"Ah dah lambat lagi! Harap si 'singa' tu tak masuk lagi, kalau tak mati lah aku!" bebel Chanmi sendirian sambil berlari dngn pantas menuju ke kelas.
"Hah sikit je lagi nak sampai kelas, sabar Chanmi, sabar" dia sekali lagi cuba memujuk dirinya yg kepenatan agar bertahan.
"Ada 2 minit lagi, yes mesti sempat punya!" Chanmi tersenyum puas mengatur langkah sehinggalah ..
Gedebuk!
"Argh sakitnya! Hoi buta ke?!" marah Chanmi sambil melihat lututnya yg sakit. Mujurlah tidak luka. Entah siapa lah yg melanggarnya ketika dia dlm kesuntukan masa ni.
"Eh kau marah aku pulak! Kau yg lari sambil berangan, salahkan aku pula!" balas lelaki itu.
"Aku bukan beranganlah!" pintas Chanmi menafikan.
"Wehh phone aku! Fuh nasib tak pecah.. Eyy kalau pecah tadi, siap lah kau" kata lelaki itu sambil membelek-belek iPhone 7+ miliknya. (wuu~ kaya budak ni)
"Aku tak takut pun lah dngn org mcm kau! Elehh setakat iPhone 7+ je pun, aku boleh gantilah!" Chanmi menjelirkan lidahnya ke arah lelaki tersebut.
"Ohhh kau berlagak dngn aku ye! Nampaknya kau tak kenal aku sape. Aku perkenalkan diri aku, aku Jeon Jungkook, salah seorang member BTS, KINGKA sekolah ni." terangnya angkuh. Dia sengaja menekan perkataan 'Kingka' itu. Mungkin untuk membuatkan Chanmi gentar.
"Lantaklah Kingka ke Kingkong ke, aku tak takut pun! Malas nak layan kau ni! Buat sakit hati je. Kau tau tak aku dah lambat ni! Eh jap, sekarang pukul berapa dah?" dia pantas melihat jam tangannya.
"What?! 7:36?!" terbeliak matanya setelah mengetahui bahawa dia memang sudah terlambat. Dengan hati yg membara, Chanmi secara tiba-ii menerkam Jungkook seperti seekor harimau yg kelaparan.
"Ni semua kau punya pasal! Aku dah lambat! Dah lah kelas first dngn si singa tu! Argh geramnya aku!" Chanmi memukul-mukul badan Jungkook.
Belum sempat Jungkook membalas..
"Hey! Apa bising-ii ni?! Chanmi! Apa kamu buat dekat situ?!" kata seorang lelaki bermuka bengis yg sedang berdiri di hadapan pintu kelas Chanmi sambil memegang rotan dan menudingkannya ke arah Chanmi.
Chamni yg berada di atas Jungkook segera menghentikan perbuatannya. Dia menelan air liurnya yg seakan-akan tersekat di tekaknya (?) . Perlahan-lahan, dia menoleh ke arah suara tersebut. Ya, tepat sekali. Singa itu telah mengamuk. Guru disiplin merangkap guru kelasnya yg sangat digeruni oleh penghuni-ii sekolah itu.
"Chanmi! Jungkook! Dtg sini!" tegas dan amat menggerunkan sekali suaranya. Chanmi perlahan-lahan bangun dan menapak ke arah guru itu. Jungkook membontotinya dngn muka yg bersahaja dan selamba. Tidak gentarkah dia?
Sesampainya di hadapan guru tersebut, Chanmi hanya mampu menundukkan wajahnya dan dia merasakan tangannya sudah berpeluh. Sungguh menggerunkan sekali guru lelaki itu baginya.
"Apa yg kamu buat tadi?! Tak senonoh betul! Sudahlah lambat, masih sempat kamu bergaduh ya?!" marah sungguh guru itu nampaknya. Dia memerhatikan kedua-dua pelajar yg berada di hadapannya dngn pandangan yg sangat tajam. Dia memang pantang dngn org yg selalu lambat ke sekolah dan tidak berdisiplin. Chanmi dan Jungkook hanya berdiam diri.
"Kenapa diam?! Jawab! Saya tanya kamu ni, Yeo Chanmi!" sebal guru itu apabila soalannya tidak dijawab.
"Ss..saya.." tergagap-ii Chanmi menjawab. Apa yg perlu dijawabnya? Dia buntu.
"Saya apa? Persekolahan baru bermula sebulan, kamu asyik lambat sahaja! Dan kamu Jungkook, asyik ponteng kelas dan bergaduh sahaja! Tak berdisiplin langsung! Mulai hari ni, kamu jangan nak buat hal dlm class saya ni faham? Fikirlah tentang masa depan kamu!"
"Sekejap. Cikgu cakap, tentang.. class kita? Budak ni, class kita?" Chanmi gelisah.
"Ya. Class kita. Kamu tidak tahukah? Rombakan kelas kan bermula hari ini, dan Jungkook akan memasuki class kita." terang guru itu.
Chanmi menepuk dahinya. Bagaimana dia boleh terlupa tentang itu. Ah shit, aku terpaksa duduk satu kelas dngn dia ni, erghh. Chanmi memaki di dlm hati.
"Tapi kenapa dia perlu masuk class kita cikgu?? Ini tak adil! Saya benci lah dngn ma-" pandangan tajam guru itu mengunci mulutnya daripada berkata apa-ii lagi. Lebih baik dia berdiam diri sebelum singa itu mengamuk lagi.
"Sudah. Sebagai hukuman untuk kesalahan kamu hari ini, kamu berdua akan didenda membersihkan kesemua tandas yg ada selepas waktu persekolahan selama dua hari." sambung guru itu lagi. Tegas.
"Tapi Cikgu SeJin, sa-" serentak mereka berkata namun dipintas oleh guru disiplin bernama SeJin itu.
"Tak ada tapi-ii. Kamu boleh mulakan hari ini selepas tamat waktu persekolahan. Dah, cepat masuk kelas!" tegas guru itu.
Chanmi akur dan mula melangkah dngn lemah bersama muka yg bengang menuju ke kelas. Apa tidaknya, dia kesal kerana harus berhadapan dngn Jungkook yg menyakitkan hati itu setiap hari mulai saat ini juga.
"Eh kamu nak pergi mana lagi?!" sergahan guru lelaki itu mengejutkan Chanmi.
"Uh? Balik kelas .. lah?" dia menoleh ke arah guru tersebut, bingung.
"Habis tu belakang saya ni kelas apa?"
Chanmi memandang ke arah nama kelas itu, 4A2. Ya, itu kelasnya.
"Err, oh ya, di situ rupanya kelas. Hahaha .." Chanmi jelas kekok.
Cikgu SeJin hanya mampu menggeleng melihat perangai aneh muridnya yg satu itu. Boleh pula terlupa kelas. Manakala Jungkook pula tersenyum sinis memandangnya.
Muka Chanmi jelas memerah tatkala memasuki kelas. Apa tidaknya, semua mata memandang ke arahnya. Ada yg tersengih-ii ke arahnya dan ada yg berbisik-ii sesama sendiri.
Ah pedulikan. Getus hatinya. Dia melangkah menuju ke tempat duduknya dengan selamba.
"Ha Jungkook, masuk, apa lagi kamu buat tercegat dekat situ? Cepat masuk, duduk sebelah Chanmi tu." arah guru disiplin itu.
Pelajar-ii yeoja yg ada di kelas itu mula mengeluh. Jelas cemburu dngn Chanmi yg dapat duduk dngn pujaan hati mereka. Manakan tidak, BTS adalah kumpulan paling popular di sekolah itu. Serta kesemua ahlinya handsome-ii, siapalah yg tak cair.
Chanmi pula hampir tersedak mendengar apa yg dikatakan oleh gurunya itu.
"Apa cikgu?? Duduk sebelah saya?? Kenapa??" soalnya, tidak berpuas hati. Tidak ingin dia untuk duduk bersebelahan dngn namja berlagak itu.
"Kamu ada nampak tempat kosong yg lain?" balas gurunya selamba. Hanya dngn itu, mampu membuatkan Chanmi terdiam. Ya, hanya di sebelah tempat duduknya sahaja yg kosong.
Jungkook mula melangkah ke arahnya. Memberikan senyuman sinis kepadanya. Chanmi menjelingnya dan mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Satu perkataan sahaja yg mampu menggambarkan apa yg dirasakannya ketika itu. Meluat.
"Kau tunggu je Chanmi. Aku takkan lepaskan kau." bisik hati Jungkook sambil tersenyum jahat.
✨✨✨
TBC
_____________________________________
Chapter 1, siap! Mesti bosan kan? Mianhae, first time lah katakan. Tapi apa pun, teruskan lah membaca ye? 😂
YOU ARE READING
LAST LOVE - K.T.H [[SLOW UPDATE]]
Roman d'amour"I hope that you're my last love" - Taehyung "Aku harap aku tak jumpa psycho tu lagi" - Chanmi "Dia akan jadi milik aku. Hanya aku." - Junhoe