
Aku dan taehyung mengangguk dan mengekori pelayan ini. Nampak macam dia membawa kami ke suatu tempat yang lebih privacy. Dalam ni pun cuma ada beberapa orang.
"Silakan tuan dan puan"
Tuan puan dari tadi. Dia ingat aku ni dah kahwin dengan taehyung ka nak berpuan bagai. Paggilan aku masih lagi cik adik manis okey.. Ehh.. Cik wafia. Nasib dia bagi layanan mesra ja aku layan.
YOU ARE READING
Different -J.J.K-
RandomOrang kata selagi kita manusia, tak salah nak bercinta, Asalkan dia lelaki dan kau perempuan. Tapi tulah.. satu ja yang menjadi penghalang iaitu AGAMA. Memang susah nak bersatu kalau agama kau ISLAM dan dia KRISTIAN. Tapi adakah hubungan dua oran...